Bab 19

43 4 0
                                    

Bingkai gambar yang diletakkan di atas meja belajar diambilnya. Bibir mengukir senyum segaris melihat gambar di tangan. Zaman muda-muda dulu. Abang pun ada lagi.

Pintu biliknya diketuk perlahan dari luar tiba-tiba.

"Masuk je. Tak kunci." Suaranya ditinggikan sedikit. Tubuh dipusingkan ke belakang selepas mendengar bunyi pintu bilik dikuak.

"Buat apa tu?" Kaki melangkah masuk ke dalam bilik sebelum punggung dilabuhkan di atas birai katil menghadap anaknya yang masih berdiri di hadapan meja belajar.

Kepala digelengkan perlahan. "Takde apa. Tengok gambar dekat atas meja ni." Bingkai gambar ditunjukkan kepada si ibu.

"Meh sini." Tangan kanan dihulurkan untuk meminta bingkai gambar tersebut.

Terus kakinya melangkah menghampiri ibunya sebelum bingkai gambar bertukar tangan. Punggung turut dilabuhkan di sebelah ibunya.

Bibir turut sama menguntum senyuman memandang gambar di tangannya. "Cepat je masa berlalu."

Kepala dianggukkan tanda setuju. Mata menyapu segenap inci ruang biliknya. "Tapi kenapa bilik orang tak berubah pun??? Lima tahun lebih kut tak balik. Renovate la kasi cantik sikit macam bilik Maya." Muncung ditarik sedepa memandang ibunya.

Pecah tawa Puan Hazirah sambil tangannya menarik bibir anaknya yang dah dimuncungkan itu. "Tunggu architect-in-the house balik la baru ubah-suai. Nanti banyak bising. Itu tak kena. Ini tak kena." Balasnya sebelum melepaskan bibir anaknya.

Hana turut sama ketawa. Tangannya dipanjangkan untuk memeluk ibunya dari sisi. Mata dipejamkan kejap. "Sorry lama tak balik rumah," ucapnya perlahan. Betul la lama dia merantau di negara orang. Lepas habis degree Part I (B. Sc. Arch) selama tiga tahun, terus sambung Part II (M. Arch) lagi dua tahun. Dalam tempoh itu, bukan dia tak nak balik tapi kalau boleh dia tak nak susahkan Mama sebab dia tahu Mama takkan guna duit lelaki yang bergelar 'Papa'nya.

Puan Hazirah senyum je memandang Hana. Tangan kanan dibawa memegang tangan anaknya yang melingkari bahunya. "Takpe. Dah balik kan ni?"

"Mesti Mama bosan kan hadap muka Maya hari-hari?" Pelukan diketatkan sedikit. Feeling home...

Puan Hazirah ketawa sambil menggeleng. "Tak juga sebab Mama ada lagi seorang anak lelaki."

Mata dibuka laju dengan muka berkerut. Pelukan dileraian. Mata dikecilkan untuk memandang si ibu. "Anak rahsia mana pula ni?" Gaya skeptik habis Hana menyoal.

Bingkai gambar di tangan diletakkan di atas riba anaknya. "Haraz." Jawab Puan Hazirah sebelum ketawa. Kawan arwah Haziq yang selalu menjenguknya bila ada kesempatan.

Pecah lagi tawa Hana. Ingatkan anak lelaki mana... Bingkai gambar di atas ribanya dicapai kembali. Gambar dia, arwah abang dan Haraz. "Dia selalu datang rumah ke?"

Angguk. "Selalu juga. Kadang-kadang datang dengan Aunty Lynn. Kadang-kadang datang seorang."

"Oooo. Dia sihat ke?" Lama tak contact abang yang seorang tu. Sejak arwah abang pergi, itu je la abang yang dia ada.

"Hmmm... Last jumpa waktu kenduri kahwin dia. Sihat la tu kut."

Berpaling maut Hana memandang ibunya. Riak muka terkejut habis. "EH??? Bila pula dia kahwin??!" Suara Hana tak sempat nak dikawal.

Wajah anaknya dipandang dengan senyum mengusik. "Kenapa? Kecewa ke?" Soal Puan Hazirah dengan kening dimain-mainkan.

"Agak la," jawab Hana selamba sebelum serentak pecah tawa mereka berdua. Kahwin dah Haraz? Tapi tak acinya tak bagitahu langsung. Siap la aku kenakan dia nanti. Bibir mengukir senyum keji. "Nombor telefon dia masih sama, kan?" 

Fight N Fly (Terbitan FP Dis 2020)Where stories live. Discover now