Bab 3

58 8 0
                                    

Tangan kanan dibawa mengipas belakang baju sekejap. Panas. Sikit lagi Dania. Sikit lagi nak habis. Nafas dah tak teratur. Penat. Badan dah terasa extra penat. Rasanya sebelum ni basketball drill berjam-jam pun takde penat macam ni. Tangan kiri diangkat tinggi. "Eugene, ball!" Suaranya ditinggikan sedikit untuk meminta bola daripada Eugene.

Bola dilontarkan ke arah Dania. Dan seketika itu, penglihatan mata Dania tiba-tiba menjadi kabur terutamanya di bahagian tengah. Eugene yang tadi jelas kelihatan di tengah-tengah penglihatannya kini tinggal bayang je. Kabur. Badan terus kaku terkejut. Matanya turut ternampak kerlipan-kerlipan cahaya yang entah datang dari mana. Light flashes??? Bola yang dilontarkan ke arahnya dah melepasi atas kepalanya. Mata bulat memandang kosong ke hadapan.

What on earth is happening???

Mata dipejam celik beberapa kali sambil tangan kanan dibawa menggisai mata. Takut mata buat trick. Mata kanan dibuka perlahan-lahan. Nafas lega ditarik apabila pandangan mata kanannya normal. Mata kiri pula dibuka perlahan-lahan. Blur with flashes of light... Otaknya turut kabur tak dapat nak proses apa yang sedang terjadi.

Salah seorang pemain Taylors berdekatan dengan Dania, cepat-cepat mencuri bola yang tidak disambutnya tadi. Bunyi sorakan di gelanggang dah tak masuk ke telinganya. Kaki masih lagi berdiri di tempat yang sama.

Sha yang perasan perubahan pada Dania cepat-cepat menghampirinya. It is sooo not Hannah Dania to miss a ball thrown to her. "Are you okay?" Cuak dia bertanya sambil memegang bahu kiri Dania yang masih dengan riak muka yang tak boleh ditafsirkan.

Mata dipejamkan sekejap sebelum dibuka semula. Jantung yang dah sedia laju, kini berdegup semakin laju dan kuat. Kedua-dua belah tangan digenggam kuat. They are still there. Dania memandang Sha dengan pandangan mata kirinya yang masih kabur dan berkerlipan cahaya. Kepala diangguk perlahan untuk menjawab soalan Sha. Denial. "Sorry. Terlepas bola." Bibir menarik senyum pahit serba salah.

Angguk. "Good to know that." Buat cuak aku je. Bibir menarik senyum nipis. "Takpe. Kau dah score banyak." Bahu Dania ditepuk perlahan sebelum dia kembali mengambil posisi.

Kepala digelengkan perlahan. Get a grip of yourself, Dania! Pergelangan tangan kiri dibawa dekat ke muka untuk melihat jam. Six minutes left. Kaki mula melangkah untuk meneruskan permainan.

Taylors sempat mengejar 18 mata sebelum bunyi wisel kedengaran di ruang gelanggang, menandakan permainan telah tamat. Bunyi sorakan yang diiringi tepukan gemuruh mula kedengaran. USM Angel dah boleh menarik nafas lega.

Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan, automatik Dania jatuh terduduk di lantai. Lutut terus longgar. Sepanjang enam minit terakhir tadi, memang dia rasa nak pakai penutup mata lanun supaya boleh menggunakan mata kanan sahaja. Kacau habis permainan dia tadi. Mata dipejamkan rapat. Kepala terasa sakit sejak tadi. Lagi-lagi di belakang mata kiri. Kerlipan-kerlipan cahaya di mata kiri masih lagi di situ. Degupan jantung yang laju semakin terasa apabila dia duduk berehat begini.

"HANNAH!" Suara Ayie jelas kedengaran memanggil Dania dari tepi gelanggang. Yang lain dah berkumpul di situ untuk cheers.

Mata Dania dibuka perlahan-lahan sebaik sahaja terdengar namanya diseru.

Jennie pantas menghampiri sebelum duduk melutut di hadapan Dania yang dah macam putus nafas di tengah gelanggang. "Capt?" Perlahan suaranya memanggil. "Let's go. They are waiting." Bibir berbunga dengan senyuman walaupun penat sebaik sahaja Dania mengangkat muka memandangnya. Tangan kanannya mencapai tangan kiri Dania untuk berdiri bersamanya sebelum mereka melangkah bersama menuju ke tempat teman sepasukan dan jurulatih mereka menunggu.

***

"Something is wrong, aite?" Rendah suara Dzariff bertanya dengan muka pelik memandang Dania yang jatuh terduduk di tengah gelanggang dengan mata tertutup sebelum ditarik oleh kawannya untuk ke tepi gelanggang.

Haraz mengangguk setuju. "It seems so." The last six minutes wasn't like her at all. Missed the ball thrice. Short passed every time she got the ball. Not shooting the ball herself. That lost expression of hers, dia tak pernah nampak lagi selama dia kenal Dania.

"Jom." Dzariff menepuk perlahan paha Haraz untuk mengikutnya sebelum dia bangun dari kerusi.

"Making a move?" Kening Haraz terangkat sebelah. Memandang Dzariff dengan riak muka penuh spekulasi.

Geleng. "Greeting? Congratulating?" Selamba Dzariff menjawab sambil ketawa kecil. Sepanjang permainan tadi, dia perhati je fanboys kapten USM itu. Ada je pemain lain yang lagi lawa tapi disebabkan kapten pasukan tu je yang duk score points, naturally, she got all the attention.

Haraz menggeleng kepala mendengar jawapan Dzariff. Matanya tiba-tiba jatuh pada dua orang lelaki yang sedang menghampiri Dania dan dua orang kawannya yang sedang berborak. Itu la attention seeker yang menjerit dekat tengah permainan tadi. Sungguh tiada adab. Hormat la permainan and pemain lain. "Betullah kau kena beratur ambil nombor." Bibir dimuncungkan ke arah Dania yang tengah kena gula.

Pecah ketawa Dzariff tanpa dipaksa sebaik sahaja pandangannya jatuh pada dua orang lelaki yang sedang menjual minyak urat di tepi gelanggang. Langkah mereka berdua lepak menuju ke tempat jualan murah minyak urat. 


Fight N Fly (Terbitan FP Dis 2020)Where stories live. Discover now