<5>

741 58 8
                                    










Sepasang mata hijau milik Dragon merenung aku hairan. Sekejap - sekejap, dia mengintai pula wajah Qayyum yang tampak tenang itu. Sepertinya dia dapat menghidu sesuatu dari kami.

Aku dan Qayyum saling berbalas pandang. Aku menghantar pandangan tajam ke arahnya bermaksud menyuruh dia senyap tentang pekerjaan dan identiti aku.

Tangan kanan Dragon labuhkan di kepala kerusi aku. Matanya mengintai wajah aku sekali lagi. "Kau kenal dia, Miss Cattivo?" Akhirnya, keluar juga soalan dari bibirnya.

Air liur ditelan. Mata aku kerdipkan beberapa kali untuk mencari aura lakonan aku yang seterusnya. "Mestilah kenal! Kami rapat sangat!" Jawab aku.

Tidak, itu bukan penipuan. Qayyum memang merupakan sahabat aku daripada sekolah menengah lagi. Mana mungkin aku akan tipu tentang hubungan rapat kami.

Kening Dragon bertaut. Dia kembali bersandar pada kerusinya. "Oh, I see... rapat macam mana ya Mr. Qayyum?" Aku tahu Dragon sengaja menyoal secara berasingan.

Kerana dia mahu tahu sama ada jawapan kami sama ataupun tidak. Sekiranya jawapan berbeza dan berlanggaran, maka dia akan tahu kami sedang berbohong.

Mata aku memanah tepat ke dalam anak mata Qayyum. Bibir diketap menahan perasaan gemuruh. Aku berharap yang Qayyum akan menjawab sehabis baiknya.

Qayyum menarik nafasnya. "Saya dan Lily kawan baik dari sekolah menengah." Jawabnya jujur. Tidak ada apa yang mahu disembunyikan mengenai hubungan rapat kami.

"Wow, kawan rapat?"

Aku mengangguk laju apabila sepasang mata Dragon memandang aku meminta jawapan dari soalannya. "Ya, kami sangat rapat."

Memang itu yang berlaku. Aku dan Qayyum sangat rapat dari zaman sekolah lagi. Jika ada apa - apa yang berlaku kepada aku, Qayyum pantas sahaja bertindak. Malah, dia juga yang menjaga aku seperti adiknya selama ini.

Seculas bibir milik Dragon menarik senyuman sinis. "A guy and a lady can't be just friend, my baby girl."

Dahi aku berkerut mendengar apa yang terpacul dari mulutnya. Sepasang mata aku memandang Dragon bingung. "Yeah, but we are just friend. Nothing more than that!"

Dragon langsung tidak membalas ujaran aku. Dia duduk bersandar dengan tenang sambil berpeluk tubuh. "So, Mr. Qayyum... I'm asking you to stop being her bestfriend."

Rahang aku jatuh.

"You don't own her." Dengan beraninya Qayyum membalas renungan tajam Dragon itu. Sudah pastinya dia tidak berpuas hati. Sesuka hati sahaja Dragon mahu tentukan hidup aku!

Dia tergelak sinis. Matanya mengerling sekilas pada aku. "Dia ada aku, kan? Aku boleh jaga dia." Balasnya bersahaja tanpa sekelumit pun rasa bersalah.

Aku pandang Dragon tidak percaya. "Dragon, you can't do this to me!"

Rungutan aku langsung tidak dipeduli. Jemari kasarnya mengusap lembut pipi aku sebelum dia melepaskan tawanya. "Kau nak jadi yang teristimewa dalam hidup aku, kan? Jadi kau kena ikut cara aku."

Sabar, Lily.

Mata sendiri dipejam menahan rasa. Aku mesti bersabar dengan sikap Dragon yang suka menguji manusia. Aku tahu ini hanyalah sebahagian dari permainannya.

Memikirkan aku bakal meninggalkan dunia hitamnya ini, aku menjatuhkan kepala beberapa kali. Wajah diangkat memandang Qayyum yang masih terdiam di depan aku.

"Maaflah, Qayyum. Saya dah ada Dragon untuk lindungi saya. Saya dah tak perlukan awak dalam hidup saya. You can go now and... please," mata aku merenungnya sedalamnya. "Please don't contact me anymore."

Dragon's✔️Where stories live. Discover now