X24

281 50 94
                                    

"kalau ya kenapa? Ada masalah?"

"ouh. Ok." Kylex berlalu pergi namun terhenti apabila namanya dipanggil oleh Xandra. Dia menoleh semula.

"kita nak study math pukul berapa?" soal Xandra.

"aku tak free, suruh andrew ajar." jawabnya tanpa nada dan berjalan ke kelas.

Xandra terdiam. Dia memandang hairan pada lantai. Dan teringat semula apa yang Andrew katakan dulu bahawa Andrew tidak tahu math. Xandra mengangkat kepalanya semula.

"tapi Andrew tak- eh, mana dia ni! Cepat betul hilang!" Xandra melilau mencari kelibat Kylex. Xandra meluncur perlahan untuk ke kelas.

Dengan sengaja seorang pelajar perempuan melanggar Xandra sehingga dia jatuh kebelakang. Xandra mengangkat kepalanya dan memandang gadis yang berdiri di hadapannya tajam.

'sakit bontot aku! Sial betul!'

"ops! Sorry... I sengaja je tolak you. You cedera ke?" soal gadis bernama jazlyn dengan nada sotongnya.

"haah, sakit la... Boleh tolong aku berdiri tak?" soal Xandra pula dengan nada yang dibuat-buat.

"yeah boleh." Jazlyn menghulur tangannya pada Xandra berserta niat jahat.

Dengan pantas Xandra menarik tangan Jazlyn sehingga gadis itu jatuh tersungkur. Xandra berdiri dan memandang kosong pada Jazlyn yang sudah mengaduh sakit.

'gentle juga budak ni. Tak bawak geng pun' desis hatinya.

"ops! Sorry...i sengaja tarik you. Tapi i tak kisah kalau you cedera." kini Xandra pula membuat gaya sotong. Pelajar di sekeliling sudah tertawa. Tapi tetap ada yang marah pada Xandra, bukan sedikit tapi ramai. Siapa lagi yang nak benci Xandra kalau bukan fans ghost star itu.

"sial! Kau sengaja kan!" jerkah Jazlyn.

"siapa yang mula dulu" Xandra menjongket bahu selamba.

"kau lah! Kau rampas Andrew dari aku!"

Xandra sudah membuat riaksi jijik.

"ew, gelinya aku dengar. Sejak bila aku rampas dia dari kau?" Xandra mengangkat keningnya.

Jazlyn sudahpun berdiri dan merenung Xandra tajam.

"kau dengar sini. Dalam cerita ni aku tak nak ada watak antagonis macam kau. So baik berambus sebelum kau menyesal." kata Xandra dingin.

"kau yang akan menyesal lah bitch!" Jazlyn menarik rambut Xandra sekuatnya.

Xandra tidak membalas tarikan. Malah dia terus menendang perut Jazlyn sehingga dia terjatuh terduduk.

Jazlyn mengerang kesakitan kerana terasa senak di perutnya.

"aku dah kata blah. Kau maybe boleh sentuh aku. Tapi aku tak suka orang sentuh rambut aku. Kalau kau nak sangat penyakit. Sekarang aku boleh bagi!" Xandra sudah ingin melepaskan penumbuk pada wajah gadis itu namun tangannya di tahan oleh seseorang.

Maxen.

"xan. Apa kau buat ni!" Maxen menarik Xandra supaya berdiri dengan elok. Xandra menepis tangan Maxen itu.

"si sial ni yang cari gaduh! Memang mendapat lah dia!" Xandra menjeling Jazlyn tajam. Jazlyn hanya menunduk dan masih menahan sakit.

"tapi kau tak boleh lah macam ni. Kasar sangat. Kalau dia cedera parah macam mana? Apa yang akan jadi dekat kau lepas ni? Kalau kau kena buang sekolah nanti sebab benda ni. Apa yang kau nak jawab dekat mommy?" soal Maxen panjang lebar.

Love Cycle. ✔️Where stories live. Discover now