─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─
WIOM ┊15 ༉
𝐭𝐫𝐞𝐚𝐭 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐚 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐚,
𝐢'𝐥𝐥 𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐚 𝐧𝐞𝐰 𝐩𝐡𝐫𝐚𝐬𝐞.─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─
"Hah? Boleh lecturer ulang sekali lagi?" Pinta Eleora.
"Semua lecturer course design dah setuju untuk hantar kamu ke Aurora Design Competition sebagai wakil universiti pada minggu hadapan," ulang Dahyun seperti yang diminta.
Lawatan pelajar tahun pertama selama dua hari telah tamat semalam. Hari ini, semua pelajar kembali ke universiti seperti biasa dan Eleora masih belum pulang kerana lecturer kelas course yang diambilnya mahu bercakap dengannya sebentar.
"Betul ke? Lecturer tak main-main kan?" Soal Eleora yang teruja.
Dia pernah mendengar tentang pertanding itu sebelum ini daripada rakan sekelasnya dan berharap yang dia akan dipilih jadi disebabkan itu dia berasa sangat gembira sekarang ini.
Dahyun menganggukkan kepala sambil tersenyum lebar.
"Kenapa lecturer tak ambil pelajar tahun kedua? Tak pun pelajar tahun ketiga," soal Eleora lagi.
"Mereka dah dipilih untuk pertandingan lain and lagipun design yang kamu hantar minggu lepas sangat unik dan menarik perhatian semua lecturer," jawab Dahyun dengan jujur.
"Terima kasih, lecturer! Saya akan buat yang terbaik untuk menang dalam pertanding tu!" Kata Eleora dengan penuh bersemangat sebelum meminta diri untuk pulang ke rumah.
── ♡ ──
Srak!
"Gol!"
"Cayalah Taufan!"
"Mesti kita menang lagi!"
Taufan tersenyum lebar apabila mendengar pujian dari rakan sepasukannya sebaik sahaja dia berjaya memasukkan bola ke dalam jaring.
Inilah aktiviti harian manusia yang bernama Taufan Alvert O'Ryuzen ini. Setiap hari, pada waktu petang, dia akan bermain bola keranjang bersama rakan-rakannya ─ itu pun kalau Blaze dan Thorn tak sibuk nak bermain di taman permainan tapi disebabkan pujukan Taufan, mereka berdua bermain dengannya petang ini ─ di gelanggang universiti.
Sebenarnya, ada juga pelajar dari tahun kedua dan ketiga yang masuk sebagai rakan sepasukannya. Dia tak kenal mereka tapi apa dia kisah? Asalkan dia dapat main.
"Oi, O'Ryuzen! Girlfriend kau datang!" Jerit Blaze dengan senyuman nakalnya.
"Huh? Sejak bila aku ada─ Oh," Taufan berhenti dari merungut apabila dia melihat Eleora di luar gelanggang.
"Tch, apalah kau, Laze. Leora bukan girlfriend Taufan lah," tegur Thorn.
"Then, dia tu siapa?"
"Bak kata Taufan, tukan bakal isteri dia~"
"Ah chia chia chia~"
Blaze dan Thorn tersenyum mengejek kepada Taufan yang sudah mengurut dahinya. Boleh mati dia sebab stress yang dia alami dari dua orang kawan sengalnya itu.
YOU ARE READING
WASTE IT ON ME | BOBOIBOY TAUFAN
Fanfic❪ 𝗪𝗜𝗢𝗠: BOBOBOY TAUFAN ❫ kalau cinta tu hanya membazirkan masa bagi kau, curahkanlah pada aku。 ➨ Eleora Hellewave as You ❛ love will never be over. ❜ Eleora tidak sangka yang dia akan menemui Taufan sekali lagi selepas apa lelaki itu lakukan ter...