<16>

670 49 2
                                    













Sampai di rumah Dragon, aku terus masuk ke dalam bilik dan salin baju. Dragon kata dia nak kenalkan aku denganpengawal peribadi barunya. Aku tak tahulah dia ni nak berapa ramai pengawal, padahal dia boleh je jaga diri sendiri.

Usai salin baju, aku terus turun ke bawah. Tak mahu Dragon menunggu lebih lama. Tahu aje lah mamat tu, baru tunggu setengah jam dah buat muka tak puas hati.

Saat aku turun tangga, mata aku dapat menangkap Dragon sedang berbincang dengan seorang lelaki. Aku duga, itulah pengawal baru yang dia kata sebentar tadi. Wajah mereka serius, lagi - lagi Dragon. Macam bincang masalah negara.

Dragon yang perasan akan kehadiran aku, terus bangun dari duduknya. Wajah yang sedia tegang tadi kembali mengendur. "Hye babygirl."

Bibir aku ukir senyuman manis apabila disapa begitu. Rasa berbunga disapa macam puteri oleh Dragon. "Hye my Dragon," sapa aku juga.

Kaki aku menapak menghampirinya. Dragon yang dah berdiri merangkul pinggang aku sebelum pipi aku dikucupnya lembut. "Aku suruh mandi, kau tukar baju je ke?"

Rasa di awangan tadi kembali lenyap. Runtuh saham aku apabila ditegur begitu di hadapan tetamu. "Apa ni tegur macam tu?! Tak nak kawan!"

Tawa gemersik Dragon terhambur. Jermarinya menolak juntaian rambut aku ke belakang telinga. "Gedik. Oh ya, ni lah bodyguard baru aku."

"Hye, Miss..."

"Miss Lily," Dragon memperkenalkan aku. Sementara itu, aku diam menutup mulut melihat lelaki itu. Kejutan apakah lagi ini...?

Lelaki itu mengukir segaris senyuman buat Dragon. Namun apabila dia menatap aku, senyumannya bertukar sinis. "Hye Miss Lily, nice to meet you."

Aku menarik nafas sebelum menjawab sapaannya itu. "Erm, hye..."

"Kenapa kau macam tak ada mood ni?" Dragon menyoal apabila melihat wajah muram aku. Tanpa dia ketahui, dia telah menerima seorang lagi pengkhianat dalam dunianya.

Taylor.

Seorang lagi ahli pasukan aku selain Dave. Sebelum ini Taylor lebih banyak duduk di sebalik tabir. Dia bukan macam Dave yang banyak soal siasat itu ini. Tapi dia... lebih pantas bertindak.

"Tak ada apa, saya okay." Aku ukir senyuman buat Dragon. Tak mahu dia syak yang bukan - bukan. Tangan Dragon aku tarik ke sofa untuk duduk.

Mujurlah Dragon tak tanya banyak, dia juga kembali duduk di sebelah aku. "So nanti Taylor akan jadi bodyguard aku. Dia lagi berpotensi dari Levi."

Lagi berpotensi...?

Jujurnya aku rasa nak gelak sahaja dengan ayat Dragon. Memanglah Taylor lagi berpotensi dari Levi, mamat itu siap diiktiraf oleh negara. Kalau Dragon tahu yang pengawal baru dia tu polis, apalah nak jadi.

Taylor ukir senyuman. Dia duduk semula. "Terima kasih Mr. Dragon sebab terima saya sebagai pengawal yang baru."

Werk.

Mata aku julingkan ke atas dengar ayat paling menyeramkan itu. Memang patut berterima kasih pun, tapi sebab diterima untuk menjadi pengkhianat seterusnya. Mesti Dave yang hasut pihak atasan hantar dia ni. Geli aku!

"Tak ada masalah, aku hanya ikut saranan agency kau." Dragon menjawab dengan tenang. Raut wajahnya tak nampak macam curiga langsung dengan Taylor.

Aku jegilkan mata pada Dragon. "Awak ambil dia dekat agency mana? Agency tu boleh dipercayai ke?" Soal aku tak puas hati. Kalau boleh, aku nak suruh Dragon pecat Taylor sekarang jugak.

Dahi Dragon berkerut seketika. Matanya jatuh pada wajah aku. "Agency besar, sayang... bukan agency tepi longkang."

"Yalah tapi..."

Tak mahu aku terus membangkang, Dragon menjegilkan matanya. Bahu aku dipeluk erat. "Lepas ni Levi jaga kau. Tak payah ambil kisah pasal Taylor, dia jaga aku je."

Nampaknya Dragon memang percaya betul dengan Taylor. Tak boleh jadi ni, aku tak nak setiap pergerakan aku dalam villa ini diketahui pihak atasan. Nanti bermulalah segala bebelan dan tindakan khas untuk aku.

Tambahan lagi kalau... mereka tahu aku benar - benar sukakan Dragon.






















SELESAI makan malam, aku terus hilangkan diri ke kolam renang. Kalau boleh, aku nak luangkan masa lagi dengan Dragon. Malangnya ada Taylor yang asik berkepit dengan kekasih aku itu.

Tak tahulah nak cakap, aku syak Taylor pun sukakan Dragon. Eh...?

"Kau lambat bertindak," suara garau itu tiba - tiba kedengaran dari belakang membuatkan aku pusing ke belakang. Mata aku tertancap pada wajah dinginnya.

Aku dah agak itu yang dia akan katakan apabila bersua dengan aku begini. Bibir ukir senyuman sinis. "Biar lambat asalkan selamat, Encik Taylor." Balas aku sarkastik.

Tawa Taylor terhambur. Tapi tidak terlalu kuat kerana takut pekerja lain akan salah faham. "Mulai hari ini, kita akan bekerjasama. Tak payah banyak bagi alasan, kau ikut je rancangan aku."

"Rancangan apa? Aku ada rancangan sendiri!" Wajah aku tegang. Aku pandang Taylor atas bawah. Sudahlah baru datang tak sampai sehari lepas itu sesuka hati nak suruh aku ikut rancangan dia.

"Dah tangkap cintan dengan mamat tu?"

Soalan itu lagi!

"Bukan urusan kau kan?" Soalannya aku balas dengan soalan. Tanpa mempedulikan Taylor, aku duduk di bangku yang berdekatan. Masih mahu ambil angin luar.

Taylor senyum sinis. Dia berdiri tegak di hujung bangku. "Kau ingat kita baru kenal dua hari? Aku bukan Dragon yang senang kena tipu."

Senang kena tipu?

Aku pandang Taylor tajam. "Kau ingat nak dapatkan kepercayaan dia tu senang kacang ke? Aku pernah kena tuduh sampai dia cekik! Aku masih ingat detik dia bunuh orang depan aku!" Suara aku tahan daripada meninggi.

Sumpah, memori itu aku tak akan lupakan sampai bila - bila. Sebagai anggota polis, rasa kesal sangat apabila melihat pembunuhan depan mata tapi hanya mampu diam dan pura - pura takut. Dah tu, siap kena cekik lagi!

"Aku nak kau letak camera dalam bilik kerja dia dan kereta dia. Kalau boleh, track phone dia sekali."

Kening aku bertaut. Aku pandang Taylor tak puas hati. "Amboi, semua suruh aku. Lepas tu kau, goyang kaki je lah?"

Taylor senyum sinis. Kedua belah tangannya dibawa memeluk tubuh. "Kau kan dah rehat lama? Buat kerjalah pulak." Ujarnya selamba.

Aku merengus kasar. "Tetap tak adil. Susah jugak kerja tu," Ya. Itulah hakikatnya. Bukan senang nak pasang semua benda itu dekat dalam rumah Dragon yang banyak cctv ni.

"Tipu je. Aku akan ambil dokumen rahsia dekat office dia. So, kerja kau lagi senanglah kan?" Taylor angkat kening. Riak dapat buat kerja lebih sukar.

"Hurm, okay."

Puas hati dengan balasan aku, Taylor tersenyum. Matanya terpandang seseorang yang menunggu di pintu gelongsor, lalu dia menunduk hormat pada aku. "Terima kasih atas nasihatnya, Miss Lily. Saya akan buat yang terbaik untuk jaga Mr. Dragon."

"Lily, kau buli dia eh?"

Bahu aku disentuh dari belakang. Dragon memangku kedua belah tangannya di tepi aku. "Okay, Taylor. Kau boleh pergi buat kerja lain. Aku nak dating dengan budak ni."

"Okay bos."

Aku pandang langkah Taylor tajam.

Bingung,














"maybe im not pretty maybe im just fun"






love,
eyein

Dragon's✔️Where stories live. Discover now