Bab 9

36 5 0
                                    

Kaki yang dari tadi tak berhenti berlari kini menuju ke gelanggang pasukan mereka untuk pertahanan apabila bola dapat dirampas oleh pasukan lawan. Tiba-tiba kedua-dua kakinya terasa dihimpap dengan muatan satu tan, memberat sebelum bertambah berat dan terus hilang kekuatan untuk terus berlari. Kaki dan tangannya turut terasa dicucuk dengan 1000 pin dan rasa pedih yang amat. Tubuhnya yang terdorong ke hadapan semasa berlari tadi kini terjatuh ke lantai gelanggang dengan muka mencium lantai.

"Whoa!!!" Bergema gelanggang bola keranjang itu dengan respons daripada mereka yang memerhatikan permainan dari tepi gelanggang.

Dzariff terus berdiri dek terkejut dengan apa yang terjadi. Haraz di sebelah memang dah nak terkeluar biji mata memandang Dania yang jatuh tersembam di lantai tanpa sebab. Tak terlanggar apa-apa pun tadi. Terseliuh pun tak rasanya tadi.

"Hannah!" Suara cuak Sha jelas kedengaran di telinga Dania.

Mata Dania yang refleks terpejam rapat tadi dibuka kembali. Tangan kanannya yang masih terasa dicucuk pin dan pedih cuba ditongkatkan ke lantai untuk mengangkat tubuhnya dari lantai. Apabila tak dapat, kedua-dua belah tangannya cuba ditongkat untuk menarik tubuhnya untuk duduk. Tapi... tak boleh? Allah!

"Kau okey tak, weh?" Sha yang berlari mendapatkan Dania dah duduk melutut di sebelah Dania. Tangan memegang kemas bahu Dania untuk membantu temannya itu bangun.

Susah payah Sha mengangkat badan Dania untuk bangun duduk di lantai. Kaki pun memang terasa kebas dengan rasa sakit yang sama. Tapi digagahkan juga agar kakinya bergerak untuk bangun dari situ. Erk! Jantung bermain aci kejar tak cukup tanah. Badan dah mula berpeluh sejuk. No. No. No. What is happening??? Kedua-dua belah kakinya memang membatu habis tak boleh bergerak langsung.

Mata Sha mula memandang tajam Dania yang lemah selemah-lemahnya di pegangannya. "Kau okey tak ni???" Suara Sha makin berbunga cuak. Kenapa ni???

Nafas ditarik dalam. Cuba mengawal kesakitan yang dirasai. Tolonglah... Kaki cuba digerakkan lagi sambil cuba untuk bangun dengan sedaya upaya. Tapi masih tidak berjaya. "Saa... akk... bo ae... ge ak... ka..ii." Lidah Dania terasa berbelit seribu untuk berkata 'Sha, tak boleh gerak kaki'. Darah berderau turun daripada muka. Pucat tak berdarah. "Ee...na...aa?" Kenapa? Allah! Ujian apa ni???

Muka Sha turut sama berubah mendengar ayat Dania yang tak jelas langsung dan terputus-putus. Slurred speech??? "Ya Allah! Kau jangan takutkan aku Hannah. Smash muka dengan bola karang." Suara dah bergetar habis. Kedua-dua belah tangannya memaut kemas pinggang Dania sebelum perlahan-lahan tubuhnya berdiri bersama-sama Dania. Tak sempat Dania nak tegakkan kaki, tubuhnya jatuh kembali ke lantai. Terbaring. Sha turut sama terdorong ke bawah sebelum jatuh terduduk. "This is definitely not a good sign," bisiknya di bawah sedar. Kepala Dania diangkat dan diletakkan di ribanya. Bibir bawah digigit kuat. Berfikir.

"Kenapa ni?" Wei Qian yang baru mendapatkan Dania dan Sha, memandang mereka bersilih ganti. Permainan masih diteruskan di tengah gelanggang.

Kepala digelengkan laju. "Something is definitely wrong." Dzariff yang dari tadi teragak-agak untuk mendapatkan Dania di sana dah mula berlari ke gelanggang.

Haraz turut sama mengekor di belakang Dzariff. Absolutely. Something is definitely wrong.

Mulut Sha baru dibuka untuk menjawab soalan Wei Qian sebelum ditutup kembali. Dia pun tak tahu kenapa dengan Dania. Mukanya berpaling pula kepada Dzariff dan Haraz yang dah berlari mendapatkan mereka sebelum melutut di sekeliling dia dan Dania. "Qian, she can't play anymore. Gantikan tempat I sekali. I'll be with her." Sha memberikan kata putus setelah matanya kembali kepada Wei Qian.

Kepala dianggukkan faham. "Take a good care of her. Anything, roger." Wei Qian siap buat isyarat tangan sebelum dia berlari mendapatkan perhatian referee.

Kedua-dua belah tangan di sisi digenggam kuat. Takut entah melayang ke mana-mana je tangan ni nanti. Dania yang jatuh terbaring di hadapannya dipandang macam nak tembus. "Are you okay???" Riak wajah risau jelas kelihatan di sebalik muka berkerut Dzariff.

Kuat Dania mengetap bibir untuk menahan mulutnya daripada bersuara. Not with this slurred speech. Kepala digelengkan perlahan.

"She can't walk. Kena rush pergi ED ni. Takut bukan setakat sprained ankle biasa je." Laju Sha mencelah untuk menjawab soalan Dzariff dengan jawapan yang langsung tak tally dengan apa yang difikirkannya. Definitely not sprained ankle. Kemungkinan, bukan masalah sendi tulang pun sebab slurred speech yang dia dengar tadi. Dia kenal riak muka Dania tu. Dia tak nak sesiapa pun tahu apa yang jadi dekat dia sekarang.

Terus Dzariff memusingkan badan untuk membelakangkan Dania dengan kaki kanan tegak berlipat dan kaki kiri melutut di lantai. Sha di belakangnya dipandang sekilas. "Put her on my back."

Bulat mata Sha memandang Dzariff sebelum singgah pada Dania yang masih dengan riak muka yang dia tak pernah nampak selama ni. Macam mana ni? Kelam.

Nafas dihela kasar. "Come on, Sha. I won't do this if you can carry her to the car." Nada suara Dzariff memang tak menyempat. Golden hour.

"Aaaa..." Sha yang baru nak menjawab tak jadi apabila ekor matanya menangkap pergerakan Haraz yang dah mula mengangkat Dania sebelum diletakkan di belakang bahu Dzariff tanpa sebarang bicara.

Nafas dihela panjang sebelum kedua-dua belah tangan Dania dilingkarkan ke leher Dzariff. "Tunggu dekat jalan depan ni. Aku pergi ambil kereta." Buat pertama kali Haraz bersuara sebelum kakinya laju berlari meninggalkan mereka.

"Okey." Tangannya dah mula memaut belakang kaki Dania sebelum perlahan-lahan tubuhnya berdiri tegak.

Tubuh Dania dah terasa lemah sangat untuk membantah. Kaki memang lemah tahap tak boleh nak tegakkan kaki pun. Tangan masih boleh gerak tapi nak tongkat untuk bangun pun tak boleh. Waktu ni memang rasa nak pitam je. Kepala berdenyut sakit. Hati dah berzikir tak henti dari tadi. Ya Allah, jauhilah aku daripada musibah.

Fight N Fly (Terbitan FP Dis 2020)Where stories live. Discover now