⌗ CHAPTER ONE

547 47 176
                                    

─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─

WIOM 01
𝐭𝐫𝐞𝐚𝐭 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐚 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐚,
𝐢'𝐥𝐥 𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐚 𝐧𝐞𝐰 𝐩𝐡𝐫𝐚𝐬𝐞.

─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─

Hari pertama di universiti, ia akan menjadi hari yang seronok mereka kata.

Itu semua adalah bohong pada seorang manusia yang bernama Eleora Hellewave. Dia hanya mahukan hari pertamanya menjadi hari yang tenang tanpa sebarang gangguan yang boleh buat dia menyumpah.

Tapi malangnya, dunia ini bencikan diri dia. Kenapa?

Seperti manusia yang dilahirkan dengan secara normal seperti manusia lain, dia berjalan ke arah kelasnya untuk menimba ilmu. Tapi mungkin hanya dia sahaja yang mahu belajar.

Dengan langkah yang berwibawa, Eleora menjejakkan kakinya ke dalam kelas dan—

"TAUFAN ALVERT O'RYUZEN!"

Duk!

Sebuah bekas pensil mendarat di atas kepalanya seperti kapal terbang yang terhempas. Ini membuatkan wajah Eleora tertunduk ke bawah.

Nampak sangat bekas pensil pun tak sukakan dia.

Eleora mengetap bibirnya dan matanya ditutup untuk menahan amarah yang mula membuak di dalam hatinya. Dia melihat sepasang kaki berlari ke arah di mana dia berdiri.

Kaki itu memakai kasut berwarna hitam yang mempunyai garisan berwarna royal blue dan tapaknya berwarna putih. Uish, cantiknya kasut dia.

'Aish! Kenapa dengan kau ni, Eleora?! Dengan kasut pun nak jatuh cinta ke?!' Marahnya sendirian.

Ah, maklumlah dia ni kan axesual. Eh, ada kena mengena ke? Eh, tak, tak. Dia ni heterosexual tau jangan salah faham pulak.

"Kau okay tak?" Soal pemilik kasut yang cantik itu dengan lembuy, bak kata Eleora lah.

"Okay? Kau—" Kata-kata Eleora berhenti sebaik sahaja dia mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah pemilik kasut yang cantik itu.

Tak sangka yang bila kasut cantik, wajah tuannya pun cantik.

Dark platinum brown yang menjadi warna rambutnya dipadankan dengan biru azure untuk warna iris matanya seolah-olah telah tersurat dalam takdir. Apabila cahaya dari matahari menyinari iris matanya, biru azure tersebut bertukar menjadi biru maya.

Bagi orang lain, mereka akan jatuh cinta buat kali pertama apabila memandang wajah itu namun bagi Eleora, dia mahu sahaja menampar dan mencaci wajah itu semahu-mahunya.

Rambut itu. Mata itu. Iris itu. Wajah itu. Senyuman itu.

Semua yang ada pada wajah itu boleh buat Eleora muak.

Taufan Alvert O'Ryuzen.

Mata Eleora pantas memutuskan pandangannya dari wajah itu. Dia memandang sekeliling dan air liurnya ditelan kesat.

"Hey, are you—" Eleora memotong pertanyaannya dengan berjalan melintasinya.

Taufan memandangnya dengan hairan sebelum mengambil semula bekas pensil yang sedih dibiarkan lama di atas lantai yang sejuk itu.

Eleora pula sudah berjalan sehingga ke belakang. Dia berdiri di hadapan sebuah meja yang telah diduduki oleh seorang perempuan.

"Bangun. Aku nak duduk kat sini," katanya. Perempuan itu mengerutkan dahinya.

WASTE IT ON ME | BOBOIBOY TAUFANWhere stories live. Discover now