Seluruh tubuh aku menggeletar melihat jenayah yang ditayangkan di depan mata. Lutut aku terasa lemah melihat darah yang mengalir pada lantai."Kau... memang patut mati!"
Serentak itu, tubuh aku melorot jatuh ke lantai. Mata aku pejamkan dengan tangan yang menekup telinga. "D...diam... jangan jerit." suara aku merintih sayu.
Levi di sebelah sudah memandang aku kasihan. Matanya jatuh pada Dragon yang sedang bercekak pinggang sambil memegang kapak di tangan kanannnya.
Melihat arah pandangan Levi, Dragon tersenyum sinis. Kapaknya diangkat tinggi sebelum...
"Jangan!"
Aku berlari laju ke arah Dragon. Tanpa mempedulikan darah di lantai dan pakaiannya, aku terus memeluk erat tubuh tegapnya. "Jangan buat dia, Dragon... saya takut. Jangan..."
"This is me, Dragon yang kau suka. Kau masih nak sukakan aku ke huh?" Dragon mencampakkan kapaknya ke bawah. Jemarinya menolak rahang aku ke atas.
Air mata palsu aku laju mengalir membasahi pipi. Kedua belah tangan aku mencengkam kuat fabrik baju kemejanya. "S...saya tak kisah! Asalkan bukan depan saya... saya takut," ujar aku.
Mendengar akan itu, Dragon terdiam. Dia kelihatan bingung dengan apa yang baru didengarnya. "No one ever accept my crime, Miss cattivo."
Cis!
Aku merenung wajah kacaknya itu sedalamnya. Tangan aku mencengkam kuat bajunya. "Sebab saya sukakan awak sangat! Melebihi ayam goreng! Sebab tu saya tak peduli!"
"Interesting girl," bisik Dragon di tepi telinga aku. Tangannya menyauk pinggang aku dan ibu jarinya menyeka sisa air mata pada pipi aku.
Apabila sepasang mata aku bertembung dengan mata indahnya, aku bagaikan dipukau. Keindahan matanya tidak sama seperti rasaksa di dalam dirinya.
"But you wrong girl."
Pap!
Tubuh aku ditolak kasar ke atas meja yang menjadi tempat pembunuhannya tadi. Seluruh tubuh aku menggigil apabila tangan kekar Dragon mencekik leher aku.
Wajah Dragon tegang. Mata indahnya tadi sudah bertukar tajam. "Who are you?" Soalnya dengan nada keras. Cekikannya dikuatkan.
Nafas aku kencang. Kedua belah tangan memegang tangan kekar Dragon pada leher aku. "S...saya..."
"Dragon, she is just a lady! You don't kill a lady!" Levi datang menghampiri dengan pandangan simpati. Bahu Dragon ditepuknya menyedarkan lelaki itu.
Tersedar, Dragon perlahan - lahan melepaskan tangannya. Namun matanya masih tajam memandang wajah aku. "Kalau kau bukan sesiapa, tak akan kau obses dengan aku sampai macam tu?! Mana ada perempuan dapat terima lelaki yang dia suka pembunuh!"
"Ada!"
Nafas aku kencang, dada aku juga turun naik. Mata aku membalas renungan tajam milik Dragon. "Orang tu saya! Saya terlampau obses dengan awak!" Jerit aku.
Dragon merengus kasar. "Lier!"
Bahu aku terinjut apabila Dragon menghampiri aku. Kedua belah tangannya ditahan di tepi meja. Sepasang matanya merenung wajah aku tajam. "She can be a police, Levi."
Gulp.
Nafas aku terhenti. Bibir sudah terketar menahan debaran di dada. "S...saya bukan polis," bisik aku perlahan.
"A police can't be crying like her now, Dragon! A police would never end up crying just by see a crime!" Levi lantas laju membantah. Matanya merenung aku tajam.
YOU ARE READING
Dragon's✔️
Romancecinta atau tanggungjawab? yang manakah akan dipilih? ••• Sebagai detektif, kes kali itu memerlukan penyamaran lagi. Tidak hairanlah harus menyamar kerana itu memang kepakarannya. Tapi yang mencabarnya, kali ini dia harus mendekati seorang jejaka yan...