<22>

1.3K 54 17
                                    













"Tepilah bodoh!"

Jeritan aku langsung tak menghentikan Dave dari membalut pergelangan tangan aku. Kalau hari itu hanya sebelah tangan , kali ini kedua belah tangan aku digari.

Aku pandang Dave tajam. "Kau tahu tak apa yang kau buat ni salah?! Kau gunakan aku untuk tangkap penjenayah! Kauorang salah gunakan kuasa , gari aku semata - mata sebab rancangan bangang kauorang!"

Dave berhenti. Tangan aku dah siap dibalut. Yalah , kononnya aku ini hampir bunuh diri. Dia duduk di sisi katil aku. "Kerja kita memang untuk tangkap penjenayah , Lily. Kau dah lupa ke?"

"Aku tak lupa , tapi aku jijik dengan cara korang bekerja! Korang buat macam Dragon tu mainan!" Jerit aku lagi. Rahang diketap menahan rasa.

Tambahan lagi apabila Dave tersenyum sinis. Dia duduk berpeluk tubuh. "Kau diarahkan untuk cari maklumat , tapi kau pergi bercinta dengan mamat tu. Siapa lagi jijik?" Dave tak nak kalah.

Mata aku jegilkan padanya. "At least aku tak gari orang tak bersalah macam korang!"

"Diamlah betina!"

Tangan Dave mencengkam rahang aku, kuat. Dia seperti menahan amarahnya. "Disebabkan kau , isteri aku lari! Dia kata kau yang suruh dia tinggalkan aku!" Dendam.

Walaupun sepatutnya aku ketakutan , aku hanya tersenyum sinis. Mata aku merenung tepat ke dalam anak matanya tanpa gentar. "Lelaki yang sanggup tidur dengan perempuan lain sedangkan dah ada isteri dan anak memang patut ditinggalkan! Kau ingat dia patung ke!"

"Jahanam!"

"Dave!"

Tuan Malik berlari mendapatkan Dave. Tangan Dave yang mahu naik menampar aku itu ditahan. "Be profesional. Nak bincang hal peribadi tu nanti."

Dahi aku berkerut. Aku pandang Tuan Malik dengan senyuman tajam. "Menggunakan hati dan perasaan suspek sebagai umpan itu kira profesional ke Tuan?" Sinis.

Tuan Malik diam. Dia mengambil kunci gari di dalam poketnya lalu membuka gari di kedua belah tangan aku. "Nanti Dragon sampai , jangan kau bagitahu hal sebenar pulak."

"Memang itu pun yang aku nak buat!" Aku nak Dragon lari sejauhnya. Mulakan hidup baru dengan bahagia dan tak perlu fikirkan lagi apa yang pernah berlaku ini.

Dia layak untuk bahagia. Penjara itu bukan tempatnya...

Lengan aku dicengkam Tuan Malik. Dia pandang aku tajam. "Ingat , Lily. Penjenayah tetap penjenayah. Dia dah membunuh , mengedar dadah dan banyak lagi. Itu memang salah dia , tempat dia penjara!"

Aku memejamkan mata. Kata - kata Tuan Malik ada benarnya. Siapa pun Dragon , sudah terang lagi bersuluh dia melakukan kesalahan. Malah , aku sendiri pernah nampak dia membunuh di depan mata aku.

Namun kenyataan itu terlalu sulit untuk diterima. Dragon memang kejam , tapi dia kekasih yang baik. Walaupun dia bukan rakyat yang baik.

Tuan Malik menepuk lembut bahu aku. "Aku cuma minta kerjasama kau kali ini saja , Lily. Kami nak tahan Dragon. Mengikut tuduhan , dia akan keluar juga nanti. Kalau kau nak sambung hubungan kau dengan dia lepas ni... aku tak akan halang. Kali ini saja... mungkin ini yang terbaik untuk keduanya."

Bibir mengukir segaris senyuman. "Ya."

Mungkin ini yang terbaik untuk keduanya.

Terbaik untuk Dragon.

Dan juga aku.




















Dragon's✔️Where stories live. Discover now