⌗ CHAPTER THIRTEEN

194 32 127
                                    

─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─

WIOM13
𝐭𝐫𝐞𝐚𝐭 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐚 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐚,
𝐢'𝐥𝐥 𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐚 𝐧𝐞𝐰 𝐩𝐡𝐫𝐚𝐬𝐞.

─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─

"So... Apa kau nak cakap dengan aku?" Soal Eric tanpa memandang Rahee yang berada di belakangnya.

Mereka berdua berada di belakang universiti yang jarang dikunjungi kerana tempat itu agak terpencil.

"T-Tentang Eleora—"

"Save it. I don't want to hear anything," Baru sahaja Eric mahu berjalan pergi, Rahee pantas menarik lengan kirinya.

"Let me go, Rahee," Namun, Rahee menggelengkan kepalanya.

"L-Let me explain! P-Please!" Pinta Rahee. Matanya sudah bertangkung dengan air.

Eric menghela nafas dan menarik lengannya dari terus dipegang oleh Rahee.

"Kau ada sepuluh minit untuk terangkan kenapa kau buat macam tu pada Eleora and especially dengan adik aku," ujar Eric dengan perlahan.

"S-Sebenarnya, saya tak berniat nak bagitahu tentang hal E-Eleora kritik saya pada Sophia sebab s-saya tahu yang dia a-adik awak jadi sebab tu saya b-bagitahu pada Zara je. T-Tapi tak sangka p-pulak Sophia d-dengar," ujar Rahee dengan tangannya yang berketar. Takut jika Eric memarahinya lagi.

"So, kau nak tuduh adik aku yang buat semua ni?" Soal Eric sambil mengangkat kening kanannya.

"T-Tak! C-Cuma— Saya n-nak mintak m-maaf! Kalau saya tahu s-situasi akan jadi macam ni, saya akan t-tutup mulut saya!" Rahee menundukkan wajahnya. Tapak tangan yang berada di dadanya digenggam dengan erat.

Eric mengeluarkan tawa kecil. Rahee memandangnya dengan hairan. Kenapa pulak lelaki yang berada di hadapannya gelak? Dia ada buat lawak ke?

"Rahee... Aku nak tanya something sebelum aku buat keputusan untuk maafkan kau atau tak," Eric memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya.

"A-Apa dia?"

"Eleora dah maafkan kau tak?" Soal Eric. Rahee membulatkan matanya.

"S-Saya— B-Belum—"

"So? Kenapa kau expect untuk aku maafkan kau kalau mangsa untuk situasi ni tak maafkan kau lagi?" Rahee menelan air liurnya yang terasa kesat.

"A-Awak masih t-tak maafkan saya?" Soalnya.

"Rasanya aku tak perlu jawab kot soalan tu sebab aku yakin yang kau tahu jawapannya," Eric mula melangkah namun berhenti apabila mendengar soalan Rahee.

"Kalau saya m-mintak maaf pada Eleora... A-Awak akan maafkan s-saya ke?" Eric memandang Rahee dengan senyuman kelat.

"Kau silap Rahee. Aku hanya akan maafkan kau bila Eleora dah maafkan kau," Dengan itu, Eric berjalan meninggalkan pergi dari situ.

Rahee mengetap bibirnya. Dia tidak tahu perkara apa yang patut dia buat. Dia buntu dan dia tidak boleh berhenti dari memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku jika dia meminta maaf pada Eleora.

WASTE IT ON ME | BOBOIBOY TAUFANWhere stories live. Discover now