─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─
WIOM ┊05 ༉
𝐭𝐫𝐞𝐚𝐭 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐚 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐚,
𝐢'𝐥𝐥 𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐚 𝐧𝐞𝐰 𝐩𝐡𝐫𝐚𝐬𝐞.─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─
Kalau diikutkan mahu sahaja Eleora meminta bapanya untuk mengupah beberapa pengawal peribadi untuknya semasa di universiti. Kenapa?
Sebab ada manusia yang beriris biru azure asyik menunggunya di mana-mana sahaja. Dah macam stalker, itulah apa yang Eleora fikir apabila dia mendapati Taufan sedang berdiri di luar kelas sejak tadi.
"Baiklah, korang kena siapkan assignment ni dan hantar pada minggu hadapan. Sampai di sini sahaja kelas kita pada hari ini. Class dismiss,"
Seperti lidah cicak yang menangkap makanannya dan memasukkannya ke dalam mulut, begitu jugalah tangan Eleora mengambil dan memasukkan barangnya ke dalam begnya apabila dia mendengar yang lecterurnya, Eun Dahyun menamatkan sesi pelajaran.
Dia segera keluar dari kelas itu dan menarik tangan Taufan lalu beredar dari situ.
"Oi, kau nak bawak aku pergi mana ni?" Soal Taufan namun dia masih membiarkan dirinya ditarik.
"Pergi kubur kau," balas Eleora dengan nada kosong.
"Kalau macam tu... Apa kata kau masuk sekali dalam kubur tu? Bolehlah kita together forever gitu~" Eleora berhenti dari melangkah dan memandang tajam ke arah Taufan yang tersengih seperti kerang wangi.
'Dia still tak berubah dengan pick-up line teruk dia tu,' omel hati Eleora.
"Ikut jelah aku. Takkan susah sangat? Atau muncul kat mana aku ada dari pagi tadi lagi senang bagi kau?" Perli Eleora yang geram.
Taufan mengetap bibirnya, menahan dari senyuman terukir pada wajahnya.
Pada pandangannya, Eleora kelihatan seperti penguin yang sedang mengugutnya.
Kenapa penguin? Jangan tanya dia sebab dia pun tak tahu.
Itu lebih baik dari dia panggil Eleora sebagai platypus.
"Okay, okay. Aku ikut,"
"Good,"
── ♡ ──
"Now, mind to explain kenapa kau asyik muncul kat tempat aku berada?" Soal Eleora.
Mereka berdua berada di dalam kelas mereka, 1-K yang kosong memandangkan sesi pembelajaran untuk hari ini telah tamat.
Korang jangan fikir lain eh.
"Kenapa? Salah ke kalau aku nak muncul kat tempat kau berada?" Soal Taufan dengan muka polosnya.
'Mamat ni gila ke apa? Boleh pulak dia tanya kalau benda tu salah? Tak sedar ke diri tu dah macam stalker?' Eleora memberi pandangan datar.
Yalah. Bayangkan semasa dia pergi sekolah, Taufan sudah berada di hadapan pagar sekolah dan mengikuti Eleora sehingga ke kelas mereka.
Dan di kelas, sekali lagi, Eleora menerima sebuah kotak kecil seperti semalam tetapi dia sudah agak yang ia diberikan oleh Taufan. Tapi itu okey lagi.
Yang paling buat Eleora naik meremang apabila semasa waktu rehat. Dia baru sahaja keluar dari tandas perempuan dan terkejut apabila melihat Taufan menunggunya di luar.
Tanpa segan dengan mata yang memandang mereka, Taufan memberikan sepaket tisu kepada Eleora. Dia memberi senyuman yang manis sebelum berjalan pergi, membiarkan Eleora yang keras membatu.
YOU ARE READING
WASTE IT ON ME | BOBOIBOY TAUFAN
Fanfiction❪ 𝗪𝗜𝗢𝗠: BOBOBOY TAUFAN ❫ kalau cinta tu hanya membazirkan masa bagi kau, curahkanlah pada aku。 ➨ Eleora Hellewave as You ❛ love will never be over. ❜ Eleora tidak sangka yang dia akan menemui Taufan sekali lagi selepas apa lelaki itu lakukan ter...