─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─
WIOM ┊11 ༉
𝐭𝐫𝐞𝐚𝐭 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐚 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐚,
𝐢'𝐥𝐥 𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐚 𝐧𝐞𝐰 𝐩𝐡𝐫𝐚𝐬𝐞.─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─
Kaki Eleora berjalan dengan laju ke arah bilik pelajar dewan sekolah. Hanya perasaan gembira dan teruja sahaja yang dia rasakan sekarang dan dia tak nak moodnya itu rosak.
"Eric! Guess what happened— Eric?" Sebaik sahaja Eleora memasuki ke dalam bilik itu, dia mendapati yang Eric tiada di dalam seperti biasa.
"Aih, mana dia pergi?" Soal Eleora sendirian. Baru sahaja dia mahu keluar, dia perasan akan satu bayang-bayang pada dinding yang di hadapannya diletakkan sebuah meja.
Eleora mengangkat keningnya. Dia berjalan ke arah meja itu dan mengalihkan pandangannya di celah meja itu.
"Eric? Kau buat apa kat situ?" Soal Eleora apabila dia melihat Eric sedang duduk mencangkung di antara meja dan dinding.
Disebabkan tempat itu tidak diterangi dengan cahaya, Eleora tidak dapat melihat wajah Eric dengan jelas namun dia masih dapat agak yang itu ialah Eric.
"T-Tak ada apa," balas Eric.
"Kalau tak ada apa, keluar lah dari situ," kata Eleora. Eric berfikir sejenak sama ada dia patut bangun atau tidak sebelum dia mengambil keputusan untuk bangun dengan perlahan-lahan.
Eleora menutup mulutnya apabila dia melihat keadaan Eric. Dahinya dikerutkan dan riak wajahnya terus bertukar risau.
"...Eric,"
"Apa dah jadi dengan muka dan badan kau?"
── ♡ ──
"Orang tua memang nak kena dengan aku," ujar Eleora perlahan.
"Sanggup dia buat macam ni pada darah daging dia sendiri and bukan tu je. Sophia pun kena sekali pulak tu," Eleora memandang ke arah lengan Eric yang dibalut dengan kemas dan segera menutup matanya.
Tidak sanggup Eleora mahu melihat kecederaan yang dialami oleh Eric sekarang ini.
"Takpelah aku dah biasa. Nasib baik dia tak patahkan tangan aku. Ni lebam je so kau tak perlu risau," Eric memaparkan senyuman nipis walaupun dia tahu yang itu tidak akan meyakinkan Eleora bahawa dia okey.
Eleora kenal setiap kekuatan, kelemahan, sisi baik, sisi buruk dan mahupun apa yang dia dah lalui tapi mengapa dia masih cuba menyorokkan kesakitannya?
Sebab dia tak nak Eleora risau. Dia tak nak orang yang disayanginya risau akan dirinya.
"Lebam? Kau kata ni lebam je?" Eleora mengurut batang hidungnya. Boleh stress dia macam ni dengan perangai Eric yang 'tak apa aku, aku dah biasa'.
Lebam yang Eric ada sekarang ni seperti tahi lalat yang berada di mana-mana sahaja tahu tak?
Tapi Eleora mengaku yang dia perlu puji Ciel kerana dia tidak meninggalkan kesan lebam di area yang terdedah seperti muka. Namun area yang boleh ditutup seperti lengan, kaki, perut dan belakang badan dipenuhi dengan kesan lebam seolah-olah badan Eric itu ialah kertas lukisan untuk Ciel lukis sesuka hatinya.
YOU ARE READING
WASTE IT ON ME | BOBOIBOY TAUFAN
Fanfic❪ 𝗪𝗜𝗢𝗠: BOBOBOY TAUFAN ❫ kalau cinta tu hanya membazirkan masa bagi kau, curahkanlah pada aku。 ➨ Eleora Hellewave as You ❛ love will never be over. ❜ Eleora tidak sangka yang dia akan menemui Taufan sekali lagi selepas apa lelaki itu lakukan ter...