Hamba tahu Tuan takkan terima,
Teringat masa kita bersama,
Kalaulah kita dapat berjumpa,
Kehadiranmu sangat bermakna.Pandanganmu membuatku berdebar,
Perjalanan ini memang mencabar,
Akan ku tempuhi penuh sabar,
Takkan mudah layu tetap mekar.Aku tidak mahu seperti tetamu,
Yang datang lepas itu berlalu,
Ingin juga jadi suri rumahmu,
Itulah harapan diriku selalu.Kadang ku faham maksud dirimu,
Apa yang terbuku didalam hati,
Sampai saat ini masih menunggu,
Wahai kekasih tolong mengerti.Hendak melupakan mu amat sukar,
hadirmu bukan sebagai tetamu,
Ingin keluar daripada belukar,
Setiap doaku menyebut namamu.Aku tahu kau taklah sekejam,
Hari hari penuh dengan penipuan,
Cuba tahan sambil memejam,
Setiap kata bukan seperti yang dimaksudkan.Sakit senggugut bagaikan nak mati,
bandingkan sakit hati lebih teruk lagi kan,
memang tak mudah merawat hati,
maafkan aku suatu hari pasti kubuktikanSemua insan punya masa silam,
Beratus kali ku cakap taknak pergi,
Kisah dulu memang takkan terpadam,
Izinkan aku bertahta dihati.Kelakuanmu membuat hatiku tertawan,
Kenangan kita indah dirasa,
hubungan sekarang sekadar kawan,
Mungkin kau perlukan masa?.Pernah cuba melupakanmu,
Rupanya tidak sesenang begitu,
Hamba selalu memikirkanmu,
Di dalam hati tetap Tuan yang satu.Mungkin suatu hari kitakan berpisah,
Kalau itu takdirnya ku akan redha,
Mengharapkan satu hubungan yang sah,
Walaupun sekadar bayangan ku bahagia.Perjalanan sekarang amat berbeza,
Perasaan masih mekar dulu dan kini,
Kalau ini jalan yang diminta,
Aku faham keputusan ini.Memang kesetiaannya tidak dinafikan,
Mengejar cinta yang lama diidamkan,
Tak sempurna sebuah kehidupan,
Kalau kau tiada berhampiran.Niat dihati taknak berahsia
Hamba takut mengundang masalah
Bukan bermakna cinta sayang ku persia,
Sebabkan semuanya aku bersalah.

YOU ARE READING
The Puisi Perjalanan Kehidupan
PoetryUjian umpama titik peluh yang berjaya dalam melakukan sesuatu yang menjanjikan ganjaran jika mengatasi. Janganlah terlalu mengeluh lebih baik meluah . Walaupun seperti bayang-bayang pengorbanan tidak semua membawa kebaikan dan sebaliknya.