X12

412 75 23
                                    

"Kenapa pula tak boleh?! Sepatutnya aku balik harini kan?!" soal Xandra yang mula naik bengang.

"Dah, aku kata tak boleh. Tak boleh lah. Kau terpaksalah buat kerja kau untuk kali terakhir harini." jawab Kylex selamba.

"Kau sengaja nak rosakkan mood aku pagi pagi ni kan?" Xandra berdiri dan bercekak pinggang. Dia memandang Kylex dengan perasaan marah.

"hm..." itu saja respon Kylex. Tidak tahu sama ada Jawapannya 'ya' atau 'tidak'.

"Tch." Xandra berdecit geram dan melangkah keluar dari ruangan dapur dan munuju ke kolam renang. Dia duduk sambil merendamkan kakinya ke dalam kolam.

Setelah melihat Xandra hilang dari padangan, Kylex tersenyum dan 'berhigh 5' dengan mereka bertiga menandakan step pertama telah berjaya.

"Hm...nak lari dari sini pun takde gunanya." gumam Xandra perlahan sambil merenung ke dalam kolam.

"Meow, meow."

Xandra mengabaikan bunyi kucing yang dekat dengan sebelahnya. Eh. Wait a minute. Tapi kenapa nada kucing ni kedengaran charming?

Xandra menoleh ke kanannya dan melihat kucing yang di dukung oleh Andrew itu sangat dekat dengan wajahnya dan itu menyebabkan dia sedikit terkejut.

"Meow, miss Xandra. Can i seat here?" soal Andrew dengan penuh sopan.

"hm." jawabnya acuh tak acuh.

Andrew melabuhkan punggung duduk disebelah Xandra dan meletakkan Chaeri di atas ribanya sambil membelai kucing tersebut.

"Jangan marah okay? Takpe lagipun esok balik juga." ujar Andrew cuba memujuk Xandra.

"ish! Memanglah! Tapi aku dah beria tahu tak?!" Xandra memandang Andrew tajam.

"Ya, aku nak minta maaf bagi pihak diaorang, lagipun ada sebab tertentu kau tak boleh balik harini." kata Andrew yang masih menggunakan nada yang baik.

"Apa sebabnya? Kau tahu tak? Harini hari yang penting untuk aku. Aku nak balik!" bentaknya dengan penuh geram.

"Penting? Apa yang penting?" soal Andrew yang berpura pura tidak tahu.

"Mind your own homework." Xandra menoleh ke arah kolam.

"homework dah siap" jawab Andrew tanpa ditanya.

Xandra hanya menjulingkan matanya ke atas.

"Jangan marah tau, sorry again. Erm, can you help me Xan?" Andrew memandang Xandra yang disebelahnya.

"Apa?!" Xandra membalas pandangan Andrew dengan wajah yang garang.

"Jangan marah, er...tolong mandikan Chaeri boleh? Harini tugas kau senang je. Tolong jaga Chaeri je seharian. Kerja lebih pun, basuh pinggan je." Andrew tersengih dan meletakkan Chaeri di atas riba Xandra. Dia terus beredar dari situ.

"Ceh, tuan dia ada kan? Kenapa aku juga yang kena buat?" soal Xandra pada dirinya sendiri dan bangun dari tempatnya dan membawa Chaeri kebiliknya.

Xandra menuju ke pintu lift. Selama dia hidup di rumah besar ini. Baru semalam dia tahu yang rumah ni ada lift. Itupun Maxen yang beritahu. Dia bengang semalam apabila Maxen berkata begini padanya 'saja taknak bagitahu rumah ni ada lift, nak bagi kau rajin sikit naik turun tangga'. Lepastu mereka bergaduh mulut dan berkejaran.

Sampai sahaja di tingkat atas, Xandra masuk ke dalam biliknya bersama Chaeri. Xandra melompat ke atas Katilnya. Chaeri ditenung lama dan dicium oleh Xandra berkali-kali kerana geram dengan kecomelan kucing tu. Lagi-lagi bila kucing itu memakai 'ear bunny'.

Love Cycle. ✔️Where stories live. Discover now