X2

796 123 40
                                    

{author POV}

Xandra berdiri sendiri tanpa bantuan sesiapa.

"Kau okay tak?" lembut sahaja Andrew bertanyakan pada Xandra.

"Gak papa sumpah gak papa, tapi lu mikir la anjing" jawab Xandra dengan geram. Tak pasal-pasal Andrew kena marah.

"Aku nak tolong tadi-"

"Tolong? Baik kau tolong cuci otak kawan-kawan kau yang biadap tu. Suka hati nak jatuhkan aku." Xandra memandang tajam ke arah Exel yang bersandar ditepi tangga. Bukan dia tak tahu Exel yang menyengkang kakinya.

Exel hanya tersenyum sinis memandang Xandra yang merenung tajam ke arahnya.

Xandra menjeling dan terus berlalu pergi ke café.

"ish ish ish, ada ke patut kau care pasal dia? biar jelah dia tu" kata Maxen dengan nada tak puas hati. Exel hanya tersenyum sinis.

"korang asyik buli dia kenapa? Kesian aku tengok" Andrew melihat dua wajah innoncent Maxen dan Exel yang sedang bersandar di dinding.

"buat apa kesian? Kau lupa? Apa yang dia buat dekat kita dulu. Ada dia kesian? Dah lupakan, jom pergi rehat." sampuk Kylex yang baru tiba di situ, dia jalan ke depan dan diikuti mereka bertiga.

Lalu sahaja di koridor mulalah sesi perempuan mengilai melihat hot stuff lalu, tapi Kylex dan Exel hanya menghiraukan semua tu.

Andrew hanya berjalan sambil membaca buku. Maxen sahaja yang memberikan senyuman dan melambai lambai tangan.

Maxen memang perasan lebih, tengok je senyuman dari Maxen lagi kuat bunyi orang mengilai.

"oh nooo , so handsome thoooo!"

"dia lambai kat aku tuu!"

"Omo senpai!"

"My husbu!"

Riuh mulut pelajar disitu , mereka berempat hanya meneruskan perjalanan ke café .

-------------------------

Xandra yang dari tadi bermasam cuka sambil menatang dulang makanan. Nampak sahaja kawan baiknya yang duduk sendirian di sebuah meja bulat di café terus Xandra meluru ke sana dan mengambil tempat di hadapan Steffie.

Xandra terus makan selepas duduk di situ dan mengabaikan Steffie. Yelah bukan apa. Kalau si Steffie ni tak pekak tadi, mesti Xandra tak akan kena denda, heh.

Steffie memandang Xandra yang baru tiba. "kau pahal wei?" soal Steffie dengan mulut penuh mengunyah makanan.

Xandra memandang tajam pada Steffie. "Weh, seriously?! Kau tayang muka innocent kau?! Kau lah punca aku kena denda tahu tak?!"

"Halah, sorry lah. Aku bukan sengaja pun. Tak chill lah kau ni" Kata Steffie dengan muka innoncent.

Xandra terus menjeling Steffie.

Xandra memandang kelibat 4 orang galah yang berjalan sambil bersembang itu. Dia tersenyum sinis dan mengeluarkan kakinya untuk menyengkang kaki Exel.

Exel langsung tidak perasan kerana sibuk berbual rancak dengan Maxen. Kylex menghalang Exel menggunakan sebelah tangannya. Dia tersenyum sinis dan mendekati Xandra.

"Tak sopan duduk macam tu, cuba duduk elok-elok" Pesan Kylex berserta senyuman khas untuk Xandra.

Ha terpana semua kaum perempuan dekat café tu.

Love Cycle. ✔️Where stories live. Discover now