⌗ CHAPTER TWELVE

181 32 139
                                    

─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─

WIOM12
𝐭𝐫𝐞𝐚𝐭 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐚 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐚,
𝐢'𝐥𝐥 𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐚 𝐧𝐞𝐰 𝐩𝐡𝐫𝐚𝐬𝐞.

─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─

incoming calling…
Elra 👑💜

accept / decline

"Gempa! Perlahanlah sikit volume televisyen tu! Bakal isteri aku tengah call ni!" Jerit Taufan ke arah rakan sebiliknya walaupun dia duduk di sebelahnya sahaja.

Gempa menutup telinganya dan menjeling ke arah Taufan. Ish kacau betul. Tak nampak ke dia tengah tengok Tujuh Hari Mencintaiku 2 ni?

Nak tak nak, Gempa perlahankan juga bunyi suara kerana dia tak mahu jadi biadap ketika orang lain sedang bercakap di telefon.

Taufan berdehem supaya suaranya tidak kedengaran serak semasa bercakap. Dengan menarik nafas dengan dalam, dia menekan 'decline'.

Eh, decline—

"ALAMAK! AKU SALAH TEKAN!"

Sebuah bantal terbang dan mendarat dengan penuh bergaya di muka Taufan.

"CALL LAH DIA BALIK! BISING LAH KAU NI! AKU NAK TIDUR PUN TAK BOLEH!"

Gempa menutup telinganya sekali lagi apabila mendengar jeritan Taufan di sebelahnya dan Ice yang berada di dalam biliknya. Boleh pekak dia kalau setiap hari macam ni.

Eh, memang setiap hari macam ni pun.

"Okey, okey. Aku call dia balik," Taufan menekan nombor kenalannya yang bernama 'Elra 👑💜' sebelum menekan punat 'call'.

calling…
Elra 👑💜

Taufan menunggu selama beberapa saat sebelum telinga kanannya menangkap bunyi suara seseorang.

"...Kenapa kau decline call aku?"

"Sorry, sorry. Aku panik hehehe. Kenapa kau call aku?"

"..."

"Elra, kau okey tak?"

"I-I need you,"

Taufan mengerutkan dahinya, kehairanan.

"What?"

"Taufan, I think—"

"Aku r-rasa—"

"Kau menangis ke?"

"Elra, aku tanya kau ni. Kau menangis ke?"

Taufan boleh mendengar bunyi tangisan di hujung talian walaupun bunyi itu tidak kedengaran dengan jelas.

"C-Can you come? I-I need someone r-right now—"

"I'm on my way,"

Dia segera mematikan panggilan dan berlari ke arah pintu biliknya. Sebaik sahaja pintu dibuka, wajah dingin Halilintar tersembul di hadapan Taufan.

WASTE IT ON ME | BOBOIBOY TAUFANWhere stories live. Discover now