RENUNGAN tajam dari Dragon menghentikan tindakan aku. Tangan aku tarik balik dari lengannya. "S...sorry."Dragon tak membalas. Nafasnya menderu kasar saat memandang Dave yang dah mengerut sakit. Kasihan pula dengan Dave. Tak buat apa - apa pun kena tumbuk.
Apabila pandangan dua lelaki itu bertaut, Dave mengetap bibirnya. "Aku minta maaf! Aku tak ada niat nak berkasar-"
Kolar baju Dave dicekak oleh Dragon. Mata helang Dragon memanah tepat pada wajah Dave. "Lepas ni, kalau aku nampak kau kacau girlfriend aku lagi, mampuslah kau!" Ugutnya keras.
Kepala Dave terangguk - angguk lemah. Dia dah tak berdaya nak melawan dan sekarang bukan masanya untuk mereka berdua berlawan. Silap hari bulan, rahsia bocor macam tu saja.
Melihat Dave yang dah lemah, aku menarik hujung baju Dragon. "Sayang, jom... kita balik rumah?" Suara dileretkan mengharapkan Dragon mengalah kali ini.
"Lelaki bodoh!"
Kolar baju Dave dilepaskan. Bibirnya menyinggung senyuman sinis melihat wajah Dave yang dah lebam dikerjakannya. "Ingat amaran aku tadi eh?!"
Selesai berkata, Dragon terus menarik tangan aku keluar dari restoran itu. Matanya tajam memandang pelanggan lain di dalam restoran itu yang tergamam memandang aksi lepas laku Dragon.
Aku menggigit bawah bibir. Sejak bersama Dragon, bagaikan drama action yang tak berpenghujung. Hari itu dia belasah lelaki dekat panggung wayang. Hari ini Dave pula jadi mangsa. Padahal bukannya Dave kasar sangat. Terkasar sikit saja.
Masuk ke dalam kereta, Dragon duduk tempat pemandu. Levi tak ada, maknanya Dragon berseorangan. Aku memandang lama Dragon yang mengetuk jari pada stereng kereta. Pertama kali nampak Dragon pegang stereng, selama ini duduk belakang je. Excited aku!
Apabila suasana menjadi terlalu sunyi, aku menekan punat radio. Nak tunggu Dragon keluarkan suara, tahun depan agaknya. Dari tadi asik termenung.
Namun apabila radio dibuka, Dragon pantas menutup kembali. Wajahnya tegang. "Tak payah buka. Serabut." Ujarnya tegas.
Bibir aku memuncung. "Awak dahlah diam je! Bawa kereta pun tak nak, habis tu nak saya ikut termenung sekali ke?" Soal aku tak puas hati.
"Siapa lelaki tadi?"
Wajah aku berubah. Aku pandang Dragon yang masih diam menunggu jawapan aku. Jemarinya sengaja diketuk pada stereng kereta membuatkan hati aku tak menentu.
Nak jawab apa eh sekarang ni? Alahai, ini semua salah Dave! Padan je muka dia dapat penumbuk tu.
Nafas dihela perlahan. "Kenalan biasa." Bohong aku.
Dahi Dragon berkerut. Tangannya dibawa memeluk tubuh sambil duduk bersandar. "Kenapa kau keluar dengan dia?"
Hati aku mendongkol geram apabila Dragon masih lagi menyoal. Nampak sahaja macam tak kisah pasal aku, tapi banyak tanya juga. Buat - buat tak nak ambil tahu kan senang? Lepastu kata dia tak suka aku.
"Dia cakap nak jumpa, saya on je lah. Tak boleh ke keluar dengan kawan sendiri?" Akhirnya aku balas kembali dengan soalan.
Dragon mengetap bibirnya. Kedua belah tangannya dibawa meraup wajahnya. "Kalau aku kata tak boleh? Kau nak ikut?"
Mendengar balasan dari Dragon itu membuatkan rahang aku jatuh. Mata aku terkelip - kelip memandang Dragon. "Seriously? Keluar dengan kawan pun tak boleh? Awak ni bukannya suami saya!"
YOU ARE READING
Dragon's✔️
Romantikcinta atau tanggungjawab? yang manakah akan dipilih? ••• Sebagai detektif, kes kali itu memerlukan penyamaran lagi. Tidak hairanlah harus menyamar kerana itu memang kepakarannya. Tapi yang mencabarnya, kali ini dia harus mendekati seorang jejaka yan...