PAGI itu, aku ikut Dragon ke tempat kerja lagi. Rancangan aku kali ini adalah untuk letakkan gps dekat bawah keretanya dan track telefon Dragon. Tak susah mana, tapi susah nak buat dekat Dragon.Kalau aku rasa aku dah cukup bijak, Dragon seratus kali lebih bijak. Dia dah install satu app yang boleh kesan sama ada telefonnya digodam ataupun tidak. Kalau ada ciri - ciri digodam, telefonnya akan terus beri amaran supaya dia perasan.
Itulah yang aku ngeri. Buatnya Dragon dapat tahu siapa yang pasang, benda jadi separuh jalan. Hati aku dah berbelah bahagi. Tak tahu kenapa meneruskan rancangan, tapi tak mampu berhenti juga.
Taylor yang memandu, memberi pandangan tajam pada aku melalui cermin pandang belakang. Dia mengetap bibir sebelum memanggil Dragon. "Bos, saya bawa kereta pergi service eh nanti? Enjin dengan minyak hitam macam problem."
Dragon angkat kepala dia sekejap dari membaca berita dalam ipad. Dahinya berkerut. "Hari tu aku baru suruh Levi bawa service."
Tak mahu Taylor terus menjawab, aku tepuk bahu Dragon. "Biarlah dia bawa service. Bukannya rugi duit awak pun." Ujar aku menyebelahi Taylor.
"Hmm ikutlah." Bibirnya mengukir segaris senyuman sebelum kembali fokus pada ipadnya. Sementara itu, tangan aku meraba - raba pintu di sebelah.
Mahu meletakkan cip pendengar dalam keretanya. Ya, Taylor akan hantar kereta ke servis. Tapi sebelum tu dia akan letak gps di bawah kereta. Aku pula sekarang tengah bersusah payah letak cip pendengar yang akan disambungkan kepada pejabat.
Step two, my part.
Tangan aku mengusap lengan Dragon lembut. Kepala aku labuhkan pada bahunya. "Sayang... phone saya tertinggal dekat rumahlah. Nak call kawan,"
Tumpuan Dragon beralih pada aku. Pantang aku menggedik, dia terus simpan ipad. "Lepas tu kau nak pinjam phone aku lah ni?" Soalnya seperti dapat mengetahui maksud aku.
Bibir aku tersengih suka. "Haah... boleh tak?" Soalku semula. Padahal dah tahu yang Dragon tak mungkin akan cakap tak boleh.
Kepala aku diusap lembut sebelum tangan Dragon mencapai telefon dari dalam poket seluar lalu diberikan pada aku. "Jangan lama sangat, dah nak sampai office aku ni," ujarnya.
Aku hanya mengangguk. Tak mahu Dragon syak, aku dail nombor kawan aku seperti biasa. Tak adalah dia pelik nanti. Maklumlah Dragon bukannya bodoh.
Muka aku angkat. Mata memandang pantulan Taylor dari cermin. Pandangan yang punya maksud 'aku perlukan masa untuk buat'. Ya, macam mana aku nak godam kalau Dragon ada di sebelah aku.
Taylor yang dapat menangkap maksud pandangan aku, tersenyum sinis. Kakinya menekan pedal minyak dan— bum!
"Woi!"
Mata Dragon terbeliak. Tangannya terlebih dahulu menahan aku dari tersembam ke depan akibat Taylor yang terlanggar kereta depan itu. "Kau okay tak?"
Dia pandang aku risau. Jemarinya mencengkam rahang aku dan Dragon menilik wajah aku. "Tak sakit kan?" Soalnya lagi. Risau.
Walaupun pada mulanya aku rasa nak sepak Taylor, aku hanya mengangguk. Fahamlah yang ini rancangan Taylor. Tak guna, aku boleh terpelanting tahu tak!
"Sorry bos, terlaju pulak." Taylor buat muka bersalah. Jari telunjuk menggaru hujung kening. Muka tak bersalah padahal memang sengaja nak langgar kereta depan.
Dragon menjeling Taylor tajam. "Hari pertama dah langgar kereta. Kau nak aku pecat kau ke, bodoh?!" Rengusnya kasar.
Melihat pemandu kereta depan dah keluar dan mengetuk cermin tepi Taylor, Dragon terus keluar dari kereta. Taylor tak mahu kalah, dia ikut keluar juga.
Entah apa yang Dragon bincangkan dengan pemandu depan itu, aku tak mahu tahu. Tangan aku laju menjalankan kerja.
TAK sia - sia memasang tracker, akhirnya pihak berkuasa dah tahu Dragon akan pergi ke sempadan Thailand untuk menerima sebahagian dadah. Berdasarkan rancangan, mereka akan serang Dragon di sana.
Hari ini hari terakhir sebelum Dragon pergi ke sana. Hari terakhir aku sebagai kekasih Dragon. Hari terakhir aku melihat Dragon bebas. Hari terakhir Dragon boleh mempercayai aku.
Memikirkan soal itu, aku jadi bingung. Aku mahu menghalang Dragon ke sana supaya dia tak ditangkap, tapi itu bukan tugas aku. Aku tak mahu jadi pengkhianat negara sendiri.
Mata dipejam.
"Today is your last day."
Bahu aku terinjut. Aku pusing memandang Taylor yang berdiri tegak di sebelah aku. Sibuk! "Bukan urusan kau," balas aku selamba.
Taylor tertawa kecil. Dia pandang aku tak berkelip. "Kau tak boleh menipu dah tahu tak? Kau memang sukakan Dragon, aku tahu." Ujarnya bangga.
"Jadi? Apa kena mengena dengan kau?" Aku balas dengan jelingan. Mata kembali fokus pada kolam renang di depan mata. Hmm, damai tengok air.
Kepala Taylor menggeleng. Dia tersenyum sinis. "Kau memang banyak menyumbang. Tanpa kau, tak mungkin kita boleh tahu rancangan seterusnya Dragon. Kau pintu untuk kami masuk dan dapat semua info. Terima kasih."
Ya.
Aku juga sedar yang tanpa aku, semua info itu tak mungkin akan ditemui. Aku pintu untuk mereka ambil semua info. Kalau aku tak dapatkan kepercayaan Dragon, tak mungkin mereka akan dapat masuk dan tahu rancangan seterusnya.
Jadi kalau Dragon mahu salahkan sesiapa, aku orang yang tepat untuk disalahkan kerana aku yang merayu mahu masuk ke dalam dunianya.
Salah aku.
"Memang kauorang patut berterima kasih pada aku. Selamat berjaya lah tangkap diorang nanti." Dari berdiri, aku duduk di tepi kolam. Kaki dimasukkan ke dalam kolam.
Taylor ikut duduk di sebelah aku. "Ya, kau hebat sebab dapat tackle dia. Sekali tengok... kau memang nampak betul - betul sayangkan dia."
Aku terdiam. Bibir menahan senyuman. Bukan nampak betul , namun hakikatnya memang betul. Selama ini aku ikhlas sayangkan Dragon. Bukan lakonan seperti yang aku perlu.
Bagaikan dapat memahami isi hati aku, Taylor menepuk lembut bahu aku. "Kalau aku jadi Dragon, aku mungkin akan faham kau. Kau tak buat semua ni untuk kepentingan kau. Ini memang kerja kau."
Entah kenapa aku jadi sebak. Air mata aku tumpah. "Kau rasa.... aku pentingkan diri tak, Taylor? Aku boleh je berhenti kerja dan jujur dengan dia, tapi aku..."
Belum sempat aku habis berkata, tubuh aku ditarik ke dalam pelukan Taylor. Kepala aku diusap lembut. "Tak apa , Lily... it's okay."
"Aku sayang dia..."
"Wow, drama!"
Jantung aku terhenti.
"Dragon...?"
makin tahik cerita ni HAHAHHAHAHAHAHQHAHAHAH
LOVE,
eyein
YOU ARE READING
Dragon's✔️
Romancecinta atau tanggungjawab? yang manakah akan dipilih? ••• Sebagai detektif, kes kali itu memerlukan penyamaran lagi. Tidak hairanlah harus menyamar kerana itu memang kepakarannya. Tapi yang mencabarnya, kali ini dia harus mendekati seorang jejaka yan...