Bab 10

35 6 0
                                    

Pandangan ditebar ke luar jendela yang dibasahi air hujan. Di luar, langit masih lagi mendung dan menangis. 

The sky is crying too... for you. 

Fikirannya menerawang ke perbualannya dengan pakar perubatan tadi...


"Belajar lagi?" Doktor Aiman bertanya sambil memeriksa kekuatan tangannya. Kedua-dua belah tangan Dania yang dah dibengkokkan siku ditarik ke arahnya. Sebelum ditolak ke arah Dania.

"Ya." Bibir diketap kuat untuk cuba menahan tolakan tangannya.

Weak. "Study apa? Dekat mana?"

"Farmasi. USM."

"Laaa ya ke... so awak faham je la kalau saya guna jargon medical ni?" Ketawa kecil. Muda lagi pesakit ni... Kesian... "Berapa tahun lagi tinggal?"

Bibir menarik sengih. "Sikit-sikit boleh la. Setahun."

"Nak habis dah la..." Susah juga kalau lama lagi belajar. "Raise up both of your fisted hands and cock your wrist backward," arahnya lagi sambil menunjukkan demonstrasi. "Resist." Tangan Dania ditarik ke arahnya setelah mengikut arahannya.

Dania menganggukkan kepala perlahan-lahan sambil menahan tarikan tangannya. In sha Allah kalau tak sangkut.

Pemeriksaan diteruskan dengan pantas dan ringkas. Takde masa pun nak buat full upper and lower limb neurological examination. Lagipun, houseman dah buat pagi tadi sebelum ward round. Double check je sebab kadang-kadang bukannya betul pun budak-budak ni punya presentation.

"Okay, we are done. Parents awak mana?" Selalu mak dia ada je pagi-pagi ni.

"Kerja." Bibir mengukir senyum tawar. Ummi dah cuti dua hari sebab nak jaga dia. Hari ni tak boleh cuti sebab bos besar panggil meeting. Abah pun sama.

"Okey... Sebenarnya kami dah ada final diagnosis awak. Jadi awak nak tunggu parents awak datang baru kami beritahu atau awak nak tahu sekarang?" Tenang Doktor Aiman bertanya. Memanglah umur dah legal tapi kalau keputusan yang pesakit ni buat sentiasa bergantung kepada ibu bapa dia, kena la ambil kira pihak mereka juga dalam hal disclosure ni.

Air liur ditelan terasa berpasir habis. It's about the time, Dania. "Sekarang..." Lama Dania senyap sebelum menjawab perlahan. Dia tak tahu macam mana nak kawal emosinya bila dapat tahu depan Abah dan Ummi kalau tunggu.

Nafas ditarik dalam. It has never been easy to disclose a serious diagnosis to a patient. "Saya harap awak dapat bersabar. I'm sorry to tell you that it is Multiple Sclerosis. To diagnose Multiple Sclerosis, we use the criteria known as McDonald criteria. Dari segi clinical presentation dan keputusan ujian MRI brain and spinal cord yang kami buat, memang awak ada kriteria-kriteria tersebut."

PAP!!! Dunia terasa gelap tiba-tiba. Muka Dania kosong tak membayangkan apa-apa. Lidahnya bertambah kelu untuk memberikan respons. Bibir diketap kuat. Telinga sendiri rasa macam boleh dengar degupan jantungnya yang kuat... 

So this is how it feels when a doctor drops a diagnosis bomb on a patient.


Perlahan-lahan air mata menuruni pipi tanpa dapat ditahan buat kesekian kali. Esakan kecil mula kedengaran sebelum bertambah kuat. Dia ingatkan, dia dah bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapi semua ini. Tapi tak. Kalau dulu, hanya anggapan semata-mata. Kali ini, memang betul-betul disahkan oleh pakar perubatan sendiri.

Doktor Aiman terangkan tadi yang sebenarnya penyakit ini dah lama menyerangnya berdasarkan riwayat penyakit yang dia berikan. Kalau ikutkan, kali pertama penyakit Multiple Sclerosis ini mula menyerang adalah tujuh bulan lepas sewaktu game NPSC di UKM dulu. Sepanjang tempoh itu, semua gejala yang dihadapinya seperti masalah mata, gangguan emosi, pitam tiba-tiba, sakit kepala, tangan tiba-tiba kebas dan rasa seperti dicucuk dengan pin, terbakar dan entah apa lagi sensasi pelik-pelik yang dirasainya adalah disebabkan penyakit ini. Dan kali ini, memang paling teruk bila penyakit saraf ini mula menyerang dengan lebih dahsyat yang menyebabkan tangan kakinya semua lemah dan pertuturannya tidak jelas seakan-akan pesakit strok. Banyak yang pakar perubatan itu terangkan kepada dia tentang Multiple Sclerosis ni tadi walaupun dia tahu serba sedikit tentang penyakit ini sewaktu belajar dulu.

Matanya jatuh pada sejambak bunga yang dah elok diletakkan ke dalam pasu kecil yang Ummi bawa dari rumah. Terus ingatannya melayang kepada tuan pengirim bunga itu. Lepas Haraz datang, dia ada menghantar mesej kepada Dzariff untuk meminta maaf dan mengirimkan terima kasih untuk bunga itu sekali dengan gambar bunga yang diambil.

Dzariff kata takpe kalau dia tak balas dan tak angkat telefon sebab betul, dia perlukan rehat yang banyak. Dia sendiri tak tahu yang Haraz betul-betul tunaikan permintaan dia untuk rahsiakan semua yang Haraz nampak, dengar dan tahu tentang penyakitnya daripada Dzariff atau tidak.

Tiba-tiba perbualan antara dia, Zeey dan Taqi dulu terlintas di fikiran...

"If you guys happened to be in that situation, would you proceed with your relationship? Walaupun that guy adalah sebaik-sebaik lelaki yang redha dengan the fate of your disease?" Serius muka Taqi memandang Zeey dan Dania bersilih ganti.

"Aku... tak tahu." Zeey mengangkat bendera 'pass'. Mungkin dia akan buat perkara yang sama macam arwah Kak Nina atau mungkin tidak.

"I mean no offense but...." Nafas ditarik dalam sebelum kepala digelengkan perlahan. "I will never drag someone dear to me to suffer with me so before things become complicated and messy, I will ditch him." Serius Dania menjawab soalan cepumas Taqi.

Air matanya gugur lagi. It's about the time to reconsider your relationship with him. It's about the time to walk the talk of what you have said before. There is no cure for this disease, and it will stay with you till your last breath, Dania. Dzariff is a great guy who doesn't deserve to suffer with you, despite your feelings for him has already started to become a mess, entangled and complicated. Dan kalau tak disalah tafsir, Dzariff pun begitu walaupun tak pernah diluahkan melalui kata-kata. All those sweet little gestures tell a lot.

Jujurnya, dia baru rasa gembira sangat sebab dia dah jumpa the possible chosen one dalam hidup dia. Tapi bila benda macam ni jadi... Mungkin dia patut lepaskan dan putuskan apa sahaja hubungannya dengan Dzariff. Without him knowing the real reason. Before things get really mess. It may hurt a little but that is for the best, perhaps.

Fight N Fly (Terbitan FP Dis 2020)Where stories live. Discover now