Bab 6

42 7 0
                                    

Lampu bilik dah lama dimatikan. Bilik itu kini hanya bertemankan cahaya daripada skrin komputer riba. Tiga pasang mata kini tertumpu pada skrin komputer riba yang sedang menayangkan drama dari lepas solat Maghrib tadi. Dua buah katil single dah dirapatkan untuk memuatkan tiga orang manusia membusuk di atas katil.

Duduk sila di atas katil dibetulkan. Mata terasa panas. Air mata memang dah buat empangan. Tunggu masa je nak pecah, melimpah buat kesekian kalinya. Hidung dah terasa berair balik. "Pass kotak tisu aku." Tangan kanan dihulurkan kepada Zeey di sebelah.

Berkerut dahi Zeey melihat teman sebiliknya yang hati keras macam diamond tiba-tiba tangkap leleh. Tangannya dipanjangkan juga untuk mencapai kotak tisu di atas meja belajar Dania. "Kau dah kenapa?" Kotak tisu berubah tangan.

"Sedih la gilo." Taqi dengan baik hatinya menjawab bagi pihak Dania yang sedang sibuk mengesat air mata. Pipinya pun dah banjir macam Dania.

Zeey menjulingkan mata ke atas. Dramatically emotional budak-budak ni... "Gaya macam first time je korang tengok cerita ni." Muka bosannya dikirimkan kepada Dania dan Taqi yang tengah tangkap leleh di hadapan skrin komputer ribanya. Tadi, dia yang tiba-tiba teringin nak marathon drama tangkap leleh zaman Tuk Kaduk ni. Lepas tu, Dania dan Taqi datang menyemak, sakat dia angin tak betul sebab tengok 1 Litre of Tears. Sekali...

Nafas ditarik dalam. Hidung yang tersumbat dihembuskan ke tisu. "Who the hell is cutting the damn onion nihh???" Suara Dania yang sedikit sengau sebab hidung tersumbat memecah sunyi bilik. Menangis beria sangat.

Pecah ketawa Zeey dan Taqi mendengar lawak Dania dengan suara sengaunya.

"Hannah, sejak bila kau kena jangkit penyakit perempuan berhati tisu dengan Taqi ni???" Tangan kiri Zeey dipanjangkan untuk menepuk bahu Dania. Bibirnya dijuihkan kepada Taqi yang dah terbaring meniarap di sebelah Dania. "Lately ni kau asyik emo je..."

Bahu diangkat tanda tak tahu. "Sebab aku dah lama tak tengok cerita ni kut." Dania pun tak tahu kenapa beberapa bulan kebelakangan ni dia cepat sangat rasa sedih tahap mengalir air mata.

Sengih mengusik ditarik di pinggir bibir. "Ke... gaduh dengan Engku Dzariff kau?" Meleret suara Zeey bertanya sambil mengangkat kening double jerk.

Taqi dah bantai gelak walaupun dengan mata berair.

Mata sembapnya dikecilkan, menjeling Zeey di sebelah yang masih lagi dengan senyuman mengusik dia. "Dah apa pula kait mengait dengan dia ni?" Dania menjawab bosan.

Taqi yang dari tadi meniarap kini mengangkat tubuhnya untuk duduk bersila. "Macam mana dengan Engku Dzariff kau? Lama tak dengar cerita?" Dia dah join Pakatan Mak cik-Mak cik Bawang yang dipengerusikan oleh Nurul Nazirah.

Mata dipejamkan kejap sambil tangan kanan dibawa mengurut dahi sebelum dibuka semula. Pening kepala aku layan budak-budak ni. Semua sebab Sha la yang pergi buka cerita drama 'Selamatkan Aku Daripada Penampar Jepun' di UKM Bangi berbulan dulu. "Dah sejak bila pula kau dengar aku cerita pasal dia ni..." Dania menggumam rendah.

Bahu Dania di sebelah ditolak perlahan. "Alala cover line la konon." Zeey masih lagi tak cair dengan sengihnya. Paling-paling dua minggu sekali mesti kantoi on the phone with the infamous Engku Dzariff. 

Dania malas nak melayan. "Shush. Drop the subject. Tu." Jari telunjuknya ditunjukkan kepada ibu bapa Aya yang sedang confront adik-adik Aya pasal penyakitnya. Huwaaa leleh lagi la macam ni.

Taqi dan Zeey saling berpandangan sebelum kembali fokus pada skrin komputer riba. Drop the subject then.

"Don't you think that her siblings are being kept in the dark for too long? Tak rasa tak adil ke untuk dia orang?" Taqi tiba-tiba bersuara setelah lama masing-masing senyap menumpukan perhatian pada drama di hadapan.

Fight N Fly (Terbitan FP Dis 2020)Where stories live. Discover now