DAH seminggu.Jejak Dragon langsung tak ditemui. Satu petanda pun tak jumpa , apatah lagi saksi atau tempat terakhir dia jejak. Polis hampir mengalah kerana mencari Dragon bagaikan tiada penghujung.
Selama seminggu ini juga , aku hanya berkurung dalam rumah. Pihak atasan bagi aku cuti sebulan kerana mahu aku rehat secukupnya sebelum masuk kerja macam biasa.
Padahal mereka tak tahu , aku dah pilih untuk berhenti dan tak akan kerja lagi. Biarlah apa nak jadi. Aku pasrah saja. Aku takut perkara begini berulang dan akhirnya aku sendiri yang sakit.
"Lily!"
Suara Dave.
Aku yang tengah menonton televisyen memperlahankan suara. Kaki menapak mendekati pintu sebelum menjerit nyaring. "Kan aku dah kata jangan datang! Bodoh ke?!"
"Lily, saya Tuan Malik nak berbincang dengan awak." Suara lain pula menyampuk apabila aku menjerit halau Dave.
Mata aku membulat. Ketua polis bahagian dadah nak jumpa aku , seriuslah? Air liur diteguk sebelum tangan aku membuka pintu. "Ya?"
Rupanya memang betul , ada Tuan Malik bersebelahan Dave. Mereka lengkap berkemeja seragam polis. Aik , nak apa datang pakai baju kerja ni ?
"Masuklah." Tak mahu kurang ajar dengan Tuan Malik , jadi aku mempelawa mereka berdua masuk walaupun aku masih tak bersedia menerima kedatangan tetamu.
Tuan Malik dan Dave melangkah masuk. Sementara itu , aku mencapai minuman bertin yang bersepah di atas meja. Sampah yang bersepah dekat lantai aku kutip sekali.
Tajam mata Dave pandang aku. Apa ? Nak kata aku tak senonohlah tu. Cuba dia dekat tempat aku , nak berak pun mesti malas !
"Tak payah kemas. Saya datang nak berbincang sekejap je." Tuan Malik pantas menghalang apabila aku mahu mengutip baju yang bersepah di lantai. Buat - buat tak kisah , tapi dalam hati mesti kutuk aku.
Macam Dave. Tapi Dave bukan dalam hati , dia kutuk terus. "Muka je cantik , tapi pengotor!" Kutuk Dave selamba. Tak peduli walaupun ada Tuan Malik di sisi.
Aku jegilkan mata pada Dave. Sempat aku membalas kutukannya, "dah tahu aku pengotor , datang sini buat apa?" Geram.
"Tuan Malik yang suruh. Kalau tak , aku pun tak mahu datang sini tengok muka kau yang buruk tu." Balas Dave tak mahu kalah. Dasar lelaki tak berpendirian. Tadi kata aku cantik , sekarang buruk pula.
Tuan Malik melepaskan keluhan. "Saya datang hanya nak berbincang. Boleh Cik Lily bagi kerjasama?" Agaknya dia memang dah tak tahan dengan perilaku aku.
Bibir aku tayang sengihan. Punggung dilabuhkan di atas sofa yang bertentangan dengan mereka berdua. "Ya. Nak bincang apa sampai sanggup turun padang ke rumah saya ni?" Soalku , hairan.
Kalau bukan hal penting tak akanlah Tuan Malik sanggup datang ke rumah aku. Baik dia suruh aku datang pejabat dia sahaja. Tapi bila dia datang , naik hairan aku.
"Pasal Dragon."
Jantung aku bagaikan dipagut. Wajah tenang tadi bertukar tegang. "Tak faham."
Tuan Malik menegakkan tubuhnya. Wajah tegang aku , dia pandang serius. "Saya tahu kamu baru sahaja diculik dan sekarang masa rehat kamu , tapi pihak kami masih perlukan bantuan Cik Lily,"
Dahi aku berkerut seribu. Setahu aku , aku bukanlah tergolong dalam polis yang membantu sangat. Aku hanya pandai dalam lakonan , itu sahaja kelebihan yang ada. "Bantuan apa lagi? Kerja saya dah habis." Selamba.
YOU ARE READING
Dragon's✔️
Roman d'amourcinta atau tanggungjawab? yang manakah akan dipilih? ••• Sebagai detektif, kes kali itu memerlukan penyamaran lagi. Tidak hairanlah harus menyamar kerana itu memang kepakarannya. Tapi yang mencabarnya, kali ini dia harus mendekati seorang jejaka yan...