Rambang mata aku apabila dibawa masuk ke dalam pusat beli - belah yang mewah ini. Walaupun aku bukanlah miskin, tapi masih lagi tak mampu nak beli barangan mewah di sini.Mata aku mengerling pada Dragon yang berjalan dengan penuh bergaya. Anehnya, ke semua manusia yang ada di dalam pusat membeli - belah ini memandangnya lama saat kakinya melangkah.
Bukannya iri hati, cuma hairan begitu terkenal sekali penjenayah seperti Dragon ini. Di mata masyarakat, mereka hanya kenal Dragon sebagai jutawan muda yang memiliki syarikat senjata api. Mereka tidak tahu yang Dragon terlibat dengan pelbagai jenayah.
"Sayang, kita nak pergi mana ni?" Lengan Dragon aku paut mesra. Hati aku semakin melonjak gembira apabila melihat mata - mata di situ mula menumpukan perhatian kepada aku.
Mujurlah Dragon tidak melepaskan pautan aku pada lengannya. Hanya sepasang matanya yang merenung aku tajam. "Diorang akan ambil gambar kita."
Selepas mendengar katanya, aku memusingkan kepala melihat sekeliling. Benarlah seperti yang dikata oleh Dragon, beberapa orang mula mengeluarkan telefon mereka dan merakam kami berdua.
Bibir aku melakar senyuman manis apabila menangkap seseorang yang sedang merakam kami. Sambil itu, sebelah tangan aku melambai mereka.
Perasan dengan gelagat aku sepanjang perjalanan, Dragon berdeham. "What are you doing?" Soalnya dengan nada tegas.
"Excited sebab famous tiba - tiba." Jawab aku selamba. Bibir aku masih lagi tidak berhenti melakar senyuman buat semua orang di sekeliling aku.
Mungkin rimas dengan paparazzi yang mengikut kami ke sana sini, Dragon menarik tangan aku masuk ke dalam satu butik mewah. Kedua orang pengawalnya diarah mengawal di depan pintu butik.
Masuk ke dalam butik, Dragon memandang aku tajam. "Kau tak perlu lambai tangan semua tu. Aku bukannya Presiden Amerika!"
"Tapi awak tetap presiden di dalam hati saya!" Mood merenyam aku sudah kembali. Sebelah mata dikenyitkan pada Dragon yang sedang berdiri di depan aku.
Dragon menggelengkan kepalanya. Bahu aku ditolak kasar ke depan. "Pilih baju cantik - cantik." Arahnya sesuka hati.
Dahi aku berkerut mendengar arahannya. Mata aku melilau melihat sekeliling butik. Memang banyak pakaian yang cantik, tapi kenapa pula kena beli baju lagi.
Aku mengetap bibir. Wajah dingin Dragon dipandang bingung. "Kenapa? Saya ada banyak je lagi baju. Tak payah susah - payahlah."
Kali itu Dragon tidak menjawab soalan aku. Kakinya menapak mendekati aku. Sepasang anak mata hijaunya merenung tajam ke dalam anak mata aku.
"You are stupid," bibirnya dirapatkan di sebelah telinga aku. Jemari Dragon menarik fabrik baju di bahagian bahu aku. "Ini beli dekat bundle ke? Kualiti murah!"
Entah kenapa pipi aku membahang panas apabila sedekat ini dengan Dragon. Air liur ditelan sebelum melarikan pandangan. Lama - lama dengan mamat ni, boleh luruh jantung aku.
Eh— jangan, Lily! Sumpah jangan!
Dragon menjarakkan dirinya kembali. Tubuhnya didudukkan di atas sofa sambil matanya masih galak merenung wajah aku. "Pergi cari baju baru."
Mata aku terkelip - kelip bagaikan anak kecil yang ditinggalkan penjaga. Aku memandang Dragon. "Hurm, okay... tapi berapa pasang?"
Kening Dragon bertaut. Kakinya disilangkan membuatkan aura keseramannya terserlah tanpa sengaja. "Kau ni memang semula jadi blur ek? Semua benda nak tanya."
Nak sahaja aku cakap yang aku bukan blur macam yang Dragon cakapkan. Tapi malangnya, aku hanya mampu zip mulut dan biarkan renungan tajam Dragon menikam tepat pada wajah aku.
YOU ARE READING
Dragon's✔️
Romancecinta atau tanggungjawab? yang manakah akan dipilih? ••• Sebagai detektif, kes kali itu memerlukan penyamaran lagi. Tidak hairanlah harus menyamar kerana itu memang kepakarannya. Tapi yang mencabarnya, kali ini dia harus mendekati seorang jejaka yan...