X8

443 83 39
                                    

---------------------

3 hari berlalu....

Xandra lebih banyak berdiam diri. Hanya menjalankan tugas seperti biasa walau dalam hatinya begitu sakit. Tetapi dia tetap bersabar melakukan kerjanya semua itu. Kalau jejaka berempat itu menegur dia sekalipun dia hanya mengendahkan. Bukan apa, Xandra cuma merajuk je disebabkan perihal tempoh hari.

"kau tak pelik ke? Dah 3 hari Xan diam je" kata Maxen yang perasan akan perangai Xandra yang sekarang ini.

"okay lah tu. Takdelah memekak je" jawab Exel selamba.

"korang buat apa kat dia sampai dia diam macam tu sekali?" soal Andrew.

"entah. Tak ingat pulak, kita buat apa eh exel?"

Exel hanya menjeling Maxen yang berotak lembab ni sengaja la tu buat tak tahu.

Keadaan di ruang tamu kini sunyi, mereka bertiga hanya membuat hal masing-masing.

Padahal Qyna tak tahu nak bagi dialog apa kat dorang, nyeh.

Kylex berada di balkoni biliknya memerhatikan Xandra yang sedang menyiram pokok bunga dari atas.

Takkan la sebab tu pun nak merajuk macam tu sekali? Desis hati Kylex. Dirinya terasa sunyi sejak Xandra mendiamkan diri. Takkan nak pujuk? Kylex bukannya jenis suka memujuk ni. Nanti dia pula yang sakit hati kalau gagal memujuk.

"Woi Fairy!"

Xandra mengendahkan suara yang memanggil namanya itu.

"Ryn!"

Xandra hanya menyiram dan terus menyiram pokok bunga disitu.

"Fairyn!"

Yeah, still quiet.

Kylex menahan geram.

"Berani eh pulaukan aku."

Kylex masuk kedalam bilik air dan datang semula dengan membawa secebok air paip lalu disimbahkan ke bawah.

Tanpa sengaja Xandra telah dimandikan oleh Kylex. Dia menahan geram dan menghempaskan getah paip yang dia gunakan untuk menyiram pokok bunga itu dan laju menutup paip dan jalan dengan geram masuk ke dalam rumah.

Maxen yang perasan Xandra yang lalu di situ terus bangun dari tempat duduknya dan menarik tangan Xandra. Dengan itu, langkah Xandra terhenti.

"Apahal basah-basah ni?" soal Maxen yang 'tiba tiba' prihatin.

"who cares?" Xandra menepis tangan Maxen dan terus berjalan pergi ke bilik air di dapur.

Mereka bertiga saling berpandangan.

"kerja Kylex la tu." kata Exel.

"Tak habis-habis, dalam keadaan Xandra macam tu pun dia nak cari gaduh lagi." Andrew menggeleng sahaja dan menyambung membaca buku.

Kylex berasa hairan. "biasanya dia marah? Demam ke perempuan tu?"

Dia melompat ke atas katil dan termenung. Tak tahu la dia fikirkan tentang apa.

~this is my kingdom come , my kingdo-~

Kylex mencapai telefonya yang berada di meja lampu di sebelah katilnya dan laju menekan butang hijau seraya meletakkannya di tepi telinga.

"ha , hello ryz! Ryn apa khabar dia dekat sana? "

Suara wanita yang berusia itu kedengaran, terus Kylex mengubah kedudukannya dari baring ke duduk.

Love Cycle. ✔️Where stories live. Discover now