⌗ CHAPTER EIGHTEEN

151 28 85
                                    

─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─

WIOM18
𝐭𝐫𝐞𝐚𝐭 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐚 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐚,
𝐢'𝐥𝐥 𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐚 𝐧𝐞𝐰 𝐩𝐡𝐫𝐚𝐬𝐞.

─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─

"Tuan muda, kita dah sampai," beritahu pemandu kereta yang membawa Taufan pulang ke rumah dari hostel universiti.

"Gopal, aku dah cakap kan tak payah panggil aku tuan muda? Nak aku sebat punggung kau ke?" Taufan mengangkat kening kanannya kepada Gopal.

"Dey, kau fikir aku nak ke? Bapak kau kalau tahu aku tak panggil kau dengan panggilan hormat, naya kerjaya aku tahu tak?" Rungut Gopal. Bibirnya sudah mencebik.

"Hah, cebik lah lagi. Aku ciumkan kau dengan itik Yaya nanti,"

"Dey!"

Taufan dengan senyuman nakalnya, keluar dari kereta dan begitu juga Gopal. Dia berjalan ke arah belakang kereta dan mengeluarkan beg yang diisi dengan barang dari hostel.

"Dah, dah. Kau tak payah nak mengada pergi angkat barang ni. Kau cuba nak amik alih kerja aku ke apa?" Gopal merampas beg yang dipegang oleh Taufan.

"Hm... Maybe sebab aku nak buat kau berhenti kerja. Muak lah tengok muka kau ni," balas Taufan tanpa ada rasa sedikit bersalah.

Gopal memberi satu jelingan yang tajam ke arahnya sebelum dia berjalan masuk ke dalam rumah keluarga O'Ryuzen.

"Ayah? Ayah!" Taufan yang baru sahaja masuk terus berlari seperti kanak-kanak kecil ke arah seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu.

"Fan dah balik?" Lelaki yang digelar 'ayah' itu tersenyum manis kepada Taufan.

Taufan mengangguk dan duduk di sebelah lelaki itu, Tornado Alvert O'Ryuzen.

"Thanks, Gopal. Tinggalkan je barang Taufan kat situ. You can go rest now," Gopal akur. Dia meletakkan beg yang dia pegang tadi di atas lantai lalu berjalan keluar dari situ.

"Seronok duduk kat hostel?" Soal ayahnya.

"Not bad," jawab Taufan acuh tak acuh.

"Ikut ayah kejap. Ayah ada something nak bagitahu pada Fan," ujar Tornado. Dia bangun dan mula menaiki tangga. Taufan yang hairan hanya mengikuti ayahnya dari belakang.

── ♡ ──

"Ayah nak cakap apa?" Soal Taufan sebaik sahaja dia dan bapanya memasuki bilik bacaan Tornado.

"Read this first," Tornado duduk di atas kerusinya dan menghulur sepucuk surat di atas meja.

"What is this?" Soal Taufan walaupun dia tahu yang Tornado tidak akan menjawab soalannya.

Taufan mencapai dan membuka sampul surat tersebut lalu mengeluarkan sehelai kertas yang berada di dalamnya.

Kandungan kertas itu dibacanya dan membuatkan kedua belah matanya membulat dengan sempurna sambil memandang ke arah Tornado.

"B-But-"

"I know, Fan. Ayah tahu yang Fan tak nak terima tawaran tu memandangkan someone tu ada kat sini," potong Tornado.

Dia, sebagai seorang bapa yang sangat mementingkan kebahagiaan keluarganya dahulu, tidak mahu memaksa Taufan dalam mana-mana segi sekalipun. Lagipun, dia tahu apa yang telah berlaku di antara Taufan dan Eleora.

WASTE IT ON ME | BOBOIBOY TAUFANWhere stories live. Discover now