X6

465 89 11
                                    

------------------

Xandra sudahpun selesai mencuci pinggan. Lama lah jugak dia mencuci sampai kecut tangan dia, yang lain pula sedang menjamu selera. Xandra baru dapat berehat, dia merenjiskan air ditangannya di singki dia berpaling kebelakang untuk menuju ke ruang makan dan Xandra terdiam.

"Ya ampun, bersepahnya dapur! Dorang masak ke berperang?" Xandra menjerit perlahan dan memandang ke arah ruang makan dan berpaling semula melihat dapur.

Nak je melawan, tapi aku pun bosan jugak asyik kena ugut je hm.

Xandra berjalan ke arah mereka berempat. Xandra berhenti disebelah Maxen. Maxen membelakangi Xandra.

"Penat... bagilah aku makan jugak, tak kesian kat aku ke?" Xandra membuat muka kesian.

"Eh, tak malu ke ? Takde takde, pergi kemas dapur tu dulu. Dah sana-sana!" selamba Maxen menghalau Xandra dengan membuat gaya menghalau.

"Pergilah kemas dulu" Kylex menayang muka malas nadanya juga nada kemalasan.

Xandra mencebik dan berpatah balik ke dapur semula, dia pun dah malas nak bising-bising, terpaksalah dia mengalah. Xandra pun mula mengemas.

"Tak guna. Dah buat sepah pandai-pandai lah kemas. Ni semua nak mengharapkan orang, pastu kalau tak buat nanti ugut pulak. Ha tu jelah tahu." Xandra membebel perlahan, dia dengan bebelnya tidak boleh dipisahkan. Geram sahaja rasanya.

Dorang ni sampai hati memperlakukan begitu pada insan yang lemah dan cantik lagikan menarik ni.

Maxen menjenguk sedikit keadaan di dapur, kelihatan Xandra sedang mengemas, kemudian dia memandang Kylex dengan pandangan yang ada makna. Kylex yang perasan Maxen sedang memandangnya tersenyum senget sahaja. Laju Maxen mengambil semua lauk di atas meja dan dibawa ke tempat lain, bawa kemana entah. Kemudian Maxen berlagak biasa seperti tiada apa yang berlaku. Dia sudahpun selesai makan cuma sengaja duduk di situ lagi.

----------------------

Akhirnya, siap juga Xandra mengemas. Dia mengibas tangannya dan pergi ke meja makan, "nak makan boleh?" Xandra menyengetkan kepalanya dan tersenyum.

"Lambatnya kau kemas, makanan dah habis dah." sengaja Maxen menipu Xandra dengan muka innoncent.

"Lembab memang macam tu." kutuk Kylex tanpa memandang Xandra. Ini pun sama, suka betul cari pasal.

Xandra memandang Kylex dan Maxen, stress tengok muka innoncent diorang berdua tu, dia memandang ke arah Andrew dan Exel pula, haih diorang pulak macam tak nak ambil tahu.

Xandra mula mencebik "apa ni! Korang buat aku macam ni! aku pun penat jugak, korang nak tengok aku mati kebulur ke?! Benci lah! Tak pernah jumpa orang yang kejam macam korang ni!" bentaknya. Xandra melangkah laju menaiki tangga menuju ke biliknya.

perempuan kalau lapar memang akan emo eh? Hohoho.

Maxen dan Kylex ber 'high 5' dan ketawa "baru dia tahu yang kita ni kejam." Maxen ketawa lagi.

"eeeee!!" Xandra menghempaskan dirinya di atas katil bersaiz queen itu, geram betul! Orang serious dorang boleh pulak main main!

"Nanti dia mengadu dekat mommy dia baru tahu." tuntas Andrew lalu bangun dan membawa pinggannya itu untuk dibasuh. Memang Andrew seorang sahaja yang rajin membasuh pinggannya sendiri yang lain hanya membiarkan di atas meja, mentang-mentang ada bibik.

Exel memandang ke arah Kylex dan Maxen. Dia hanya mengangkat bahunya sahaja dan beredar dari situ dan naik ke atas menuju ke biliknya dan hanya membuat halnya sendiri.

"Kecoh je, lek lek dah lah." kata Maxen dan juga beredar dari situ menuju ke ruang tamu kerana ingin menonton televisyen.

Kylex mengeluh sedikit dan masih lagi duduk di situ.

Andrew datang ke meja itu semula dan mengambil lauk makanan yang disembunyikan oleh Maxen sebentar tadi untuk dibawa ke bilik Xandra.

"Nak bawak pergi mana makanan tu?" soal Kylex yang beriak biasa.

Andrew yang baru sahaja mahu melangkah pergi terhenti semula dan memandang ke arah Kylex.

"Bagi Xan." jawabnya.

Kylex terus bangun dari tempat duduknya dan mengambil dulang makanan dari tangan Andrew dengan selamba.

"Biar aku hantar, pergilah buat hal sendiri." katanya selamba. Andrew hanya akur. sememangnya dia seorang yang mendengar kata.

Kylex menuju masuk ke dalam lif dan menekan butang nombor 4 untuk ke bilik Xandra. Aik? Ada lif? . Yup! Memang ada pun. Xandra je tak tahu lagi kerana pintu lifnya agak tersorok sedikit.

-------------------

Xandra merenung tajam ke arah siling, geram sahaja bila mengingat kembali apa yang berlaku tadi.

Baru sahaja mahu bertenang dari emosi, tiba-tiba dia terdengar pintu biliknya itu diketuk. Perasaan geramnya kembali lagi. "nak apa?! Blah lah! Semak je!" Xandra masih lagi berbaring di atas katilnya.

"buka, sebelum aku yang buka." Arah Kylex tegas.

"bukalah kalau boleh." jawabnya. Xandra lupa agaknya dia berada di rumah siapa, lol.

"okay." Kylex mengeluarkan kunci untuk setiap bilik dari poketnya. Selamba membuka pintu dan masuk kedalam. Dia melihat Xandra yang terbaring seperti mayat itu.

Terbangun terus Xandra dari posisi baring ke duduk dan memandang Kylex tajam. "eii! Nak apa?!" soalnya dengan wajah geram.

Kylex membuat rolling eye dan meletakan dulang makanan di atas meja lampu disebelah kiri katil Xandra. "makan ni." Kylex memandang Xandra dan memasukkan tangannya ke dalam poket. Dia hanya menayang muka biasa.

Xandra memandang Kylex dari atas ke bawah dengan pandangan tajam.

"Tak nak! Kau jahat! Entah-entah kau ubuh racun dalam tu." ujar Xandra yang menuduh Kylex dengan selamba.

"Mulut tu baik sikit, makan sebelum aku suapkan." ugutnya. Geram pula dengan mulut gadis ini.

"eee. Kau ni kenapa?!" soal Xandra. Menyampah sungguh dengan manusia macam ini.

"kau lupa? Atau kau sengaja?" kata Kylex dengan kening kirinya terjongket dan tersenyum sinis.

"eii! Kau memang sengaja je kan?!" Xandra mengetap giginya. Marah ni!

Kylex menayang muka malasnya dan membuat rolling eye "kau. Jangan lupa yang kau tu dah kalah dan jangan lupa yang kau tu orang gaji dalam rumah ni. Kau makan sekarang, lepastu turun kemas rumah." tegasnya dan keluar dari bilik itu dan turun ke bawah.

"eee!! Tak guna, tak guna!!" Xandra memukul mukul fabric katilnya itu dengan geram dan menumbuk bantalnya pula untuk melepaskan geram. Ergh! Geram kita!
Xandra menarik nafasnya dan cuba untuk bertenang. Perutnya berbunyi kerana terlalu lapar. Xandra memandang ke arah makanan yang diletakkan oleh Kylex tadi dan memandang hadapan semula. Xandra menarik mukanya.

kalau ikutkan ego nanti kebulur, baik makan je.

Xandra mengambil dulang makanan itu dan meletakkanya di atas ribanya. Dia mula menjamu selera.

--------------------

Tbc-

Love Cycle. ✔️Where stories live. Discover now