Pinggan yang dah licin itu aku tolak ke tengah meja. Tubuh aku tersandar kekenyangan pada kerusi. Perut yang rasa macam dah nak meletup aku usap."Kenyang ke?" Soal Levi dengan senyuman bangganya. Maklumlah bukan main berlera lagi aku makan masakan dia sampai licin pinggan.
Aku tersenyum senget. "Kenyang. Thank you Levi!" Ucap aku gembira. Sudahlah sedap, sanggup pula dia masakkan untuk aku malam begini.
Levi tersengih. Tangannya menongkat dagu pada meja. "Sedap kan I masak?" dia menyoal dengan nada bangga.
Mendengar soalan Levi itu membuatkan aku menjelingnya. Meluat! "Tak sedap sangat pun, cuma saya yang tengah lapar." Nafiku, tidak mahu Levi terusan membangga diri.
Tawa Levi pecah. Pinggan aku ditariknya. "Pergilah naik atas, I nak kemas dapur sekejap." ujarnya sebelum bangun.
"Awak kan dah masak, biar saya kemaskan." Dengan lera hati aku menawarkan diri pada Levi. Kasihan satu, tanggungjawab satu. Kalau orang dah tolong masak, apa salahnya tolong basuhkan pinggan ke apa.
Melihat kesungguhan aku, Levi sekadad mengangguk sahaja. Tapi dia masih belum naik ke biliknya. Punggungnya didudukkan semula di atas kerusi. "I temankan you. Nanti ada hantu ke-"
Kening aku angkat. "Hellooooo, nampak muka macam penakut ke?" Aku memotong laju percakapannya. Tak kisah langsung benda macam itu. Aku ni berani tahu tak!
Levi tersenyum senget. "Depan Dragon bukan main lembik eh, tapi sebenarnya berani je."
Aku mengetap bibir. Baru tersedar yang watak aku perlulah sedikit lemah dan tak perlu terlalu berani. Nasib baik kantoi dengan Levi, tapi kalau dengan Dragon?
Tangan aku segera membasuh pinggan yang digunakan tadi. Cepat kemas, cepatlah naik. Buatnya berlama - lama di sini, terserempak pula dengan Dragon nanti.
Pinggan yang dah siap dibasuh aku letakkan kembali di tempatnya. Aku menapak menghampiri Levi yang sedang menunggu di meja makan. Belum sempat aku hampiri Levi, jeritan aku bergema.
"Argh! Cicakkkk!"
Macam lipas kudung aku berlari ke arah Levi. Tubuh Levi diterpa kerana terkejut. Mana tak terkejut kalau cicak tadi boleh pula lalu sebelah kaki aku je. Seram!
"Levi bunuh dia Levi! Takut!" Jerit aku ketakutan. Tangan Levi aku tarik dan jadikan tubuhnya sebagai penghadang. Manalah tahu cicak pun boleh terbang sekarang ini.
Namun reaksi Levi sebaliknya. Dia tak bertindak membunuh cicak tersebut. Tawanya berdekah - dekah sementara menarik aku ke sisinya. "Overlah you ni. Dia bukannya boleh terbang!"
Mata aku membulat dengan reaksi Levi. "Dah geli, nak buat macam mana!" Balas aku laju. Trauma betul aku dengan cicak tau. Ini semua sebag cicak pernah jatuh atas kepala aku masa dekat kampung. Akibatnya, setiap kali nampak cicak memang bermarathon lah aku.
Levi diam tanpa suara.
Aku mengangkat wajah memandangnya membuatkan mata kami bertembung. Dahi aku berkerut apabila Levi hanya diam memandang aku.
"K-kenapa?" Soal aku tak selesa. Perasan dengan kedudukan yang agak rapat, aku lepaskan lengannya. Lupa pulak nak lepaskan! Salah cicaklah ini.
Bahu aku terinjut apabila jemari Levi secara mengejut memaut dagu aku. Aku memandang Levi bingung. "Awak kenapa ni?" Tangan aku menahan lengan Levi.
YOU ARE READING
Dragon's✔️
Romancecinta atau tanggungjawab? yang manakah akan dipilih? ••• Sebagai detektif, kes kali itu memerlukan penyamaran lagi. Tidak hairanlah harus menyamar kerana itu memang kepakarannya. Tapi yang mencabarnya, kali ini dia harus mendekati seorang jejaka yan...