─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─
WIOM ┊09 ༉
𝐭𝐫𝐞𝐚𝐭 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐚 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐚,
𝐢'𝐥𝐥 𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐚 𝐧𝐞𝐰 𝐩𝐡𝐫𝐚𝐬𝐞.─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─
"Boleh gugur rambut aku kalau setiap hari dia buat perangai kat sekolah," rungut Eric sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta.
"At least dia tak buat hal kat rumah," balas Eleora yang sudah menunggu hampir lima belas minit di dalam kereta untuk mesyuarat pelajar dewan sekolah tamat.
"Tch, memanglah dia tak buat hal kat rumah sebab dia takut dengan ayah," Eric mencebik.
Valrez, pemandu mereka berdua segera memandu kereta mereka untuk pulang ke rumah.
"By the way, kau masuk kelas tak tadi?" Soalnya. Eleora menggelengkan kepalanya.
"Benda boleh ponteng, buat apa nak masuk kelas?" Eric mengetuk kepala Eleora yang merintih kesakitan.
"Ouch!"
"Memandai je kau. Anyways, ada tak Taufan-" Eleora segera menjeling ke arah tunangnya.
"What? Aku nak tanya je kalau Taufan ada datang lawat kau tadi. Is that wrong?" Eric mengangkat tangannya.
"Ada tapi sekejap je sebab dia kena balik kelas," balas Eleora dengan perlahan.
"And kenapa bunyi suara kau macam dissapointed?" Eleora menggigit bibirnya.
"Mana ada,"
"Suuuuure,"
Eleora mencebik. Dia memandang ke arah luar dan tiba-tiba Rahee muncul dalam fikirannya.
"Eric?"
"Apa?"
"Aku nak mintak tolong boleh?" Eric memandang pelik pada Eleora.
"Kau nak aku tolong apa?"
── ♡ ──
Rahee dengan berpakaian sweater putih dan berseluar jean biru tua manakala rambutnya diikat gaya kuda, berjalan dengan laju ke arah sebuah kedai yang terletak tidak jauh dari rumahnya, 7Eleven.
Hatinya berdegup dengan laju sehingga dia boleh mendengar bunyi degupannya. Dia tak dapat menahan daripada bibirnya untuk tersenyum. Kenapa dia rasa teruja?
Bukannya Eric memanggilnya untuk lakukan apa-apa pun. Eric ingin berjumpa dengannya untuk berbincang tentang pelantikan semula penolong presiden pelajar tahun kedua.
Ah, ya. Rahee dan Sophia telah dilucutkan jawatan.
Dia akhirnya tiba di destinasi yang ingin dituju dan dengan langkah yang berhati-hati, dia masuk ke dalam dan duduk di salah sebuah kerusi yang disediakan di dalamnya.
Rahee memandang sekeliling. Cuba melihat kelibat Eric namun walaupun setelah lima belas minit, Eric masih tidak muncul.
'Mana dia ni? Entah-entah dia terlibat dalam masalah kot?' Fikir Rahee. Dia menurunkan wajahnya. Hatinya mula berasa risau.
"Sorry sebab datang lambat," Rahee kaku. Suara Eric memang kedengaran feminin ke? Tapi kenapa dia rasa macam dia pernah mendengar suara ini?
YOU ARE READING
WASTE IT ON ME | BOBOIBOY TAUFAN
Fanfiction❪ 𝗪𝗜𝗢𝗠: BOBOBOY TAUFAN ❫ kalau cinta tu hanya membazirkan masa bagi kau, curahkanlah pada aku。 ➨ Eleora Hellewave as You ❛ love will never be over. ❜ Eleora tidak sangka yang dia akan menemui Taufan sekali lagi selepas apa lelaki itu lakukan ter...