X26

296 55 108
                                    

"Apa yang awak dah lakukan ni Xandra?!" Soal pengetua.

"Belasah orang" jawabnya sambil menunduk.

"Dan awak bangga ke?!"

"Sikit"

Pengetua merengus geram.

"Awak nak saya laporkan dekat mak atau ayah awak ke?!"

"Janganlah pengetua! Lagipun saya dah tolong pengetua tangkap diaorang kan? Lagipun mak ayah saya takde kena mengena. Ha kalau pengetua nak bagi denda. Bagi jelah, saya terima dengan hati tertutup" rayunya pada pengetua.

"Kenapa tertutup?"

"Sebab tak jumpa kunci"

"Kunci apa?"

"Kenapa pengetua perlu tanya? Kunci hati sayalah! Pengetua curi kan!" Sempat pula Xandra memberi pikupline.

"Ha ha ha" pengetua hanya tertawa hambar.

"Elele, pengetua malu yaa.." Xandra menunding-nunding jarinya pada muka pengetua.

"Saya denda awak cuci tandas"

Pantas Xandra menurunkan tangan.

"Ala pengetuaa, denda lain please...saya elergic lah dengan tandas sekolah ni" katanya jujur.

"Oh, elergic...habis itu awak pakai tandas mana selama ni bila dekat sekolah?"

"Tandas awam kat depan sekolah ni ha" jawabnya dengan begitu jujur.

"Awak ponteng sekolah lah selama ni?!"

"Hehe, haah lah. Pengetua baru tahu ke?" Soal Xandra selamba.

"Ee! Tak suka la pelajar macam ni!" Rengek pengetua seperti sedikit pondan.

"Nasib kita dua je dalam ni pengetua. Kalau ada orang lain mesti memalukan saya, sebab tengok pengetua macam ni"

Mata pengetua membulat. "Shh! Awak jangan kantoi kan kat pelajar lain pulak" pinta pengetua.

"Yelah, nasib saya dah insaf. Kalau tak. Mesti saya dah ugut pengetua, hehe. Dah cepatlah bagi denda yang lain wahai pengetua ku yang kacak lagi segak" pujinya yang berunsur bodek itu membuatkan pengetua mengelap air mata palsu kerana terharu.

"Haih, baiknya pelajar jahatku ini...baiklah, saya nak awak mop gelanggang bola keranjang dan takraw." Arahnya pada Xandra.

"Leh, ingatkan dah puji taknak bagi denda" desisnya perlahan.

"Apa dia?"

"Ehh, takde apa. Hari ni je ke pengetua?"

"Hari-hari"

"Tapi saya nak kena belajar. Saya kan dah nak Exam akhir tahun." Xandra membuat wajah comel yang seperti terpaksa.

"Dah siap mop, awak pergilah belajar. Bukan susah pun"

Xandra sudah mencebik. "Yelahh...saya keluar dulu ya" pinta Xandra untuk pergi. Pengetua hanya mengangguk menadakan jawapan.

Xandra menutup pintu dan memandang keempat wajah jejaka yang dari awal setia berdiri di luar dan mendengar semua perbualan antara murid dan pengetua.

Maxen yang berniat tidak mahu ada riaksi di hadapan Xandra sudah menekup mulut dari tertawa. Maxen berlari mahu ke tandas. Sampai dah nak terkencing dia tahan gelak punya pasal.

"Pahal Maxen tu?" Soal Xandra hairan.

Mereka bertiga hanya mengangkat bahu sahaja.

"Buat apa yang pengetua suruh. Jangan nak buat hal dah lepas ni" pesan Kylex dingin dan terus berlalu pergi bersama Exel yang pendiam itu.

Love Cycle. ✔️Where stories live. Discover now