X28

260 53 109
                                    

Peperiksaan bagi tingkatan lima sudah pun tamat. Semua pelajar bersorak gembira. Terutamanya bagi Fairyna Xandra.

Xandra berlari anak ke arah Andrew. "Jom pergi makan cotton candy?!" Ajaknya teruja.

Andrew sudah tersenyum manis sehingga mencairkan semua gadis di dalam dewan itu. "Jom" tangan kecil Xandra itu dipegang dan mereka berjalan ke arah Kylex.

"Aku nak keluar dengan Xan tau. Pesan dekat Exel jangan tunggu aku kat rumah" pesan Andrew pada Kylex. Kylex hanya tersenyum nipis dan mengangguk.

Mereka berdua berjalan keluar dewan. Sempat Xandra melambai pada Kylex.
Kylex membalas kembali lambaianya itu.

Kylex memandang Exel dan Maxen yang baru muncul di depan matanya.

"Andrew mana?" Soal Exel.

"Keluar dengan xan. Dia kata jangan tunggu dia kat rumah" pesanan Andrew tadi disampaikan pada Exel.

Exel hanya mengangguk. Maxen pula sudah menguap beberapa kali kerana terlalu mengantuk.

"Kau tidur lambat ke semalam, Maxen?" Soal Kylex. Maxen hanya mengangguk.

"Kau buat apa semalam sampai tidur lambat?" Soal Exel pula.

"Push rank dengan Steffie" jawabnya dan tersengih.

"Kau ni ada apa-apa ke dengan steffie? Dari haritu lagi aku tengok korang berdua ni, asyik berkepit je" soal Kylex musykil.

"Mana ada berkepit, dah jom balik. Aku nak tidur" Maxen berjalan keluar dari dewan dan diikuti Kylex dan Exel.

----------

Xandra berskipping dengan gembira bersama Andrew. Tapi Andrew hanya berjalan. Tangan Xandra masih dipegang erat.

Andrew mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya.

"Alan bawak fon ke sekolah ke tadi?" Soal Xandra.

"Haah. Pengawas memang kena bawa, sebab ada benda penting." Jawabnya.

Andrew menekan butang hijau. Dan meletakkan fon nya ditelinga. Tangan Xandra dilepaskan.

"Hello ma, ada apa call?" Soal Andrew pada Mamanya di dalam panggilan.

"Alan dekat mana? Cepat balik rumah sekarang! Mama ada kejutan untuk kamu sayang!" Kata Puan Alyn dengan teruja.

"Tapi ma.. alan-"

"No alan! You have to come here right now! No excuses" kata Puan Alyn tegas.

"Hm, okay ma" Andrew menutup panggilan tersebut dan menyimpan telefonnya semula. Xandra dipandang lama. Wajah serba salah ditayangkan.

"Kenapa ni alan?" Soal Xandra.

"Jom balik." Ajak Andrew lembut. Tangan Xandra digenggam semula.

"Tapi kita tak pergi beli cotton candy lagi" Xandra mencebik.

"Sorry dear, mama suruh alan balik rumah dia. Sorry" Andrew menyelitkan rambut Xandra ke telinga.

Xandra tersenyum kecil. "Its okay, hari lain boleh pergi lagi. Jom lah balik" Xandra menarik tangan Andrew dan menuju ke tempat parkir motor.

Love Cycle. ✔️Where stories live. Discover now