─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─
WIOM ┊02 ༉
𝐭𝐫𝐞𝐚𝐭 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐚 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐚,
𝐢'𝐥𝐥 𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐚 𝐧𝐞𝐰 𝐩𝐡𝐫𝐚𝐬𝐞.─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─
Eleora bukannya tak nak kenalkan diri dia tapi dia dah muak dengan semua orang di sekeliling dia bila mereka dapat tahu yang dia ni dari keluarga Hellewave.
"Eleora Hellewave? Bukan ke dia anak Eungene Hellewave?"
"Eungene Hellewave? Pereka fesyen yang terkenal tu?!"
"Aku dengar kan yang anak dia tu manja sangat. Kalau orang sakitkan hati dia, nanti dia suruh bapak dia saman orang tu,"
"Pft ni sah anak bapak,"
'Why can't people just shut up daripada cakap benda yang dorang sendiri tak pasti?' Eleora mengelengkan kepalanya sedikit.
"Oh, now I remember. Semalam awak tak datang kan?" Soal Elena untuk kepastian. Eleora hanya mengangguk sahaja.
"Kan aku dah kata! Dia ni memang anak manja!"
"Entah-entah kan dia dapat masuk universiti ni pun sebab ayah dia,"
"So means dia tak ada kelayakan masuk pun? That's so disgusting,"
"Shh! Jangan cari pasal dengan dia! Nanti dia suruh bapak dia saman kau,"
'And lecturer buat situasi jadi lebih teruk. Baguslah, Eleora. Kau bakal menghadap tahun yang teruk juga kat universiti,' rungutnya.
"May I know why?" Soal Elena lagi.
"Personal issue. Maaf lecturer sebab saya tak dapat hadir semalam," Eleora menundukkan badannya sedikit.
"It's okay. Have a sit. Okay, now. Hm about you, Blaze?" Elena memandang ke arah seorang lelaki yang berambut reddish brown dan iris matanya berwarna tangerine yang bertonakan amber, Blaze Azahmehr.
"Eh?! Saya?! Kenapa lecturer tak pilih mamat hijau ni?!" Bantah Blaze sambil menunding ke arah Thorn yang duduk di sebelah kirinya.
"Ini dah kali kedua aku kena tunding jari. Tadi Taufan, sekarang kau pulak!" Thorn menepis tangan Blaze.
"Kalau tadi kau gaduh dengan Taufan, meh gaduh dengan aku pulak!" Blaze mengambil pen dari meja Taufan yang berada di sebelah kanannya.
"Hah, meh ah!"
"Thorn, jangan kau-" Belum sempat Solar memberi amaran, Thorn sudah merampas bekas pensilnya.
"Blaze, Thorn, bertenang-"
"Nampaknya hanya salah seorang dari kita sahaja yang akan hidup..." Blaze mengacu pen Taufan tepat pada wajah Thorn.
"Dan yang pastinya orang itu ialah aku," Thorn yang tidak mahu kalah mengacu bekas pensil Solar pada Blaze.
Mereka merenung tajam ke dalam mata antara satu sama lain. Suasana menjadi sunyi dan tegang. Elena tak tahu sama ada dia patut hentikan mereka berdua atau tidak.
YOU ARE READING
WASTE IT ON ME | BOBOIBOY TAUFAN
Fanfiction❪ 𝗪𝗜𝗢𝗠: BOBOBOY TAUFAN ❫ kalau cinta tu hanya membazirkan masa bagi kau, curahkanlah pada aku。 ➨ Eleora Hellewave as You ❛ love will never be over. ❜ Eleora tidak sangka yang dia akan menemui Taufan sekali lagi selepas apa lelaki itu lakukan ter...