MATA aku terbuka apabila pipi terasa sakit ditampar berkali - kali. Tubuh yang terbaring dengan tangan dan kaki yang teringat meringkuk. Kesejukan sepanjang malam."Bangun pun. Lama betul tidur. Selesa eh lantai ni?" Suaranya bernada sinis. Dia duduk mencangkuk di depan aku. Pandangannya tajam memandang aku.
Aku diam. Menyedari yang di hadapan aku ini adalah Dragon, aku tak mampu untuk meluah sepatah kata. Diam adalah pilihan terbaik.
Dragon menolak kasar tubuh aku supaya duduk. "Sarapan. Nanti mati susah pulak aku." Ujarnya kasar. Dia benar - benar melayan aku seperti tahanannya.
Ikatan di tangan aku dibuka dengan kasar. Tak kisah pergelangan tangan yang dah melecet. Kemudian, tali itu dilempar kasar ke lantai. "Makan."
Aku hanya mampu mengangguk. Tangan terketar - ketar mencapai sudu yang diletakkan di tepi pinggan itu. Menggigil kerana kesejukan sepanjang malam.
Melihat aku yang sukar mencapai sudu, Dragon terlebih dahulu mengambil sudu itu. "Kau tak payah risau. Kau akan balik jugak nanti. Aku bukannya nak bunuh kau."
Lega. Aku takkan dibunuh di sini.
Bungkusan nasi itu dibuka oleh Dragon. "Sebelum aku pergi luar negara, aku lepaskan jelah kau. Bukannya bawa untung kalau ada pun." Sambungnya lagi.
Hati aku bagai dihiris. Rasa seperti begitu tak bermakna di mata Dragon. Aku tak ubah seperti tahanan yang tak berharga. "Awak nak... pergi mana?"
Sudu di tangannya disua di hadapan aku. "Kau ni buat - buat bodoh ke? Sekarang aku ni dah dicari polis. Aku kena lari," jawabnya dengan wajah yang seperti mengejekku.
Aku buka mulut luas untuk terima suapan Dragon itu. Mata aku memerhatikan wajahnya lama. "Saya... minta maaf."
Ya.
Itulah yang aku mahu beritahu sejak semalam. Aku mahu minta maaf walaupun maaf aku itu sudah tak mampu memutarkan masa kembali. Kalaulah dia boleh faham aku juga tersepit antara sayang dan tanggungjawab.
Dragon angkat keningnya. Hujung bibirnya ternaik sinis. "Nak minta maaf buat apa? Kau hanya menjalankan kerja kau kan?"
Sekali lagi air mata aku jatuh. Sudu yang disua itu aku tolak lemah dengan tangan. "Saya serba salah, Dragon. Saya minta maaf sebab menipu dan buat awak rasa terkhianati." ucap aku, jujur.
Namun, Dragon membalas dengan tawa kecil. Dia meletakkan bungkusan itu di atas lantai semula sebelum matanya tertancap pada wajah sembab aku. "Ini bukan first time kau buat kerja macam ni kan? Memang setiap kali diorang nak kena tangkap, kau minta maaf ke?"
"T-tak..." sebab saya sayangkan awak, Dragon.
"Lakonan kau real. Aku percaya betul yang kau ni sayangkan aku. Rupanya... heh. Bodoh jugak aku ni."
Tangan aku jatuh menyentuh lengannya. Air mata aku makin laju mengalir membasahi pipi. "Memang... mula - mula saya hanya nak jalankan tugas. Tapi saya jadi sayangkan awak, Dragon... sumpah! Saya tak berlakon sayangkan awak."
Tangan aku ditepis kasar. Dragon berdiri tegak dengan wajah tegang. "Mana ada orang nak percaya penipu macam kau ni. Tak payah beria menangis bagailah, aku takkan bunuh kau."
"Saya sumpah... tsk tsk." Esakan aku pecah. Tak tahu bagaimana lagi mahu beritahu Dragon yang sayang aku bukannya lakonan.
"Diamlah!"
Sekelip mata sahaja, leher aku dicekik dengan sebelah tangannya. Tubuh aku berlanggar dengan dinding di belakang. Anak mata aku dipandang bagaikan aku bakal dicincang empat belas. "Diam! Jangan menangis!"
Esakan aku tertahan. Bibir diketap supaya tak mengeluarkan sebarang bunyi esakan.
"Berhenti menangis sebab aku takut aku akan peluk kau dekat sini..." suara itu penuh kelukaan. Suara bernada rintihan yang tak tertahan.
Ibu jarinya menyeka kesan air mata di pipi aku sebelum bibirnya berlabuh pada dahi aku.
Lama.
"Terima kasih,"
Aku ditinggal seorang diri lagi.
Esakan aku hamburkan semahunya. Aku mahu dilindung seperti dulu. Aku mahu disayang sepenuh hati seperti sebelum ini. Kini, kata sayang aku sendiri dipandang murah dan jijik.
Malam itu, Levi yang masuk ke dalam bilik ini. Dia buat muka serba salah. "I'm sorry Lily... kitorang ada benda nak settle tadi." Kalut dia menutup pintu.
Di tangannya ada bungkusan plastik. Aku yang memang tak makan dari tengah hari mula kelaparan. "Hmm ada hal kenapa? Dragon okay?" Tapi paling penting mestilah lelaki itu.
Levi diam. Bibirnya menarik senyuman nipis sebelum duduk bersila di depan aku. "Dia okay, cuma stress sikitlah. Karier jatuh, nama bersepah dekat media sosial, berita televisyen, rumah semua kena geledah dan kena sita. Dia tertekan sikit."
Bukan sikit, tapi banyak. Itu yang mahu Levi luahkan tapi dia sembunyikan. Aku tahu sangat maknanya apabila aku lihat kesan luka di bahagian tepi bibir Levi.
"Kena tumbuk dengan Dragon ke?" Aku menyoal. Mata tertumpu pada luka di tepi bibirnya. Baru lagi tu, pagi tadi memang tak ada.
Dahi Levi berkerut sedikit. Hujung jarinya menyentuh perlahan luka itu. "Bukan Dragon lah. Dia ada I je sekarang ni, tak akan dia nak buat tahi dekat I?" Dia balas dengan nada bergurau.
Tapi lawaknya hanya membuatkan aku semakin bersalah. Dragon menjadi buruan pihak polis. Bukan itu sahaja, karier yang dibina musnah begitu sahaja. Nama yang disanjung masyarakat pasti bertukar menjadi nama yang dikritik tanpa henti.
Keluhan berat aku lepaskan. Tangan mencapai lemah bungkusan makanan itu. "Kalau dia tak ada awak, dia boleh gila agaknya. Terima kasih masih setia dengan dia." Ucap aku, ikhlas. Berterima kasih sangat Levi masih mahu menjaga Dragon seperti dulu.
"Dia dah lama jadi bos I, Lily. I pun tak nak tengok dia terseksa. I akan setia dengan dia kali ni. Sampailah dia dihantar ke luar negara, I berhenti." Luahnya.
Aku mengetap bibir. Selera jadi hilang tengok wajah sedih Levi. "I'm sorry, Levi. I ruined everything..." itulah yang aku rasakan. Aku hancurkan masa depannya.
Levi menggeleng laju. Tangannya menepuk peha aku. "Jangan risaulah, I okay. I dah lama tahu kerja I ni salah, jadi semua ni salah I. Tapi I kesiankan Dragon..."
Baru semalam dia kata nak bersubahat dengan polis untuk tangkap Dragon, hari ini dia kesiankan Dragon. Pening kepala aku dengan dia ni. "Kesian apahal pulak? Bukan awak nak insaf ke?"
Mata Levi jegilkan pada aku. "Kesianlah! Dragon tu memang kasar macam tu, tapi dia kutip I tepi jalan kut! Dia bagi makan minum, bagi kerja... bodohlah kalau I nak biar sengsara seorang diri."
Mulut aku terlopong. Oh, baru tahu Levi ni kira pekerja yang dikutip. "Kenapa awak dekat tepi jalan dulu?"
"Dulu I penagih dadah. I macam lelaki bodoh tidur dekat lorong. Satu hari tu, Dragon yang nampak I. Entah apahal dia paksa I ikut dia balik lepas tu train I. Sebab I handsome kut!"
Aku menampar bahunya bersama tawa yang terhambur. "Perasanlah awak ni!"
"Gelak pun," Levi sembunyi senyum.
love,
eyein.
YOU ARE READING
Dragon's✔️
Romancecinta atau tanggungjawab? yang manakah akan dipilih? ••• Sebagai detektif, kes kali itu memerlukan penyamaran lagi. Tidak hairanlah harus menyamar kerana itu memang kepakarannya. Tapi yang mencabarnya, kali ini dia harus mendekati seorang jejaka yan...