X7

452 85 26
                                    

-------------------

Xandra sudahpun selesai mengisi perut. Dia bangun dari tempatnya dan keluar dari bilik dan mengatur langkah setiap anak tangga. Di setiap langkahnya itu, dia melangkah dengan penuh berharap agar semua kelihatan baik-baik sahaja. Tetapi bila sampai sahaja di tingkat bawah...

"What?!" terkejut Xandra melihat keadaan di ruang tamu itu. Lelahnya seperti bertambah parah melihat betapa bersepahnya keadaan disitu. Matanya masih lagi terkedip-kedip seperti ingin sahaja pengsan disitu. Tapi malas lah, esok esok jelah buat drama.

"Korang ni kenapa?! Budak 6 tahun ke? Makan bersepah, alat gaming bersepah, komik merata! Ish!! Apa nak jadi ni? Menyusahkan orang betullah!" Leter Xandra dengan wajah garangnya itu dah macam 'fake mom' je.

By the way, dia rela dipanggil fake mom dari dipanggil orang gaji, heh.

Maxen yang dari tadi leka bermain permainan video bersama kylex yang diconnectkan di televisyen itu berpaling ke arah suara bebelan sumbang itu.

"hak alahh... kemas jelah, memekak je minah ni." kata Maxen dan kembali fokus bermain semula.

"Amboi!! Korang yang buat sepah, aku yang kemas? Banyak cantik!"

"Diamlah, pergilah buat apa yang patut, sesak je kat sini." ujar Kylex tanpa memandang Xandra yang berada di hadapan tangga itu.

"eh! Kalau aku sesak, baik kau hantar aku balik!"

'yahh!! Ini yang aku mahukan! '

"Tak nak! Dah lah loser, lupalah tu syarat yang dia setuju dulu tu, eleh." kata Maxen yang juga tidak memandang Xandra.

"Eyy!!" Xandra menghentak kakinya dengan geram.

Dahlah! Malas! Lagi aku cakap, lagi tulah diorang nak menjawab. Ok fine! Aku buat semua ni. Tapi korang tunggu... Aku akan ganggu hidup korang , cepat atau lambat je.

Xandra tersenyum jahat plus bermakna dan bergerak ke ruang tamu semula setelah selesai mencuci pinggan sebentar tadi. Kali ini dia datang membawa penyapu dan juga penyodok sampah sekali.

Dia mula menyapu di hadapan Kylex dan Maxen. Xandra sengaja menghalang mereka berdua untuk bermain permainan video itu. Xandra hanya menyapu dengan riak seperti tiada apa yang berlaku. Apa yang dia tahu, dia hanya menjalankan tugasnya.

Maxen sudahpun berdecit geram dan menyengetkan kepalanya ke sebelah kiri, tetapi dihalang juga oleh Xandra yang sengaja mengikut gerak kepala Maxen itu. Apabila Maxen ke kanan, Xandra juga akan ke kanan.

"Sana ah! Aku kalah nanti!"

Xandra hanya mengendahkan Maxen itu.

Kylex pula hanya bermain dengan tenang.

'DRAGXN WON!'

Terpapar sahaja perkataaan itu skrin televisyen dan juga beserta bunyi pemberitahuan bahawa Kylex sudah mengalahkan Maxen. Maxen bengang seperti ingin meroyan dan laju dia memandang Kylex.

"bodooo!! Takde-takde. Mane aci pompuan ni kacauuuuu!" kata Maxen dan tajam memandang Xandra.

Xandra hanya seperti biasa bersama riak innoncent nya itu.

Saya hanya menyapu.

Kylex memandang Maxen dan mengangkat bahunya lalu berkata,

"Main jelah lagi sekali, jom." kylex menekan butang 'start' dan mereka berdua mula bersaing semula.

Love Cycle. ✔️Where stories live. Discover now