X10

459 89 79
                                    

{ M A X E N ' POV }

esoknya.....

Oh hari yang indah tanpa gundah, ouyeah!

Aku bangun pagi yang jarang-jarang aku bangun. Biasanya aku akan bangun pada tengahari nak ke petang. Sekarang ni baru pukul 7. Aku bangga dengan diri sendiri. (*'∇`*)

Aku tak tahu la kenapa sejak ada Xandra ni, aku semangat nak bangun pagi. Semata-mata nak tengok dia buat kerja. Adakah ini cinta? Euw, aku tak rasa begitu. Tapi apa salahnya kan? ahak!

Aku masuk ke dalam bilik air aku dan berus gigi, mandi tu esok esok aku mandilah, malas aaa..settel je aku keluar dari bilik dan terus ke dapur, terus nampak susuk tubuh yang kecil comel molek tu. Walau nampak tinggi aku tetap rasa dia pendek, sebab aku kan lagi tinggi, ehehe...

Aku memeluk tubuh. Aku hanya perhati dari jauh jela , malu la nak stalk dekat dekat. Aku ni takdela gentle sangat macam Kylex tu, huhuhu. Tapi! Bab membuli ni aku tahu! Jap nak ambil kamus 1001 list buli jap.

Okay, harini aku tahu nak buat apa dekat perempuan yang berbaju besar tu. Hehehe...aku tersengih jahat lalu aku pun berlalu pergi ke bilik aku, semata mata nak ambil tikus mainan yang berbunyi 'queck queck'

eh tu itik kan?

Bukan bukan. Itu lembu.

Aku memulas kekunci kecil mainan tadi dan membuatkan ia bergerak, aku terus campak dan tikus itu bergerak ke arah Xandra, ouyeah pandai tikus tu!

{ M a x e n' pov end }

Xandra menyanyi kecil sambil mengelap meja. Kemudian dia terdengar bunyi seekor binatang yang sedang menghampirinya, laju dia perpaling. Kelihatan sahaja binatang berwarna kelabu itu membuatkan Xandra menjerit dan laju dia memanjat meja.

"EEEEEEEE!!!! mana datang binatang ni!! Tulaaa rumah kotor sangat, sampai tikus pun nak menumpang ke sini!"

Xandra memandang ke arah Maxen yang riuh dengan gelak ketawa.

"Woi hantu! Ni mesti kerja kau kan?! Ambilahh!!Halau la benda tu keluar cepat!!"

"HAHAHAAHAHAHAHAHA! kau lek jap!" Maxen datang mendekat dan mengambil tikus mainan itu dan mencampakkan pada Xandra.

Semakin kuat Xandra menjerit dan mengundur kebelakang.

Maxen terhenti ketawa apabila melihat Xandra hampir terjatuh, dia cuba menyelamatkan Xandra namun hanya sempat menyambut kepalanya sahaja, badannya sudah selamat jatuh ke lantai. Tangan kanan Xandra pula cedera akibat terkena bucu meja petak tajam itu.

"Sakit..."

"Weh, sorry...sorry!! Weh bangun-bangun." kelam Maxen membantu Xandra bangun. Dia memapah Xandra ke ruang tamu dan duduk di sofa, laju Maxen berlari mengambil kotak first aid dan datang pada Xandra kembali.

Maxen mengambil tempat disebelah Xandra yang sudah teresak-esak menangis.

"Weh, dahlah, shhh!! Dah lah tu janganla nangis!" gelabah Maxen memujuk Xandra sambil mencuci luka kecil menggunakan dettol. Dia paling takut bila melihat perempuan menangis disebabkan dia.

"Sakit tahu tak?! Tengok tangan aku takleh gerak! Sakit tauu, tulaaa sebelum nak kenakan orang tu pikir la dulu!" marahnya dengan suara yang serak kerana menangis.

"eee, diamlah wei! Nanti mampus aku kena ketuk dengan dorang bertiga tu nanti!"

Semakin kuat Xandra menangis, semakin cuak wajah Maxen.

"Matilah aku.." Maxen berbisik perlahan pada dirinya.

Terus meletus ketawa Xandra, sungguh dia terhibur dengan riak Maxen yang pertama kalinya dia melihat.

Love Cycle. ✔️Where stories live. Discover now