X5

493 94 58
                                    

__________

9.30mlm

Xandra merasakan sesuatu yang berbulu di hidungnya. Mukanya berkerut dan membuka matanya dengan perlahan lahan. Dia melihat samar samar manusia. Terus terbuntang matanya apabila melihat Kylex yang terpacul di hadapan wajahnya .

"fuh! Nasib tak kena serangan jantung!" Xandra menggosok dadanya dan memandang ke arah Kylex. "weh! Kau buat apa kat sini?!" soal Xandra dengan nada yang agak tinggi.

Kylex hanya beriak biasa dan meletakkan bulu burung di tepi yang digunakan menggosok hidung Xandra itu tadi , dari tadi lagi dia bercangkung di sebelah Xandra.

"kau tu...orang gaji tak boleh sesuka hati tido dekat bilik majikan." Kylex bangun dan berdiri di tempatnya dan memandang wajah Xandra yang pucat kepenatan.

Xandra tersengguk-sengguk sahaja ketika Kylex bercakap.

"ouh." Xandra mengangguk angguk kepalanya dan bangun dari tempatnya itu "sorry...letih tho tadi kemas bilik." perlahan sahaja suaranya, inilah Xandra bila sudah penat dan mamai, kelihatan baik disitu.

Xandra kelihatan lemah dan longlai, dia betul betul terasa penat. Dia baru sahaja mahu berjalan keluar tetapi dia hampir terjatuh ke depan. Nasib Kylex sempat menyambut Xandra dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Ringan betul.

Xandra tidak menyedarkan diri, maybe sebab banyak sangat buat kerja tanpa rehat harini.

Kylex mengeluh sedikit dan terus mendukung Xandra dan meletakkannya di atas katil. Mereka bersemuka, jantung Kylex tiba-tiba sahaja berdebar apabila melihat wajah Xandra yang cantik itu. Lama juga dia menatap wajah Xandra itu. Kylex menanggalkan sarung tangan dan glove serta apron yang dipakai oleh Xandra itu.

Tenang sahaja dia menanggalkan sarung tangan itu dan mengambil semua barang mengemas dan bawa keluar. Sebelum keluar, Kylex menutup suis lampu dan pintu dan barulah dia beredar dari situ untuk menyimpan semua barang yang dibawanya. Terpaksa tidur di tempat lain harini.

------------------------------

Keesokannya ,

Xandra terjaga dari lenanya setelah 8 jam menikmati mimpi indah, mentang-mentang tidur di atas katil empuk!

Tetapi bila dia berfikir semula, bilik siapa yang dia tidur ni?

Terbeliak matanya dan memandang sekeliling . "omg-" laju Xandra menyelak selimut dan bangun dari katil itu , dan mengemas sedikit katil tersebut.

Dia terdengar seperti ada manusia di dalam bilik air. Maybe Kylex tengah mandi lah kot. Xandra keluar dari bilik itu dan menuju ke atas untuk ke biliknya sendiri dengan langkah berhati-hati.

"ha! nak pergi mana?!" dengan tiba tiba sahaja si Maxen muncul dari biliknya dan menyergah Xandra. Maxen berdiri dihadapan tangga sambil bercekak pinggang dan mendongak memandang Xandra yang berada di separuh anak tangga itu.

"er- pergi masuk bilik lah." Xandra menunjuk tingkat atas.

"buat apa kat bilik Kylex?" Maxen mengangkat keningnya.

"ha? Bila masa aku pergi bilik Kylex?" Xandra juga mengangkat kening.

"eleh, aku nampak kau baru lepas keluar dari bilik Kylex kan...?" Maxen menunding-nunding jarinya pada Xandra dan tersenyum kerana ingin menyakat.

"Nyeh." Xandra membuat rolling eye. Dengan laju dia naik ke atas dan masuk ke dalam bilik. Dia mengunci pintu.

"Mesti ada something ni." Maxen masih berasa musykil dan masuk ke dalam biliknya semula.

Love Cycle. ✔️Where stories live. Discover now