Rindu ibarat satu kewajipan,
Yang perlu dipikul jangan tinggalkan,
Kau dan aku juga merasakan,
Bertahan untuk menahan,
Rindu kesuma yang dipendamkan,
Wahai kekasih tolong maafkan,
Kesalahan yang telah dilakukan,
Akan terima apa jua hukuman,
Ikhlas benar mahu disampaikan,
Tidak diinginkan suasana berlanjutan,
Tolonglah pujaan hati mohon diampunkan,
Sungguh sayu mengenangkan,
Rasa hendak pulang hendak melunaskan,
Buat dirimu wahai kekasih pujaan,
Merindukan mu adalah keistimewaan.
YOU ARE READING
The Puisi Perjalanan Kehidupan
PoetryUjian umpama titik peluh yang berjaya dalam melakukan sesuatu yang menjanjikan ganjaran jika mengatasi. Janganlah terlalu mengeluh lebih baik meluah . Walaupun seperti bayang-bayang pengorbanan tidak semua membawa kebaikan dan sebaliknya.