⌗ LAST CHAPTER

306 32 140
                                    

─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─

WIOM20
𝐭𝐫𝐞𝐚𝐭 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐚 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐚,
𝐢'𝐥𝐥 𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐚 𝐧𝐞𝐰 𝐩𝐡𝐫𝐚𝐬𝐞.

─ ── ─ ── ♡ ── ─ ── ─

To my beloved,
Taufan Alvert O'Ryuzen

Aku tahu kau takkan terima surat ni tapi aku masih nak tulis balasan untuk surat kau.

Aku boleh tunggu kau Taufan. Walaupun ia akan mengambil masa selama berpuluh-puluh tahun pun, aku masih akan tunggu kau.

Tapi... Aku tak rasa aku mampu.

Kau kata kau nak aku beri satu lagi peluang pada diri aku untuk lihat cinta dari segi optimis dan tak putus asa dalam cinta dan kau beri kebenaran untuk aku curahkan cinta aku pada kau.

Tapi macam mana aku nak buat semua tu kalau kau tiada di sisi aku? Aku tak sempat nak beritahu pada kau yang...

Aku pun cintakan kau.

Love from,
Eleora Hellewave

── ♡ ──

"Miss Hellewave, CEO Vinlaze Company dah tiba. Dia sedang menunggu cik di bilik mesyuarat,"

Eleora yang sedang termenung jauh di mejanya memandang secretarynya dengan pandangan yang malas.


"Boleh tak cancel?" Pintanya dengan memberi senyuman dan wajah yang meminta belas kasihan.

"Ni dah kali kelima kau cancel meeting dengan dorang kau tahu tak? Kau fikir aku ni apa? Kuli batak kau untuk buat alasan kenapa kau cancel meeting?" Bidas secretarynya.

"Woah, woah. Relax, Gempa. Sejak zaman uni, kau nampak macam gangster tahu tak," ujar Eleora. Gempa memutarkan matanya.

"Duh aku penat nak layan perangai kau yang malas ni. Aku pun tak tahu macam mana papa kau bagi kau pegang jawatan sebagai CEO Hellewave Touch Company," balasnya. Dia meletakkan beberapa fail yang dipegangnya tadi di atas meja Eleora.

"Baik kau keluar dari bilik ni dalam masa lima minit kalau tak aku sendiri akan letak jawatan," ugutnya.

Bukannya Gempa tidak tahu yang ramai telah meletakkan jawatan sebagai secretary untuk Eleora. Kenapa? Sebab semua dah penat untuk melayan karenah Eleora yang masih kebudak-budakkan itu.

Alamatnya, Gempa yang baru sahaja tamat pengajian diberi tawaran untuk menjadi secretary Eleora. Sekarang, dia menyesal kerana menerima tawaran itu.

"Ish, yelah!" Akhirnya, Eleora mengalah. Dia tidak mahu kehilangan seorang lagi secretary. Penat wei nak cari.

"Good," Dengan senyuman puas, Gempa keluar dari bilik itu dengan meninggalkan Eleora yang sudah mencebik.

── ♡ ──

"Aku terkejut bila kau tak cancel meeting ni lagi macam sebelum ni," Eleora memberi jelingan ke arah Eric.

WASTE IT ON ME | BOBOIBOY TAUFANWhere stories live. Discover now