─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─
WIOM ┊08 ༉
𝐭𝐫𝐞𝐚𝐭 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐚 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐚,
𝐢'𝐥𝐥 𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐚 𝐧𝐞𝐰 𝐩𝐡𝐫𝐚𝐬𝐞.─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─
Splash!
Drip... Drip...
Apa yang dah berlaku?
Mata Eleora membulat. Dia cuba untuk memproses apa yang menimpa dirinya sebentar tadi. Dia sekarang ini terduduk di atas lantai cafeteria.
Pakaiannya; silk blouse yang berwarna pastel purple dan berlengan panjang yang dilipat paras siku. Bawah bajunya dimasukkan ke dalam seluar jean hitamnya malangnya— Telah dibasahi oleh beberapa cawan air mineral yang disimbah ke arahnya.
Eleora memandang atas dan melihat empat dari dalam kumpulan yang terdiri daripada lima orang pelajar perempuan sedang ketawa padanya.
Dia memerhati setiap wajah pelajar itu. Dia pasti yang mereka bukan dari pelajar tahun pertama. Mungkin dari pelajar kedua berdasarkan wajah mereka yang sudah tua.
Di dalam kalangan lima pelajar itu, Eleora dapat mengecam seseorang yang buat darah dia dari turun terus naik.
Kim Rahee.
Eleora bangun dengan perlahan-lahan kerana lantai yang telah basah dan memerhati sekelilingnya.
Semua mata yang berada di cafeteria sedang memandang ke arahnya. Ada yang ketawa, ada yang membuat muka simpati dan sedih serta ada juga yang tidak ambil peduli. Tapi—
Itu bukan perkara utama yang Eleora fikirkan apabila satu imej datang di fikirannya.
"Budak macam kau ni memang layak kena macam ni,"
"Tak hairanlah bila mak kau tinggalkan kau. Dia pun tak tahan nak layan perangai kau yang annoying ni,"
"Diamlah! Korang tak tahu apa-apa pun fasal keluarga aku!"
Pang!
"Oh, dah pandai melawan rupanya kau ni!"
"Simbah air tu pada dia. Aku dah meluat tengok muka dia yang orang puji cantik sangat ni,"
Splash!
"Pft— Kau tak kisah kan kalau air sirap terkena wajah kau yang cantik ni?"
"Atau... Kau nak kitorang simbah kau dengan air toilet?"
Eleora tanpa sedar sudah menekup telinganya walaupun dia tahu yang cara itu takkan buat suara-suara itu berhenti dari memasuki telinganya.
Dia memandang ke arah lima orang pelajar perempuan itu semula dan setiap dari mereka digantikan dengan wajah yang digeruninya suatu ketika dahulu. Tangannya mula berketar manakala matanya isi di dalam pipinya digigit dengan kuat.
Rahee yang perasan akan kelakuan Eleora terus berasa risau. Dia berjalan mendekati gadis itu tetapi—
"Eleora!"
── ♡ ──
Taufan, Blaze, Thorn dan Solar akhirnya tiba di cafeteria selepas ditahan oleh Elena kerana bergaduh di dalam kelas sekali lagi.
"Ini kali keempat aku kena tahan sebab korang!" Solar memandang tajam ke arah tiga orang manusia yang ditahan bersamanya tadi.
"Siapa suruh kau gaduh sekali dengan kitorang," balas Thorn sambil mencebik.
YOU ARE READING
WASTE IT ON ME | BOBOIBOY TAUFAN
Fanfiction❪ 𝗪𝗜𝗢𝗠: BOBOBOY TAUFAN ❫ kalau cinta tu hanya membazirkan masa bagi kau, curahkanlah pada aku。 ➨ Eleora Hellewave as You ❛ love will never be over. ❜ Eleora tidak sangka yang dia akan menemui Taufan sekali lagi selepas apa lelaki itu lakukan ter...