⌗ CHAPTER THREE

280 39 118
                                    

─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─

WIOM03
𝐭𝐫𝐞𝐚𝐭 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐚 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐚,
𝐢'𝐥𝐥 𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐚 𝐧𝐞𝐰 𝐩𝐡𝐫𝐚𝐬𝐞.

─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─

"Taufan~" Thorn dengan manja memeluk lengan Taufan dan meletakkan kepalanya di atas bahu sahabatnya itu.

"Uh— Kau okay tak?" Soal Taufan pelik. Dia mengalihkan bahunya supaya kepala Thorn tidak berada di atasnya. Dia memandang sekelilingnya dan mendapati lima orang lagi kawannya mengelilinginya.

Aih, bila masa dorang ada kat sebelah, kanan, kiri, atas, bawah dia ni? Jauh sangat ke dia termenung?

"Okay, aku malas nak panjangkan cerita. Kau okay ke tak?" Soal Thorn. Jelas wajahnya yang kelihatan risau.

Taufan menangkat keningnya. Dia lansung tak faham apa yang Thorn soalkan. Okay? Mestilah dia okay. Kalau dia tak okay dah lama dia lari satu universiti ni.

Tak pun menari zumba depan orang ramai. Eh, tak, tak. Korang tak dengar tu dari Taufan.

"Yelah... Eleora kan ada kat sini. Kau okay ke?" Soal Blaze pula dengan ayat yang lebih spesifik.

Eh, spesifik ke?

"Eleora?" Taufan memandang ke arah Eleora yang sedang mencatat sesuatu pada buku notanya dan memandang semula ke arah sahabatnya.

"Dah kenapa aku tak okay sebab dia?" Soal Taufan lagi. Pelik dia dengan kawan-kawan dia ni.

Oh, Taufan. Kau yang pelik sekarang ni di depan mata dorang.

Yang lain mencari perkataan dan ayat yang sesuai untuk diterangkan kepada Taufan namun Solar mengurut dahinya sambil mengelengkan kepalanya.

"Korang tahu kan yang Taufan ni lambat nak tangkap situasi macam Thorn? Straight to the point jelah," ujarnya.

"Oi!"

Solar hanya menghiraukan jeritan Thorn dan memandang ke arah Taufan.

"Eleora Hellewave. Takkan kau dah tak ingat ex terakhir kau sebelum kau nekad nak berubah?" Soal Solar pula.

"Biar jelah dia. Takkan sebab dia, aku boleh jadi tak okay pulak?" Taufan ketawa kecil.

Seolah-olah apa yang dikatakan oleh Solar adalah satu jenaka kepadanya. Keenam-enam sahabatnya itu memandang satu sama lain.

"Tak adalah... Kitorang ingatkan kau still tak move on lagi dari dia," kata Halilintar. Taufan memasang muka hairan.

"Kenapa pulak?"

"Sebab reason kau break up dengan dia je berbeza dengan yang lain—" Gempa pantas menutup mulut Halilintar.

"Lah apa yang bezanya?" Soal Taufan. Yang lain memandang dirinya seperti dia orang gila. Takkan dia dah tak ingat kenapa dia putuskan hubungan dengan Eleora?

"Kau amnesia ke apa?" Soal Ice sambil dahinya berkerut. Taufan menggelengkan kepalanya, masih tidak faham apa yang cuba dikatakan oleh sahabatnya.

WASTE IT ON ME | BOBOIBOY TAUFANWhere stories live. Discover now