Bab 1

218 10 0
                                    

"Not so fast, Hannah Dania."

Sekali lagi tangan Dania disambar dari belakang sebelum belakang tubuhnya dihempas ke dinding koridor. "Ouch!!!" Mata dipejamkan rapat. Terasa sakit sangat belakang badannya sekarang. Kuat nak mati mamat ni hempas aku. Wait! He knows my name??! Perlahan-lahan matanya dibuka sebelum jatuh pada wajah salah seorang daripada kawan Naz tadi.

"Remember me?" Bibir perlahan-lahan mengukir senyum sinis. Kedua-dua belah tangannya memegang kemas bahu Dania.

Huh? Siapakah??? Mata Dania kini menyapu seluruh wajah lelaki di hadapannya dengan dahi berkerut. Kotak ingatan dikorek sedalam-dalamnya. Terus berubah riak mukanya apabila otak mula mengecam lelaki di hadapannya. Bibir bawah digigit kuat tanpa sedar.

"I guess you remember." Senyuman sinis masih tak padam. Lepas hampir lima tahun, kat sini aku jumpa kau.

"Kau nak apa, Chad?" Datar Dania bertanya. Chad. Irsyad. Nama yang dia tak nak ingat langsung dalam kepala otaknya. Mimpi ngeri yang tak tahu nak diletakkan taraf apa.

Bibir masih mengukir senyum sinis. "Revenge. By embarrassing you in front of people like you did back then." Perlahan Chad membisikkan betul-betul di tepi telinga kanan Dania. Wajahnya makin mendekat.

Bila perasan yang wajah Chad makin mendekat, kuat kedua-dua belah tangan Dania menolak kasar bahu Chad sebaik sahaja botol air di tangan kanannya dilepaskan ke lantai. Tanpa dapat ditahan, tangan kanannya melayang laju ke pipi kiri Chad. Kurang ajar!

"Berani kau lempang aku??!" Kuat suara Chad memecah sunyi ruang koridor. Tangan kanannya dah naik untuk membalas hadiah tamparan yang dia dapat tadi tapi ditahan kuat oleh seseorang dari sebelah kanannya.

"Apa main naik-naik tangan dekat perempuan ni, bro?" Tenang suara lelaki berjersi hitam-merah itu mencecah telinga. Tangan kanannya masih lagi memegang kuat tangan lelaki yang cuba menampar perempuan di hadapannya.

Berpaling maut Chad memandang lelaki yang menahan tangannya. "Aku tak kacau hal kau. Kau tak payah sibuk nak kacau hal aku." Tangan kanannya cuba dilepaskan tapi tak berjaya.

Bibir lelaki itu menarik senyum nipis. "Manners maketh man." Tangannya kini memulas tangan Chad sampai seriau lelaki itu menahan sakit. Terus dilepaskan tangan yang dipulasnya tadi sebelum tubuh lelaki itu ditolak kasar jauh daripadanya.

Laju penumbuk Chad melayang di udara sebelum mendarat di pipi lelaki bajet hero tadi tanpa sebarang amaran. Padan muka! Siapa suruh kacau hal aku.

Terjerit Dania dibuatnya. Tangan kanannya automatik naik menutup mulut. Karang dia masuk campur lagi makin haru. Perempuan...

Berdesing telinganya dek tumbukan padu lelaki jahanam tadi. Bibir rasa macam dah pecah je. Belakang tangan kanan dibawa mengesat bibir. Matanya jatuh pada kesan darah pada belakang tangannya. Tergelak kecil dia. Bloody hell! Aku tak naik tangan pun, dia dah naik tangan dulu. Time to apply Hammurabi code then. Eye for an eye. Fist for a fist! Tangan kanannya turut melayang sebelum tumbukannya mendarat tepat di pipi kiri Chad. Terus Chad jatuh terduduk di lantai. Silap la bro cari pasal dengan tennis player yang kekuatan otot tangan memang kena padu!

Laju Chad bangun untuk berbalas tumbukan dengan lelaki tadi. Naz dan kawannya yang lagi seorang dah bersedia untuk menyerang lelaki berjersi hitam-merah yang sedang berbalas tumbukan dengan Chad. Tak sempat Naz nak lakukan serang hendap dari belakang, seorang lagi lelaki berbaju jersi yang sama yang datang entah dari mana menjulurkan sedikit kaki kanannya sampai tersadung Naz dibuatnya. Tak perasan ada kaki yang dah bersedia nak membuat tahi dengannya.

Belakang badan masih lepak bersandar pada dinding koridor. Dari tadi dia menjadi pemerhati setia pementasan teater 'Selamatkan Aku' di hadapannya. "Ooops. Sorry. Tak perasan ada manusia nak lalu." Sarkastik dia bersuara. Muka tak bersalah ditayangkan.

Fight N Fly (Terbitan FP Dis 2020)Where stories live. Discover now