X21

298 61 84
                                    

Xandra menghempaskan dirinya di atas katil. Dia merenung siling. Dia terimbas kembali kata-kata cikgu Arayana itu.

"kamu terkenal. Terkenal dengan sikap memalukan"

"awak tak membawa untung dalam nama baik sekolah ni dan prestasi yang baik."

"attitude ke laut"

"ergh, aku akan buktikan yang aku dapat top 1 dalam exam nanti! Tengoklah! Biar dia ternganga tengok aku naik pentas nanti!" katanya tekad. Dia terus bangun pergi ke bilik air untuk membersihkan diri.

----------------------

Xandra turun ke bawah dan menuju keluar. Ingin meminta izin pada mommy, tapi mommy pun tiada di rumah. Jadi dia pun keluar sajalah.

Xandra mengeluarkan Iphone 11 yang dihadiahkan oleh daddynya. Dia menolak, tapi ambil juga. Dia nak call Andrew, tapi mana ada number dia. Huhuhu.

Dengan ketibaan pula, Kylex datang bersama motorsikal berkuasa tingginya dan berhenti di hadapan Xandra.

"kau nak pergi mana?" soal Kylex.

"tak kemana pun, asal kau datang sini?" soalan berbalas soalan.

"aku nak ajak kau keluar. Jom" Kylex menghulur helmet padanya. Xandra mengambil dan menyarungkan di kepala.

"aku cadang nak keluar dengan Andrew, tapi tak sangka aku akan keluar dengan kau." Xandra menaiki motor Kylex.

Kylex hanya diam membisu dan bergerak ke destinasi yang ingin dituju.

"wey, Kylex. Kau boleh tolong aku tak?"

Kylex hanya fokus pada pemanduannya. Xandra mengeluh.

Mereka sampai di ke destinasi yang dituju. Mereka berdua turun daripada motor Kylex. Xandra membuka helmetnya dikepala namun gagal. "ee... Hiargh! Ey! Susahnya helmet ni! Tadi pakai senang. Dasar tali complicated!" omelnya geram.

Kylex yang berniat tidak mahu melayan Xandra terpaksa membantunya untuk menanggalkan helmet itu dari kepala Xandra.

"terima kasih" Xandra tersengih comel. Namun tidak sempat dilihat oleh Kylex kerana dia sudahpun berlalu pergi dari situ. Xandra mengejar langkah Kylex dan berjalan beriringan. Xandra mendongak memandang Kylex dari tepi.

"kau ni pahal senyap. Tadi beria ajak aku keluar" Xandra memeluk tubuh dan mencebik.

Masih lagi diam. Mereka berdua singgah di cafe tepi tasik itu. Mereka duduk berhadapan.

"kau nak buat apa jumpa Andrew?" soal Kylex kini bersuara.

"nasib tak bisu lagi" gumam Xandra perlahan. Kylex menjeling.

"aku nak minta dia ajar aku! Cikgu baru tu kutuk aku tahu tak! Eyy! Geram je! Kalau lah aku ni pengetua, dah lama aku pecat. Kisah apa aku. Baru ke tak! Ergh!" Xandra mengetap gigi geram.

"oo, aku boleh je tolong" Kylex menyedut air yang dipesannya sebentar tadi. Minuman dihantar semasa Xandra membebel.

"yeay! Terima kasih! Nanti aku belanja chewingum." Xandra tersenyum gembira.

Love Cycle. ✔️Where stories live. Discover now