Giliran orang di hadapannya untuk membuat tambah nilai kad di mesin tambah nilai kad Tube sudah tiba. Kad Oyster dikeluarkan tergesa-gesa daripada dompet. Sekeping gambar passport terjatuh sekali semasa dia mengeluarkan kad Oyster tadi. Terus tubuhnya ditundukkan untuk mengambil kepingan gambar yang terjatuh tadi sebelum bangun berdiri tegak. Pergerakannya terhenti serta merta sebaik sahaja matanya singgah pada gambar passport yang dikutipnya tadi. Kaku memandang gambar itu.
"Young man? It's your turn." Bahu pemuda di hadapannya disentuh sedikit untuk mendapatkan perhatian.
Kepala dipusingkan ke belakang memandang melepasi bahunya. "Oh, I'm sorry, Sir." Kepalanya ditundukkan sedikit sebelum dia laju mendapatkan mesin tambah nilai di hadapannya. Sebaik sahaja selesai, terus dia melangkah ke tepi dinding.
Matanya memandang kepingan gambar yang masih dipegangnya itu macam nak tembus. Fikiran menerawang ke sejarah permulaan macam mana gambar itu boleh berada dalam simpanannya.
Muka diangkat sebaik sahaja kerusi di hadapannya ditarik oleh seseorang. "Pergi mana tadi?" Lama betul pergi bilik air.
"Oh, busy ngorat abang photographer cute tadi." Selamba dia menjawab dengan sengih di bibir.
Dahi berkerut. "Cari jodoh dekat tandas?"
Pecah tawa Dania mendengar soalan Dzariff. Teruk sangat bunyinya tu. Orang lain cari jodoh dekat masjid... "Tak la. Tadi on the way balik sini ada nampak kedai gambar. Itu yang singgah kejap. Tangkap ni." Plastik lutsinar kecil berisi gambar passport dikeluarkan dari dalam beg dompet dan ditunjukkan kepada Dzariff.
"What for?" Dah kenapa tiba-tiba nak ambil gambar.
"Isi borang kahwin." Angkat kening double jerk.
"Ha. Ha." Sepatah-sepatah Dzariff menuturkan. Kelakar ke?
Dania ketawa kecil sambil menggeleng dengan lawak hambarnya. "Isi borang attachment nanti." Malasnya la nak buat attachment ni.
Dzariff baru nak buka mulut untuk bertanya tapi tak jadi apabila buzzer di atas meja mereka bergetar dan menyalakan lampu. Memberi isyarat makanan dah siap.
Plastik berisi gambar passport dan beg dompetnya diletakkan di atas meja. "I'll pick them up." Laju Dania menuturkan sambil menyambar buzzer yang masih bergetar itu dan terus bangun dari kerusinya. Langkah terus diatur menuju ke kaunter pungutan makanan.
Dzariff hanya mengangguk. Matanya jatuh pada plastik berisi gambar passport yang diletakkan di atas meja. Terus tangan kanannya dipanjangkan untuk mencapainya. Automatik pinggir bibir menarik senyum memandang gambar itu.
Muka diangkat untuk memandang Dania yang sedang berbicara sesuatu dengan pekerja restoren itu dengan senyuman terlebih gula. Sekeping gambar dikeluarkan daripada plastik dan disimpan ke dalam beg dompetnya yang dah dikeluarkan daripada saku seluar. Plastik berisi gambar tadi laju diletakkan kembali ke tempatnya.
"Ngorat pekerja 4fingers pula ke?" Soal Dzariff sebaik sahaja Dania meletakkan dulang makanan mereka di atas meja. Bibir mengukir senyum mengusik. Lama semacam je tadi.
Pecah lagi tawa Dania. Kepala digelengkan. "Tak la. Kawan sekolah dulu." Apa ingat aku takde kerja ke asyik nak ngorat orang je?
Bibir menarik senyum tawar tanpa sedar.
I wonder how you are doing...
Kepala digelengkan laju sebelum kepingan gambar itu disimpan kembali ke dalam beg dompetnya. Langkah terus diatur menuju ke pintu pagar stesen kereta api bawah tanah menuju ke Holborn melalui Central line, sebelum tukar ke Picadily line untuk ke Russel Square.
Fikiran Dzariff masih menerawang jauh ke Malaysia semasa kakinya terus melangkah. Muka diangkat untuk membuang pandang ke kanan hadapan sebaik sahaja dia menuruni escalator untuk ke rel stesen kereta api di bawah tanah. Tiba-tiba dia terpandang seseorang yang elok sedang menaiki eskalator di sebelah kanan sana untuk ke atas, tempat keluar masuk stesen.
Bulat matanya memandang perempuan bertudung baby blue yang sedang sibuk melihat telefon bimbit di tangannya dengan bibir berbunga senyuman. Kepala masih tak boleh nak ambil pusing apa yang dia nampak sekarang.
Beberapa saat kemudian, terus kakinya laju berlari menuruni eskalator yang memang tinggi gila untuk berkejar, naik ke atas semula. Atau lebih tepat, untuk kejar perempuan yang dia nampak tadi.
Tak cukup tanah dia berlari turun naik eskalator sebelum tiba di lobi stesen Oxford Circus. Kaki masih melangkah tak cukup tanah dengan mata melilau ke sekililingnya untuk mencari perempuan yang dia nampak tadi. Sampai ke luar stesen dia cari tapi masih tak nampak.
Akhirnya dia berputus asa, berdiri tegak macam tugu negara di celah orang ramai. Kedua-dua belah tangan dibawa meraup muka. Apa yang kau harapkan ni?
You were hallucinating because of the damn picture, Dzariff Ezman. It couldn't be her.
YOU ARE READING
Fight N Fly (Terbitan FP Dis 2020)
RomantizmRespons 'Fight or Flight' memberi kuasa kepada seseorang untuk membuat pilihan, sama ada hendak berlawan atau melarikan diri dalam situasi genting. Perkara yang sama diaplikasikan dalam kehidupan seorang Hannah Dania yang suatu ketika dahulu bahagia...