X19

337 66 116
                                    

{ X A N D R A POV }

di pagi yang indah dan tenang ini, aku bersiap untuk ke sekolah awal. Haa.. Korang mesti tak percaya yang aku tiba-tiba semangat nak ke sekolah awal harini. Bukan nak bangga lah, tapi nak bangga je. HAHAHA. ok bye.

Aku tadi sarapan pun mommy pandang aku semacam. Mungkin sebab dia pun tak percaya yang anak dia ini bangun awal untuk ke sekolah. Tapi aku salah rupanya.

"woi Ryn! Kamu kalau semangat nak ke sekolah sekalipun. Pakai lah baju sekolah! Dengan baju tidurnya. Beg galas. Eh beg galas baru ke tu?" dari bebelan bertukar soalan. Aku pun pandang kebawah. Eh haah lah. Aku dah kenapa bawa beg sekolah tapi pakai baju tidur. Aku terus lari ke atas semula. Aku terpaksa abaikan soalan mommy. Tapi aku bukan anak derhaka. Mesti korang yang tengah baca cakap macam ni 'apa benda xandra ni'.

Aku memang kuat merepek. Maaf kalau tak suka. Tapi belum tentu saya suka anda. Ah tibe.

Aku mandi ya, jangan korang ingat aku tak mandi pulak. Aku dah wangi dah ini. Terus aku lari ke bawah balik. Nak sarapan tapi aku dah sarapan. So, aku pun terus keluar. Yang penting! Aku dari bilik lagi dah pakai kasut roda yang Maxen bagi tu! Ha nampak tak aku punya excited tu? Tak nampak? Memang lah, korang baca je kan? Okay bye.

Aku ketuk kasut itu supaya ia mengeluarkan rodanya. Apa lagi, mari kita meluncur! Tapi aku terhenti bila tiba-tiba ada 4 motosikal berkuasa tinggi parking depan rumah aku. Sejak bila aku order motor eh? Ada 4 pula itu.

"jom" Kylex membuka helmetnya. Aku hanya memandang kosong ke arahnya.

"ha? Apahal kau ni, tak pernah pernah ajak aku pergi sekolah sekali. Tiba tiba je" kata aku. Aku cuba seimbang kan badan. Tak pasal pasal aku jatuh nanti.

"kita kan dah berbaik. Apa salahnya?" soal Andrew. Uuishh, aku tak pandang muka Andrew pun. Aku tertarik dengan motor dia. Lawa siot.

Tapi motor diaorang yang lain ini pun lawa jugak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tapi motor diaorang yang lain ini pun lawa jugak. Cuma aku lebih tertarik dekat motor Andrew lah. Hehe.

"taknak! Kalau mommy pun beria nak hantar aku pun aku taknak. Apa lagi korang? Lagi lah aku tak nak. Nanti tak pasal pasal aku kena ngap! Dengan fans korang yang macam sial tu" ha direct je aku cakap. Ada aku kisah ke bro?

"kau ni jangan degil boleh? Naik lah cepat!" Kata Kylex. Aku terus meluncur laju meninggalkan diaorang. Tak mahu aku naik dengan lelaki yang tidak dikenali. Korang kenal diaorang? Aku tak.

Mereka semua mengeluh dan hanya mengikut aku dari belakang. Diaorang dah macam bodyguard aku je tho! Aku terpaksa bangga untuk kali kedua.

{ x a n d r a'pov end }

Mereka semua tiba di perkarangan sekolah. Nampaknya yang baru sampai di sekolah itu ramai yang sudah ternganga. Ada yang menyuruh mereka untuk mencubit supaya berinya sedar. Pakcik guard sudah menampar pipinya sendiri beberapa kali. Steffie yang mahu membetulkan begnya itu juga terkaku lalu mencampakkan begnya ke tepi. Pakcik kebun yang memangkas pokok supaya terbentuk itu terpotong rambut kawan sekerjanya yang kembang itu. Senang cerita. Semua kat situ dah terkejut melihat Xandra yang datang awal hari ini.

Love Cycle. ✔️Where stories live. Discover now