X25

281 54 137
                                    

Di awal pagi lagi sudah ada pergaduhan besar antara sekumpulan pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan.

Tidak lain tidak bukan, sudah pasti pasti pelajar perempuan itu adalah Fairyna Xandra.

Ketika Xandra habis sahaja menjalani latihan larian sebagai atlet perempuan dan duduk berseorangan di padang untuk berehat seketika. Dalam beberapa lama kemudian dia di heret oleh sekumpulan lelaki untuk di bawa ke gelanggang futsal di sekolah itu. Puas Xandra memaki sekumpulan lelaki tak guna itu. Dia sangka hanya mereka berada di situ. Rupanya ramai juga penonton berbayar.

Bayar ya. BAYAR! penonton harus membayar kepada kumpulan lelaki yang paling otai dekat sekolah itu. Di kira sebagai pelajar yang di kira gangster jugalah.

Jika mereka tidak membayar, mereka tidak akan dapat menyaksikan pembulian yang dikatakan gempak itu. Merekalah pembuli sebenar di sekolah. Pembuli yang sangat friendly, pelik kan? Tapi tak pun. Mereka jarang menunjukkan aksi buli mereka di hadapan orang ramai kerana yang ingin menonton harus membayar.

Mereka terkenal dikalangan murid biasa sahaja. Mereka tidak menonjolkan diri di hadapan pengawas mahupun guru. Licik.

Hanya yang tercatat sahaja akan menjadi mangsa mereka. Sepatutnya Xandra tidak tercatat di dalam senarai kerana salah seorang kumpulan mereka ada yang fanboy kepada Xandra. Sedangkan Xandra tidak kenal mereka pun. Tapi dia di catat hanya kerana satu sebab.

Sebelum itu, nama kumpulan mereka, ARCHER

A- Arial
R- Rizz
C- Christoff
H- Harel
E- Eriv
R- Ryan

6 orang lelaki itu ingin mengganggu hidup Xandra kerana telah menyentuh kekasih Arial iaitu ketua kepada Archer.

Jazlyn.

"Korang ni siapa hah! Dah lah tiba tiba je tarik aku bawak kat sini!"

"Aku fans kau! Jom bergambar" Ryan sudah mengeluarkan telefon samsungnya. Belum sempat ingin bergambar Eriv sudahpun mengetuk kepala Ryan yang tidak serious itu.

"Kau. Berani kau sentuh awek aku! Kau tumbuk di apahal?!" Soal Arial bengang.

"Siapa awek kau? Yang tu ke?" Xandra menunding ke arah Jazlyn selamba. Jazlyn sudah menunjuk simbol 'i will kill you' namun diabaikan.

Arial hanya mengetap gigi menahan marah. Kawannya yang lagi tiga itu setia di belakang ketuanya kecuali Rizz dan Harel yang masih busy mengutip duit pada penonton.

"Mana ada aku tumbuk. Aku tendang je. Tak sama bukan?" Jawabnya selamba dan berani.

"Eee! Kau memang cari pasal dengan orang yang salah lah sial! Geram je aku dengan perempuan ni." Kata Christoff bengang.

"Kau adalah orang pertama yang berani bercakap macam itu dengan kitaorang. Aku salute kau" Ryan membuat gaya tabik dan mendapat tarikan pada telinganya oleh Eriv.

"Sakit aa"

"Serious la sial" kata Eriv bengang.

Xandra hanya menjadi penonton tanpa bayar. Maklumlah, artis jemputan kan?

"Pastu aku tendang awek kau , bukan kau. Yang kau panas asal?" Soalnya selamba.

"Sebab aku nak balas balik lah!" Jawab Arial bengang.

"Orang kata, lelaki cari gaduh dengan perempuan ni, takde telur namanya. Bawak geng pulak tu" Xandra menyilangkan tangannya ke dada dan menayang wajah sinis.

Segelintir penonton sudah tertawa. Kumpulan Archer sebenarnya tak sangka kali ini ramai penonton mereka. Mungkin kerana mangsa mereka adalah atlet terkenal iaitu Xandra?

Love Cycle. ✔️Where stories live. Discover now