X22

343 60 209
                                    

"aku..hm.. Aku dah lama suka kau. Aku memang dah lama nak bagitahu. Tapi aku takut kau tak terima then aku takut kalau kau jadi tak selesa dengan aku."

"ha?! Kau tahu tak? Aku pun dah lama suka kau. Aku ingat aku bertepuk sebelah tangan. Tak kisahlah. Aku terima kau jadi boyfriend aku."

"kau terima lah ni?"

Xandra mengangguk.

Kejadian semalam masih lagi terngiang ngiang di dalam kepala Xandra. Dia tersenyum malu sambil merenung gambar dia bersama boyfriend barunya yang diselfie semalam. Tak sangka semudah itu sahaja dan semuanya berlaku dengan cepat. Sejujurnya Xandra memang ada menyimpan perasaan terhadap jejaka itu. Dia takut nak luahkannya. Kerana dia bukannya seorang yang gentle macam stella. Eh, stella mana pula ni? Tibe.

Dia sendiri masih terkaku dengan apa yang jadi semalam. Dia tidak menduga pun bahawa jejaka itu berani meluahkan perasaannya terhadap Xandra.

Siapa jejaka itu? Adakah jejaka yang Xandra selalu lambai? Siapa? Exel? Atau jejaka yang selalu bergurau dan bergaduh mulut dengannya? Maxen ke? Entah-entah Kylex! Jejaka yang selalu menjadi hero dalam diam? Eh ye ke?

*ting!*

Xandra menekan notifikasi WhatsApp yang tertera. Dia terus tersenyum melihat gerangan yang menge chat nya.

My sweet Alan 💘

Hai, are u busy right now?

Nope!

Nice! Jom meet, nak bawa jumpa mama.

Xandra terdiam. Dan membalas.

Are you kidding?

i'm not kidding you cutie 💕

Xandra tersengih malu. Pipinya membahang.

Hm, xan tak ready lagi laa

Sejak bila? Alan cabar xan untuk pergi jugak! Kata pantang di cabar?

"ish! Tak guna! Dia cabar aku!" katanya sebelum menaip.

K fine! Xan gi siap jap! Bye 💗

Xandra terus menutup fonnya dan meletakkannya ke tepi. Dia terus segera bersiap.

----------------------

Andrew menatap telefonnya dengan tatapan yang gembira. Jarang dia memegang telefon dan ianya mendatangkan kehairanan bagi Maxen di depannya.

"kau senyum-senyum pahal? Sejak bila kau main benda alah tu? Baca apa sampai senyum macam tu?" soal Maxen bertubi-tubi.

"baca wattpad" jawab Andrew selamba.

"benda apa tu?" soal Maxen lagi.

"buku online, kau kan budak game? Apa kau tahu? Tahu sibuk je" sindir Andrew selamba dan bangun pergi naik ke bilik.

Love Cycle. ✔️Where stories live. Discover now