Mata aku terkelip - kelip memandang fail yang diletakkan di atas meja itu. Rasa tak percaya dengan apa yang aku lihat.Dave tersengih melihat reaksi wajah aku. Dia terus menarik kerusi di depan aku. "Kali ni kita nak Dragon. Kes penyeludupan dadah dan senjata api, pembunuhan pun ada jugak. So aku nak kau jalankan tanggungjawab kau."
Jari aku menggaru leher. Kening sudah bertaut akibat hairan. "Tapi kenapa tempoh penyamaran kali ni lama? Selalunya aku menyamar beberapa hari je kan?" Soal aku kehairanan.
Mendengar soalan aku itu, Dave tergelak. Tangannya mencapai sekeping gambar yang menayangkan seorang lelaki itu. "He is Dragon. Dia sangat licik dan berani. Pihak kita sentiasa mendapat kesukaran untuk tangkap dia. Jadi kali ini, kena pakai cara halus."
Mata aku membulat mendengar penerangan Dave. Tapi bukan itu saja membuatkan aku terkejut. Malah, melihat gambar itu juga membuatkan aku tergamam.
"Muka punyalah handsome tapi penjenayah!"
Dave terus meledakkan tawanya. "Habis tu kau ingat penjenayah ni muka pecah ke semua? Macam dalam drama Melayu? Asal penjenayah je duduk rumah usang."
Tak dapat menafikan, kata - kata Dave ada betulnya. Penjenayah tak semestinya muka pecah. Malah lagi ramai penjenayah yang ada rupa. Senang sikit nak memperdayakan manusia.
Tangan aku sudah bersilang. Dahi berkerut seribu memandang gambar - gambar yang berselerak di atas meja itu. "So apa aku kena buat?"
"Kali ini kerja kau senang. Mengurat dia je,"
Aku pandang Dave hairan. Memanglah aku pernah dapat tugasan menggoda orang semua itu. Tapi takkanlah aku kena goda Mafia luar dan dalam negara ni?
Melihat wajah bingung aku, Dave menyambung penerangannya. "Kau kena buat dia jatuh cinta dengan kau dan bawa kau masuk rumah dia. Bila kau dah masuk rumah dia, masa tulah aku nak kau cari bukti. Cari tempat dia buat hal."
Perlahan - lahan aku mengangguk. "So bila aku dah tahu something, aku kena bagitahu kau dekat balai?" Soal aku.
Pantas Dave menggeleng. Badannya disandarkan pada belakang kerusi. "Jangan, Lily. Orang suruhan Dragon akan ikut kau sepanjang masa. Jadi aku hanya nak kau text aku kalau ada apa - apa info. Jangan datang balai. Kalau perlu jumpa, kita jumpa dekat rumah sesiapa."
Aku mengangguk lagi. Tak hairanlah kalau orang suruhan dia akan ikut aku sepanjang masa. Mereka perlu tapis aktiviti keluar dan masuk orang mereka.
"Lepas tu, ambil phone ni."
Dave menolak telefon pintar itu pada aku. "Telefon untuk kau guna masa dengan dia. Dalam phone kau tu banyak bukti kau ni anggota polis. Nanti kantoi, tak memasal."
Apabila Dave sebut pasal itu, automatik aku teringat. "Dave, macam mana kalau dia cari maklumat pasal aku? Nanti kantoilah aku ni polis!"
"Tak apa, kitorang dah minta jabatan untuk buang nama kau sementara waktu. Habis kerja ni, ada baliklah nama kau."
Bibir aku terus menyinggung senyuman. Tangan membelek gambar jejaka yang dikenali sebagai Dragon itu. Gambar itu menunjukkan dia sedang berjalan. Lepas itu bahagian matanya ditutup dengan kaca mata gelap.
Tubuhnya disarungkan jaket hitam bersama seluar jeans. Daripada gaya di dalam gambar ini aku sudah mampu menyimpulkan sikap Dragon.
Hot and spicy.
"Okay tu je aku nak bagitahu. Aku nak balik ni, nanti isteri aku mengamuk tak beli susu anak lagi."
"Okay."
YOU ARE READING
Dragon's✔️
Romancecinta atau tanggungjawab? yang manakah akan dipilih? ••• Sebagai detektif, kes kali itu memerlukan penyamaran lagi. Tidak hairanlah harus menyamar kerana itu memang kepakarannya. Tapi yang mencabarnya, kali ini dia harus mendekati seorang jejaka yan...