Rahang aku jatuh."Dragon, what are you doing?!" Jerit aku apabila Dragon masih tidak berhenti menekan spray sanitizer ke arah badan aku. Langsung tidak dipedulikannya baju aku.
Aku mengetap bibir apabila Dragon menghela nafas lega. Boleh pula dia lega sedangkan aku dah terkejut beruk dia spray badan aku macam itu.
Spray itu Dragon letakkan kembali di tempatnya. "Dah, jom balik." Tangan aku ditarik untuk keluar dari kedai itu. Namun, aku mengeraskan tubuh.
Spray tadi aku ambil kembali. "Awak dah guna, lepas tu tak nak bayar pulak!" Rungut aku, kurang senang dengan tindakan Dragon.
Dragon mencebikkan bibir. "Skema." Komennya ringkas sebelum berjalan laju meninggalkan aku di belakang. "Kau nak sangat. Bayarlah sendiri!" Bibirnya melakar senyuman sinis.
Mata aku memandang tajam pemergian Dragon itu. Kalau boleh, aku nak sepak - sepak sahaja mamat tidak berperasaan itu. Nama je kaya tapi kedekut tahap pak bakhil!
Selesai membuat pembayaran, aku menapak mendekati Dragon yang sedang berbual dengan Levi. Kedua - duanya tayang muka tegang sampai kecut perut aku jadinya.
Levi yang terlebih dahulu perasan kehadiran aku, berlari mendapatkan aku. "Lily! Are you okay?" Tangannya memegang bahu aku, lalu tubuh aku dipusingkan.
Tawa kecil aku meletus kerana perlakuannya. "I'm okay! Saya kena raba je bukannya kena rogol!" Balas aku tenang.
Dahi Levi berkerut. Tangannya yang di bahu aku dijatuhkan, lalu dibawa memeluk tubuh. "Yes, but still... it is sexual harassment. Kita mana boleh diamkan benda ni,"
"Dia tak sempat buat apa - apa pun, Levi." Balas aku kembali. Aku mengangkat kedua belah kening aku, tanda aku tidak apa - apa.
Tambahan pula lelaki itu sudah ditumbuk Dragon tadi, entah kenapa rasa marah aku berkurang. Sekurang - kurangnya mereka tidak mengambil ringan isu gangguan seksual.
"Nasib baik you halang Dragon, kalau tak mampus mamat tu dikerjakannya." Levi menghela nafas lega. Bukannya dia tidak suka dengan tindakan Dragon, cuma dia takut berita itu akan tersebar ke pihak media.
Dragon yang dari jauh memerhati mula datang mendekat. Sepasang matanya memandang aku. "Balik. Muka dah macam apa dah tu,"
Tangan aku melekap pada pipi. Mata terkelip - kelip memandang Levi dan Dragon yang saling bertukar senyuman nakal. "What's wrong with my face!"
Bahu aku dipeluk oleh Levi. "Pretty as hell."
"Hand off!" Mata Dragon mencerlung memandang Levi yang selamba meletakkan tangan di atas bahu aku tadi. Terkejut aku dibuatnya.
Dragon tidak tunggu lama. Tangan aku ditarik berjalan beriringan bersamanya. Meninggalkan Levi berjalan sendirian di belakang kami.
"Jangan bagi orang sentuh kau sesuka hati."
Aku memandang Dragon bingung. Dia maksudkan Levi atau-
"Dua - dua tak boleh. Tadi pun kau nak diamkan je benda tu kan? Kau ingat tu benda kecik ke?" Dragon terus menyambung sesi ceramahnya.
Mulut aku automatik memuncung apabila Dragon mahu menyambung ceramahnya. Aku bukannya tak mahu bagitahu, tapi kalau Dragon tahu memang dah agak jadi macam tu lah.
Melihat aku masih mendiamkan diri, tangan Dragon perlahan - lahan mencapai tangan aku. Tersentak dengan tindakannya, aku menoleh memandang Dragon. "D...Drag-"
"Levi pun tak boleh sentuh kau sesuka hati, he is just a bodyguard." Ujarnya tegas. Nadanya dikeraskan tanda dia tidak main - main dengan katanya.
Kaki aku berhenti melangkah. Kepala berpusing mengintai Levi di belakang. Namun, Levi kelihatan sedang memerhatikan sekeliling. "But he is your friend, right?"
YOU ARE READING
Dragon's✔️
Romancecinta atau tanggungjawab? yang manakah akan dipilih? ••• Sebagai detektif, kes kali itu memerlukan penyamaran lagi. Tidak hairanlah harus menyamar kerana itu memang kepakarannya. Tapi yang mencabarnya, kali ini dia harus mendekati seorang jejaka yan...