Tangan kanan dibawa ke dahi untuk menutup cahaya matahari yang memancar di atas kepala. Panas matahari dekat pukul 11 pagi ni tak best okey. Keluhan kecil terkeluar dari bibirnya. "Tadi elok je redup...." Mulut dah mula mengomel.
Muka diangkat sedikit untuk memandang lelaki yang berjalan seiringan dengannya. Bibir mengukir sengih keji tiba-tiba. "Panas?" Kening terangkat sebelah.
Pandangannya singgah di wajah orang yang menyoalnya dengan soalan dah-tahu-buat-buat-tak-tahu. Bibir menarik sengih tak ikhlas. "Sejuk. Dingin. Terasa seperti berada di London." Sarkastik dia menjawab.
Pecah tawa Hana tanpa dapat ditahan dengan jawapan sarkastikus Haraz. "Good." Tangannya sibuk mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandang kecilnya. "Because I have this." Sambungnya lagi sebelum topi Hard Rock Café berwarna coklat yang dikeluarkannya tadi disarungkan ke kepala. Bibir mengukir senyum keji penuh makna sambil memainkan keningnya.
Dahi berkerut memandang Hana yang dah tayang muka keji. "Kenapa dia bawa topi tak cakap???" Haraz bertanya tak puas hati. Kalau tahu, memang terus dirembat topinya yang elok tersimpan di dalam laci dashboard kereta.
"Sebab orang terasa berada di Malaysia. Panas. Lit-lit." Jawapan sarkastik Haraz tadi diubah suai oleh Hana tapi masih menggunakan nada yang sama. "Dah biasa sejuk, kan." Angkat kening double jerk.
Mata Haraz dikecilkan memandang Hana di sebelah sebelum tangan kanannya tiba-tiba dipanjangkan untuk menanggalkan topi yang elok tersarung di kepala Hana. Tanpa sebarang amaran.
Laju Hana melarikan kepalanya jauh daripada capaian tangan Haraz. "Ahah!!! Not so fast, Abang." Tubuhnya turut dilarikan jauh daripada Haraz. Kedua-dua belah tangan dibawa memegang topi di kepala. Menjaga daripada dirampas. Lidah dijelir keluar, mengejek Haraz.
Ouh. Nak mainkan aku ya, budak? "EEEEE!!!" Mata Haraz tiba-tiba dibesarkan gaya terkejut. "Hana, ada lebah atas kepala!!!" Nada suara cuak habis.
Mata dipejamkan rapat. "Aaaah!!!" Kedua-dua belah tangan cepat-cepat dibawa ke sisi. Kaki Hana terpaku di situ. Freeze. Takut kena kejar kalau lari tiba-tiba. Flora Festival. Logik je kalau ada lebah bertandang sekali cari bunga untuk makan.
Laju tangan kanan Haraz dipanjangkan untuk merampas topi daripada Hana dengan mudah. "Lawak je." Selamba. Topi dilonggarkan sedikit sebelum disarungkan ke kepalanya dengan bibir mengukir sengih keji.
Mata terus dibuka laju dan disapa dengan topinya yang dah elok tersarung di atas kepala Haraz. "Abang!!!" Suara Hana dah naik memetir. Geram. Tubuhnya terus merapati Haraz sebelum kaki dijengketkan untuk merampas kembali topinya.
Haraz hanya ketawa sambil menanggalkan topi tadi dan diangkat tinggi dengan tangan kirinya. Menjauhkannya sejauh yang mungkin daripada capaian tangan Hana. "Cubalah ambil." Kening dimain-mainkan untuk mencabar.
Terlompat-lompat Hana untuk mencapai topi yang diangkat tinggi oleh Haraz. "Bagi la balik topi oraaaang." Meleret suaranya merungut tak puas hati.
Makin galak Haraz ketawa sambil membuang pandang ke hadapan untuk mencari Mama. Tawanya mati tiba-tiba apabila bukan Mama yang menyapa pandangannya. Tangan kiri yang memegang topi tadi kaku di udara.
Terus Hana melompat sekali dan berjaya merampas topinya kembali. Topi diketatkan semula sebelum disarungkan ke kepala. Mukanya diangkat memandang Haraz yang tiba-tiba kaku. Senyap memandang ke hadapan. Tubuhnya turut dipusingkan ke hadapan untuk melihat kenapa.
***
"A sunflower that smiles up at the sun every day eventually turns into a little sun"
Bibir berbunga senyuman terlebih baja. Bersinar mata melihat bunga matahari yang besar di dalam pasu bunga. Sunflower! Entah kenapa dia suka betul dengan bunga itu. Walaupun bunganya takde la cantik sangat tapi entah. Dia suka. Sebab nama sunflower tu macam ceria comel gitu kut.
Muka diangkat daripada menghadap bunga itu sebelum tubuh dipusingkan ke kanan untuk memanggil tauke kedai yang elok berdiri di hujung kiri kedai. Nak cari tauke kedai tapi orang lain yang menyapa pandangannya. Kejung terasa mukanya yang berbunga senyuman tadi.
Mata tak lepas memandang sepasang merpati dua sejoli yang turut sama singgah mencari pokok untuk dibuat sarang di festival pokok bunga di Putrajaya ini. Yang si lelaki sedang sibuk cuba merampas topi daripada kepala si perempuan sebelum berjaya dilakukan selepas menggunakan taktik kejinya.
Matanya kini singgah memerhatikan perempuan berselendang hitam yang dilepaskan ke belakang gaya kibaran bendera, sedang merungut sebab kena buli. Hana Lee. Nama pun memang menggambarkan orangnya. Memang muka Cina habis. Lenglui manyak lawa maaa. Telinga cekap menangkap isi perbualan mereka. Abang... Ketawa kecil dibuatnya. Aku pun tak panggil Haraz dengan panggilan Abang.
Makin berubah muka Dania apabila Haraz mengusik Hana dengan mengangkat tinggi topi di tangan. Menghalang perempuan itu daripada mencapai topi di tangan. Terlompat-lompat Hana di hadapan Haraz untuk mencapai topi itu. Mak aih! Dekatnya...
Haraz yang sakan ketawa tiba-tiba mengalihkan pandangan ke arah Dania. Pandangan mereka terus bertemu dan tawa Haraz serta merta mati.
Air liur ditelan payah. Riak muka Dania yang tak tahu nak ditafsirkan macam mana bila tengok Haraz dan Hana tadi cuba dipadamkan.
Lama mereka senyap berdiri kaku di situ sebelum Haraz mula membuka langkah perlahan ke arah Dania.
Sesuatu terlintas di fikiran Dania. Telefon bimbit di tangan cepat-cepat dibuka untuk mendail nombor telefon Haraz. Muka dipalingkan ke kiri mencari Abah dan Ummi yang tadi tengah sibuk mencari pokok di kedai sebelahnya.
Kalut Haraz mengeluarkan telefon bimbitnya yang berbunyi dari dalam saku seluar. Muka berkerut melihat nama si pemanggil sebelum pandangannya singgah kepada Dania semula. Butang terima panggilan ditekan sambil kakinya melangkah perlahan mendekati Dania dalam jarak lima meter di hadapannya.
Muka cuak habis memandang sekilas ibu bapanya yang kini berjalan menghampirinya sebelum pandangan dialihkan memandang Haraz. "Stay there!" Laju Dania bersuara sebaik sahaja panggilan bersambut. Jantung dah main aci kejar. Gaya macam on the verge of kantoi meniru dalam exam.
Automatik langkah Haraz terhenti. Mulut baru nak dibuka untuk bertanya sebelum Dania laju menyambung bicara.
"Abah dan Ummi ada dekat sini. Bagi aku tiga minit untuk bawa dia orang pergi lorong kedai sebelah sana." Tak cukup nafas Dania menuturkan rendah sambil kakinya berjalan laju mendapatkan Encik Nadzim dan Puan Nasuha. Panggilan terus dimatikan tanpa sempat mendengar reaksi Haraz. Selamatkan Haraz, selamatkan diri sendiri juga daripada disoal dengan Abah dan Ummi. Takkan nak jawab Haraz tengah keluar date dengan girlfriend dia pula...
"Aaa...." Kata-kata Haraz yang tersangkut, tak tahu nak cakap apa mati terus apabila panggilan dimatikan laju. Muka kosong memandang ke hadapan.
Bibir Dania berhias senyuman plastik habis sambil kedua-dua belah tangannya memaut mesra lengan Encik Nadzim dan Puan Nasuha. "Jom kita tengok belah sana pula. Macam best lagi je." Ajaknya dengan suara terlebih ceria sambil kaki terus melangkah merentasi khemah kedai pokok tadi untuk ke laluan sebelah sana. Mengheret ibu bapanya sekali.
Haraz yang masih senyap memandang kosong ke hadapan perlahan-lahan dihampirinya. "Tadi tu..." Soalan Hana tak sempat dihabiskan apabila Haraz lagi laju menjawab.
"Dania."
YOU ARE READING
Fight N Fly (Terbitan FP Dis 2020)
RomanceRespons 'Fight or Flight' memberi kuasa kepada seseorang untuk membuat pilihan, sama ada hendak berlawan atau melarikan diri dalam situasi genting. Perkara yang sama diaplikasikan dalam kehidupan seorang Hannah Dania yang suatu ketika dahulu bahagia...