PINTU bilik itu dihempas kuat oleh Dragon. Dia terus berlalu pergi tanpa memandang aku sekali pun. Mungkin masih marahkan aku kerana pecahkan pasu itu.Mata aku terkelip - kelip memandang pintu yang sudah ditutup itu. Minda aku tertanya - tanya siapa perempuan di dalam gambar itu. Siapa pemilik bilik ini.
Aku tahu wanita itu pasti kekasih Dragon suatu masa dahulu. Tapi di mana wanita itu sekarang? Adakah Dragon masih mencintai wanita itu?
"Lily!" Nama aku dilaung oleh Levi. Dia berlari naik tangga untuk mendapatkan aku. "Are you okay?" Soalnya setelah kakinya berpijak di tingkat ini,
Kepala aku hanya mengangguk. Mujurlah Dragon hanya menengking aku tadi dan tak terus memarahi aku selepas itu. Lepas aku keluar dari bilik itu, Dragon terus tutup pintu bilik itu dan berlalu pergi.
Perasan dengan raut wajah aku, Levi mengusap lembut belakang badan aku. "Nanti dia okaylah tu, dia marah kejap je." Bisiknya cuba memujuk aku.
"Kenapa dia marah? Itu bilik siapa?" Aku menyoal hairan. Wajah risau Levi aku pandang tajam. Tak kisahlah apa sebabnya, aku tetap mahu tahu kenapa Dragon sanggup marah aku demi bilik tak berpenghuni itu.
Pandangan Levi penuh serba salah. Dia bagaikan mahu membuka mulut, namun ditutup kembali. "Forget about it. Everything will be alright." Pujuknya lagi. Masih tak mahu menjawab soalan aku.
Tangan Levi di belakang badan aku tepis kasar. Mata aku menjeling dia tajam. "Kalau awak tak nak bagitahu, saya still boleh dapatkan jawapan sendiri!"
Levi tersentak. Tangan aku mahu dicapainya lagi, namun aku segera menjauhinya. "Jangan kacau saya."
Kaki aku melangkah laju naik ke tingkat atas. Seluruh tingkat ini kepunyaan Dragon dan tiada siapa dibenarkan menjejakkan kaki ke sini. Hatta pembantu rumah sekalipun.
Aku tekad mahu mendapatkan jawapan dari Dragon sendiri. Memikirkan bagaimana dia berlalu tanpa memarahi aku tadi, aku yakin Dragon tak akan bunuh aku.
Tingkat paling atas ini mempunyai lima bilik secara keseluruhannya. Tapi mata aku hanya tertarik dengan pintu besar yang terdapat di hujung aras. Pasti bilik Dragon.
Kaki aku menapak perlahan mendekati bilik itu tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Tangan aku membuka perlahan tombol pintu.
"What are you doing, Miss cattivo?"
Jantung aku luruh. Badan aku terkebelakang sehingga terlanggar pintu bilik Dragon. Mata terkelip - kelip memandang Dragon yang sedang berdiri tegak.
Dragon tersenyum sinis. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. "Kau buat apa dekat sini? Ini kawasan larangan."
Aku memberanikan diri untuk menjawab soalan Dragon. "Err... saya nak jumpa awak."
Tangannya mengusap rambutnya ke belakang. Dragon memejamkan matanya sejenak. "Aku perlukan masa bersendiri. Nanti aku jumpa kau balik." Nadanya tak sedingin selalu.
Belum sempat aku membalas, Dragon terlebih dahulu melintasi aku untuk masuk ke dalam biliknya. Aku tak mahu mengalah, tangan terus merentap lengan Dragon.
"Kau nak apa? Aku penat ni," Masih juga suara Dragon tak setegas selalu. Dia nampak penat dan... sedih.
Aku mengeluh perlahan. Wajah dingin itu dipandang lama. "I'm sorry," ucap aku perlahan. Cukup didengari oleh Dragon sahaja.
Dragon masih tak memberi reaksi. Tangan aku di lengannya ditolak perlahan. "Aku nak rehat. Kalau kau nak balik suruh Levi hantar." Tuturnya tanpa membalas ucapan aku tadi.
YOU ARE READING
Dragon's✔️
Romantizmcinta atau tanggungjawab? yang manakah akan dipilih? ••• Sebagai detektif, kes kali itu memerlukan penyamaran lagi. Tidak hairanlah harus menyamar kerana itu memang kepakarannya. Tapi yang mencabarnya, kali ini dia harus mendekati seorang jejaka yan...