"BANGUN!"Terkejut aku apabila Dragon merempuh masuk ke dalam bilik ini. Wajahnya gusar membuatkan aku juga naik risau. "Kenapa ni awak?"
Dragon tak menjawab soalan aku. Ikatan di kaki aku dia buka sebelum tangan aku ditarik untuk berdiri. Kemudian, Dragon menarik aku ke tingkap yang berada di hujung bilik.
"Dragon, awak ni kenapa?" Dalam kekalutan, aku menyoal. Tubuh aku ditolak keluar melalui tingkap itu, barulah Dragon ikut serta.
Semuanya kelam - kabut membuatkan aku jadi pusing. Tak faham situasi apa yang berlaku sampai Dragon menarik aku ikut serta. "Dragon!"
Dragon gusar. Tangannya segera menekup mulut aku. "Diamlah, nanti diorang tahu kita dekat sini." Bisiknya perlahan.
Mata aku terkelip - kelip. Tangan Dragon di mulut aku tolak perlahan. "Diorang? Polis dah sampai sini ke?" Sempat aku menyoal sebelum Dragon tarik tangan aku.
Jalan di depan ini kosong. Tanpa kenderaan. Macam jalan belakang dekat kawasan rumah teres. Tangan aku kemas dipegang oleh Dragon sepanjang dia berlari.
Aku tertanya, kenapa Dragon tak tinggalkan aku. Bukan ke dia nak pergi ke luar negara dan dia akan lepaskan aku pada pihak polis. Kenapa sekarang... dia bawa aku ke sini.
Jumpa tempat persembunyian, Dragon menarik aku masuk ke kawasan taman rekreasi. Di situ, lariannya semakin laju takut orang ramai mengecamnya. Tapi pasti sukar kerana Dragon mengenakan hoodie yang menutup kepalanya.
Dragon terhendap - hendap di depan tandas awam. Tak ada orang. "Jom sorok dalam tandas."
Aku juga tak tahu mengapa aku sedang ikut Dragon menyorok. Kami berlari masuk ke dalam tandas lelaki. Dragon memilih satu kubikel tandas untuk tempat persembunyian.
"Masuk," Pintu tandas dikunci.
Keluhan berat Dragon lepaskan. Matanya dipejam rapat. "Ah, nasib baik aku cepat. Kalau tak diorang jumpa kau dulu!" Ujarnya perlahan.
Mata aku memandang wajahnya lama. Dragon yang bergaya itu dah hilang. Wajahnya nampak letih. Bawah matanya ada lingkaran hitam. Baju yang tersarung pada tubuhnya hanyalah hoodie hitam yang tak berjenama.
Tapi aku masih sayangkan dia.
"Kenapa awak tak tinggal je saya? Awak kata awak akan lepaskan saya?" Sengaja aku bertanya. Hairan dengan tindakan Dragon yang tiba - tiba nak sembunyikan aku.
Dragon diam. Tangannya menekup wajah sendiri. "Tak tahu. Jangan tanya dah."
Aku ketap bibir. Jawapannya langsung tak memuaskan. Tangannya aku tarik. "Awak perlu bagi jawapan. Kalau tak, saya sendiri yang akan keluar dari sini." Ugut aku.
Melihat betapa kalutnya Dragon menarik aku bersama, aku yakin Dragon tak mudah membiarkan aku pergi sesuka hati. Dia tak mahu aku pergi, dia mahu aku bersama dia.
Belum sempat jemari aku menyelak kunci tandas, Dragon terlebih dahulu menarik aku kasar. "Kau hanya boleh pergi lepas aku cakap selamat tinggal."
"Cakap je lah sekarang."
Dragon tak terus menjawab. Dia mengeluh berat. "But I'm not ready yet."
Luahannya itu membuatkan aku terdiam. Rupanya masih ada rasa kasih dalam hati Dragon. Cuma dia keliru dengan benci kerana aku hancurkan segalanya.
"Saya betul - betul sayangkan awak, Dragon." Lengannya aku paut. Sepasang anak mata hijaunya aku renung sedalamnya. "Percayalah."
Malangnya, tangan aku ditolak kasar. Renungan yang tenang tadi kembali tajam. "Diam, nanti orang tahu kita dekat sini." Bisiknya perlahan.
Aku mengetap bibir. Masih berdiri di depan Dragon. "Kalau orang tahu, lagi bagus... saya boleh pergi dari sini." Bentak aku, geram. Selama ini boleh je pegang, sekarang nak sentuh sikit pun tak boleh.
Dragon pandang aku lama. "Okay."
Tangannya menyelak kunci tandas. Dragon menarik aku keluar dari tandas dan bum- tubuh aku ditolak kasar sehingga jatuh ke pasir.
"Sakit!"
Apabila Dragon mahu memegang wajah aku, aku bertindak menepis tangannya. Wajah aku masam mencuka. Bak kata orang tua, boleh jatuh peranakan tahu tak dia tolak tu kuat gila!
"Don't dare to touch me!" Merajuk ni, tak nampak ke?
Dragon tersengih. Dia mengusap kepala aku lembut sebelum ketawa mengejek. "Sakit huh?"
Dan kemudian, langkahnya dipasang meninggalkan aku sendirian. Aku mahu pergi, jadi dia biarkan. Maknanya, Dragon langsung tak kisah kehilangan aku.
BERITA tersebar bahawa aku dah ditemui pihak polis di taman rekreasi tersebut. Namun, jejak Dragon langsung tak tahu di mana. Apabila aku jejakkan kaki ke rumah, barulah aku tahu sehangat mana nama Dragon ketika ini.
"Lily, kau kenapa masam ni? Tak suka ke dah selamat?" Dave duduk di sebelah aku. Sejak aku diselamatkan, ini baru kali pertama dia tegur aku.
Aku angkat muka. "Aku penat."
Ya, aku penat. Terlalu banyak benda jadi dan aku tak dapat rehat yang secukupnya. Usahkan rehat, minda aku sendiri tak berhenti fikir pelbagai perkara.
Apabila ditanya tentang apa yang Dragon lakukan terhadap aku sepanjang aku menjadi tebusan, aku hanya diamkan diri. Saat ini , aku yakin mereka semua ingat aku kemurungan.
"Aku minta maaf sebab tak selamatkan kau secepat yang mungkin." Suara Dave melirih sayu. Aku tahu dia sayangkan aku sebagai adik dia, kerana kami sangat rapat.
Mata aku merenung Dave lama. Tak, bagi aku... terlalu cepat mereka selamatkan aku. Selamatkan ? Betul ke istilah tu. Aku sendiri tak peduli diculik. Saat ini , aku mahu diculik lagi. Sekurang - kurangnya aku tahu bagaimana keadaan Dragon.
"Lily, cakaplah something..." Dave masih tak mahu mengalah. Dia pandang aku penuh harapan, mahu aku kembali banyak bicara.
Aku melepaskan keluhan. Bukannya aku kemurungan atau trauma , namun diam adalah pilihan terbaik saat ini. "Aku nak rehat," hanya itu yang aku katakan.
Punggung diangkat dari sofa. Ada baiknya aku masuk ke dalam bilik. Serabut tengok kereta polis yang berlampu depan pagar rumah. Tak termasuk lagi diorang buat warung depan rumah aku. Semak!
"Apalah yang lelaki bangsat tu buat dekat kau sampai..."
"Diam boleh tak?!"
Dave terdiam. Matanya terkelip - kelip memandang aku yang dah naik darah. Sepanjang kami sepasukan , aku jarang naik suara kerana Dave lebih tua. Tak naklah digelar kurang ajar.
Namun saat ini , semuanya dah tak penting. Aku kuburkan perasaan sendiri demi tanggungjawab , dia boleh sesuka hati nak kutuk Dragon? Mana boleh!
"Aku nak rehat. Kau boleh bawak kawan - kawan polis kau tu blah dari rumah aku. Tak payah nak berkawal sangat, Dragon tak akan datang sini!" Ujar aku kasar. Suara meninggi.
Tanpa mempedulikan Dave yang masih berdiri tegak di tengah ruang tamu , aku terus pasang langkah naik ke tingkat atas. Peduli apa aku dia polis ke apa. Aku tak mahu serabutkan otak dengan melihat mereka.
"Lily, kau sedar tak apa kau cakap ni?"
Langkah aku terhenti. Aku pandang Dave tajam. "Aku sedar! Kau tu boleh pergi periksa telinga tak?! Aku cakap blah kan tadi?! Berambuslah!"
Dave terlopong. "You are not like this, Lily."
"I am! Kau bawak kawan kawan polis kau tu berambus sebelum aku halau diorang! Jangan serabutkan lagi otak aku!"
"Kau dah gila ke?"
"Aku nak berhenti!"
Ya.
Itu yang aku fikirkan.
Dave diam. Dia menggeleng pasrah sebelum memasang langkah keluar dari rumah aku.
maaf lah jarang update :) janji sebelum masuk asrama habis hehehehe
love,
eyein
YOU ARE READING
Dragon's✔️
Romansacinta atau tanggungjawab? yang manakah akan dipilih? ••• Sebagai detektif, kes kali itu memerlukan penyamaran lagi. Tidak hairanlah harus menyamar kerana itu memang kepakarannya. Tapi yang mencabarnya, kali ini dia harus mendekati seorang jejaka yan...